BOOK REVIEW - ON THE WAY BY ABEMAT USUL & BAMAN - Jari Jemari Menari

Dec 21, 2020

BOOK REVIEW - ON THE WAY BY ABEMAT USUL & BAMAN

 

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Selalunya, kalau ke kedai buku. Ika suka juga ke bahagian komik. Usually, bahagian komik ni kanak-kanak memang akan ada walaupun sorang dekat bahagian tersebut. Komik memang ada peminat yang tersendiri. Bagi ika, kita sudah ada banyak pilihan berbanding dahulu. Dari segi genre dan content juga sudah berubah dan upgrade dari semasa ke semasa. 

Ika kenal dengan nama Publisher Buku Puris dari komik yang mereka keluarkan. Kebetulan, iklan mengenai komik baru seram mereka baru saja lalu di timeline facebook ika. Lama ika berhajat untuk membaca komik dari penerbitan mereka. Akhirnya, berkesempatan dapat membaca salah satu dari komik mereka iaitu komik bertemakan islamik bertajuk On The Way dari AbeMat Usul & BaMan. 

So, here we go. Bismillah. 


Terimakasih kepada Buku Puris untuk komik On The Way ini. Komik dari Abe Mat Usul & BaMan ini boleh dikirakan sebagai komik islamik yang membawa isu isu yang dekat dengan masyarakat kita di zaman ini. Antaranya ialah utamakan benda lain dari ibadah, penyakit hati, kelalaian, 1000 satu alasan, aurat dan lain-lain.

Harga: RM 10 
Penerbit: Buku Puris
Tahun: 2018
Mukasurat: 128 mukasurat 

Komik ini memberikan kesan yang mendalam ketika membaca. Deep. Sebab kita tahu, kita manusia semuanya tidak sempurna. Jadinya, komik ini dapat memberi kesedaran yang selama ini mungkin kita sendiri alpa. Lalai dengan duniawi. Melebihkan hal hal yang tidak penting lebih dari segalanya. 

Mengandungi 20 komik ringkas hitam putih. Susunan yang kemas dan dialog yang digunakan sesuai untuk komik islamik. Komik ini disyorkan dibaca oleh semua golongan. Muda atau tua. Nak jadikan sebagai hadiah permulaan untuk memupuk semangat baca juga boleh untuk kanak-kanak. Kerana apa? Sambil memupuk semangat membaca. Manfaat dari setiap kata kata di dalam komik ini akan memberikan impak dan aura yang baik buat pembacanya.

Komik ini juga diselitkan dengan kata kata hikmah dan juga pesanan-pesanan ringkas. Antara ayat kesukaan ika secara peribadi-

" Sesungguhnya kamu terlalu menjaga pandang manusia, sehingga kamu lupa tempat pandang Allah, iaitu hati. Maka peliharalah hati kamu"

" Kalau kita masih tidak yakin dengan pakaian yang kita pakai itu boleh terus digunakan untuk solat atau tidak, maknanya masih ada bahagian aurat kita yang kurang terjaga lagi" 👍🏻

Ika tertarik juga dengan tajuk utama komik ini iaitu On The Way. Di mana kalian boleh baca di bahagian terakhir komik ini. Sesungguhnya, apa yang pelukis cuba nak sampaikan ialah kita ni tidak kira la siapa sekalipun, mampu berdakwah. Cuma semuanya atas kemahuan kita. Memang besar maknanya maksud On The Way dalam komik ini. Kalau nak tahu mengenai apa dengan lebih lanjut. Bolehlah dapatkan dan baca :)

Siapa berminat untuk dapatkan komik ini boleh tekan link di atas. Satu komik berharga RM 9. Jimat RM 1.
Dan ada banyak lagi komik yang kalian boleh dapatkan di website tersebut. 

17 comments:

Atie Zieya said...

thank you sharing link mana nak beli :)

Syaz Rahim said...

Bestnya buku konsep macam ni

Sha Mohamed said...

Tajuknya pun dah ohsem.. Komik keluaran buku puris ini memang best..

nurul aqidah azahar said...

nice sharing..harga buku pun murah. bagus juga buat komik motivasi macam ni kan..budak2 nak baca pun tak bosan

Rawlins GLAM said...

Ooo. Komik rupanya. Macam menarik plak buku nie.
Dan terkesan dengan part last tu ‘jika masih tidak yakin dengan pakaian, maka masih ada aurat tak terjaga’

Fadima Mooneira said...

Besides reading novels, I also love reading comics. It's fun and entertaining. Plus, I learned a lot of things from reading it. Thank you for sharing your review on this comic. Will check it out soon.

Bae Roslan said...

i suka baca komik. selalu baca English je. dah lama tak beli komik nanti nak beli

Min said...

Buku sekarang lebih banyak yang informatif sambil tackle pembaca dengan fakta yang kita mungkin tak tahu. Contoh seperti yang berunsur islamik nih, sambil baca sambil kita belajar juga walaupun dengan bentuk komik. Terima kasih share tentang komik ni sis.

Tekkaus said...

I like the message whereby we seem to want to impress other humans instead of doing the right thing. Thanks for sharing this review.

Farhana Jafri said...

tertarik dengan quotes tentang hati tu. Betul sangat apa yang dia cakap tu, terlampau jaga apa orang kata sampai lupa hubungan dengan Allah

Sis Lin said...

Tengok muka depan tadi dah kata juga, mesti komik sebab nampak katun.. lama Sis tak baca komik jenis gini..

Kitkat Nelfei said...

Wow, deep betul quotes-quotes yang disertakan dalam komik ni kan... sure banyak lagi yang boleh memanfaatkan readers2!On The Way! Ni pun salah satu ayat yang kita selalu dengar :P

Ummi | Ummi Goes Where? said...

Bagus cara dia untuk menyampaikan mesej kepada mereka yang malas membaca buku ilimiah. Dengan komik, ramai sikit anak muda yang minat.

Mahamahu said...

Satu review yang bagus dan mudah untuk faham tak perlu nak baca novel ni hehehe kita ni memang malas nak mengadap buka bila buka dua muka surat jer dah mengantuk wakakakkaka..

Rolling Grace said...

what a great review. this looks like such a fun and cute book to read!

AyuArjuna BiGoshh said...

Menarikla komik ni. Walaupun berat penyampaian menjadi sgt mudah apabila dalam bentuk komik

Ana Suhana said...

Murah je harga komik dia. Bagus baca komik yg ada unsur dakwah ni. Tak lah rasa lara kan.