Mall Karangkraf, #mycybersale. - Jari Jemari Menari

Oct 15, 2017

Mall Karangkraf, #mycybersale.


Assalamualaikum readers :) 
So harini, Ika nak share sikit pasal apa yang ika dah beli masa #mycybersale minggu lepas. Ika tahu kalau masa cybersale je mesti akan ada buku murah murah. So, ika hold kejap beli buku bulan ni. Bukan sebab kedekut nak spent duit untuk beli buku bila takda any sale ke apa. Tapi, sebenarnya, ika lebih suka kalau sekali dapat beli tu, banyak. So, bila ada pesta buku atau apa apa sale dekat website, mcm berbaloi untuk ika spent. 
so, ika beli buku dekat Mall Karangkraf
Okay, satu benda yang korang taktahu is ika memang pembeli tegar buku dari Karangkraf. Selalu pergi pesta buku yang dieorang buat :) Syurga buku sangat kalau pergi pesta buku. Rasa taknak balik pun ya. Boleh duduk situ pusing tiga empat kali untuk puaskan hati sendiri. Selalunya kalau nak ke pesta buku, ika angkut cousin dengan adik bongsu untuk mereka angkutkan buku ika haha. 
Bawak dua org budak ni senang. sebab jenis tak merungut nak balik and ngikut je belakang ika setiap kali ika tengok buku. That's why i love both of you guys. 


So, last few days. Ika beli 7 buku dekat website ni. Sebenarnya, ika aim Tombiruo. Tapi, rasa ,mcm bila tengok Tombiruo ada jual dalam set. Ika mcm terus nak aim yang itu. Hope boleh dapat nanti. InsyaAllah. Orang lain dah kemana hala dah dengan Tombiruo, ika baru nak baca. Bukannya tak pernah tengok buku nya. Tapi mcm lately ni, nak sangat buku RAM. haha. 
Ika tengok bajet jugak kalau nak membeli.  If tak boleh nak beli buku yang ika nak, still jugak ika akn hold sampai ika dapat. So, sebab nak beli buku RAM pun tak boleh,Novel seram pun tak boleh. So, ika saja usha bahagian buku RM 1-10. Sebab ika jenis tak kisah baca buku apa sekalipun dan tahun bila pun as long as, ianya buku. Haha. 7 buku yang ika beli is: 

1.Dia Tak Tanya : Aleya Aneesa (RM 5)
2. Terus Cinta Aku: Aleya Aneesa (RM 5)
3. Saya Tetap Nak Awak (RM 1)
4. Cinta Hatiku: Pitteriah Abdullah (RM 1)
5. Aku Bukan Bola (RM 1)
6. Belajar Memasak Langkah Demi Langkah (RM 1)
7. Wanita Yang Dirindui Syurga (RM 1)




Ika memang dah lama aim buku Aleya Aneesa. Sebab kalau pergi bookstore. If belek buku, sometimes mcm ini personal problem ika la. Ika tgk je harga buku tu. Ika akan mcm letak balik. Kalau cm dah sampai overlimit harga yang ika nak beli. Honestly, ika rasa novel sekarang mcm agak mahal sikit berbanding dlu. Tapi, ika faham la kalau nak difikirkan dengan macam mcm punya kos utk hasilkan buku apa semua. One of the reason jugak kenapa ika tunggu sale :') Ika tau Aleya Aneesa punya novel best. Thats why ika tak was was nak beli and lagipun sebab it just RM 5 per book. So cheap. And ika happy gila masa check list book dekat Mall Karangkraf, harga buku dia mcm jatuh murah cmni. Sis boleh jatuh pengsan terus haha. 


Ika beli buku hari Khamis. Jumaat pagi tu, ika email dekat dieorang tanya pasal berapa hari utk ika dpatkan buku ika. Ika tak guna Pos Laju. Ika guna KTMD. So, dieorang kata yang ika akan receive around 7 or 14 days. Ika haha memang tak sabar gila nak dapat semua buku ni. Tapi, guess what? Petang tu, org yang hantar buku ika ni call. Haha. Maigad, cepat gila servis dieorang. Like totally cepat. :) Ika puas hati dengan servis dari Karangkraf and also KTMD. and, if kita nak tanya apa apa dekat Karangkraf pun. dieorang respon cepat sangat. So, good job for you guys. 

Oh,before that. Postage RM10 for KTMD
Nanti, ika akan review buku buku ini dan yan lain untuk next entry. Siapa yang ada minat yang sama dengan ika, may drop your comment to share what is your fav book. Sebab for next entry InsyaAllah ika akn come out with review buku buku yang ika dah baca. 


Till then reader. Jumpa lagi :) 

13 comments:

A N I S said...

wahh biar betul ! semua buku murah sangat sangat

Lin Liena said...

eh...murahnyaaa....biar betul...nak terjah sekarang la...kak lina dah follow sini ye..

Amar Razali said...

murah nya ada lagi ke sekarang ni

Lea Azleeya said...

wahh murah gile buku.. bestnye.

Ika.S said...

hee, aah murah sangat lea :)

Ika.S said...

betu;, macam tak percaya kan. sebab murah sangat. boleh menangis dibuatnya hee :)

Ika.S said...

Ada lagi Amar. Dieorang tambah lagi extra hari untuk memana yang terlepas mycybersale :) hee

Ika.S said...

Hee betul kak lina :) terjah la. ika pun dh follow kak lina.

Maisarah said...

wahh..murah je harganya. memang patut beli banyak sementara ada promo macam ni kan

Abe Nick said...

seriuslah murah giler.....

aliza said...

Murah hg novel tu... kalau akak beli time trak mobile book cafe karangkraf p sekolah,.. time tu mmg ada offer best punye, akak borong la novel rm1 -rm5 nih

Ana Suhana said...

Murahnyaaa... Nak kena tengok juga ni kot2 ada buku2 yg ana nak kan.

Sha Mohamed said...

Memang murah gila kalau beli time sale.. Harga jatuh gila-gila.. Masa nielah berbaloi sangat-sangat beli buku..