Book Haul X Bookxcess Travel Fair 2021 - Jari Jemari Menari

Aug 23, 2021

Book Haul X Bookxcess Travel Fair 2021

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Harini, ika ada kelapangan waktu sedikit untuk update di blog. Jadi, ika nak share Book Haul Part One. Kalau ada part one maknanya akan ada part two. Kalini, ika nak share Book Haul x Bookxcess Travel Fair 2021. Yang diadakan awal bulan haritu. Ika tak lepaskan peluang untuk cuci mata dan checkout beberapa buku yang menarik perhatian ika walaupun TBR di rak ada lagi untuk dibaca. Ini kita panggil stok buku la. Boleh puasa buku lepasni. Boleh percaya ke? 

Sejujurnya, ini kali kedua ika beli di website Bookxess. Jadi, ika memang dah familiar dengan website mereka. Dan kalau sesiapa yang mungkin kurang gemar jelajah website buku untuk membeli disebabkan ada trust issue. Ika harap, mungkin kalian boleh beri peluang untuk cuba beli di website :) Sebab InshaAllah sampai dengan selamat. 




Kalau ikut pemerhatian ika, buku Bahasa Melayu kurang di website dan ika faham yang BookXcess ni sebenarnya lebih kepada Buku Bahasa Inggeris. Jadi, yang terselit di website mereka mungkin untuk memberikan variasi dalam pemilihan buku. Ika harap sangat jika ada sekalipun buku BM. Nak buku yang latest dan best-best. Demand kan. Kerja nak request je. Tapi, mana la tahu luahan ini akan didengari dan dibaca oleh pihak Bookxcess. Mungkin juga boleh letakkan buku dari publisher yang baru nak naik di Malaysia ini atau publisher yang sudah dikenali ramai. Ini hanya satu cadangan saja. Sebab, ika yakin ramai pembaca buku Bahasa Melayu di Malaysia ini. 

Ika rasa penghantaran lambat sedikit. Tetapi masih dalam tempoh yang mereka janjikan untuk hantar. Cuma untuk orang tidak penyabar ni, mungkin terasa macam lambat sedikit. Apa yang boleh dipuji disini ialah betapa securenya mereka balut buku-buku ni semua. Semua sampai dalam keadaan yang sangat baik tanpa ada cacat cela pun. Puas hati. Dapat simpan bubble wrap yang banyak tu haha. Thankyou thankyou. 

13 buku & 1 sticker. 1 pembelian yang berbaloi. Semua pembelian bahan bacaan lebih kepada random. Ada entertainment, buku agama, adult young, novel cinta, journal dll. Pembelian paling berbaloi ialah buku Inside Out Hard Cover dengan harga RM 0.77 sahaja, Masa tu kalau tak silap, dia turun harga kaw kaw punya. Tak lama. Siapa cepat dia dapat. Bila sampai dekat tangan buku IO tu, memang excited kalah budak-budak sebab dah la besar, hard cover, colourful, tulisan besar dan tersangatlah puas hati. Dah baca dah bukunya sebab tak tengok movie. Best! Total kesemua ini ialah RM 70+  termasuk postage. Kita akan dapat free shipping untuk pembelian melebihi RM 50. 

Bored Chap Challenge Book pun best. Cuma ni sesuai untuk orang dewasa yang nak release tension. Kalau budak-budak kena beli yang sesuai dengan mereka la. Jadi, tunggu apa lagi. Kalian boleh cuci mata di website Bookxcess. Stay tuned untuk lebih banyak lagi info menarik mengenai pesta buku online yang akan datang. 

Bookxcess



10 comments:

suhailahmed said...

I read your article, very informative and userinformatic info are mentioned. For Fun story . Keepit up bro to share more article like that. Thanks for sharing this ones.

Ruby said...

Seronok tengok banyak buku. Tp rak buku kat rumah ni dah full. Hahaahha. Rindu nak ke Bookxcess. Macam-macam buku ada. Ada satu masa dulu syok mencari buku motivasi dan quotes.

nikkhazami said...

berbaloi jugak la kalau beli haul ni. kena beli time ade sales baru syok. dah lama betul tak beli buku. last beli buku zamir mohyedin tu

Aerill Hassan said...

wah seronoknya shopping buku! saya pun macam dah lama tak beli buku. membaca buku yang ada dirumah pun tak habis lagi. hehe :)

Marina Bashah said...

Lama dah tak beli dan baca buku. Tapi suka tengok collection buku. Hihi

Kitkat Nelfei said...

Great ya boleh beli buku-buku from website Bookexcess sekarang.. oh yes, siap ada FREE SHIPPING lagi.. okay, nak usha juga la, seriously lama tak singgah book store dah...

iena eliena said...

wah banyaknya buku. Hari tu adek ajak pergi kedai buku nak beli buku. Boleh la suggest dia beli dekat website Bookxess

仙妮 said...

Wow....thanks for this , so sienny can enjoy some book shopping during this fair. cheers, siennylovesdrawing

Sis Lin said...

Rumah Sis ni pustakaan mini dah hampir penuh, banyak memang beli di Bookxcess laa, sebab harga dia murah kan, lagi satu selalu ada promo kannn...

Sunshine Kelly said...

Yeah! I also bought some travel book during their travel fair 2021, so worth it coz their discounts were really great.