SAMPLE WHISKAS 🐱

1:21 AM


Assalamualaikum &Hi readers ❤️️

Ika sebenarnya semalam bagi details untuk dapatkan sample dari Whiskas.Tapi tak sangka harini dah sampai. Cepat betul penghantaran. Thankyou DHL. Malangnya, ika dah hilang link apa semua tu untuk dapatkan sample ni. I'm so sorry. Huu. Siapa tak kenal jenama famous makanan kucing Whiskas ni. Rasanya semua orang tahu. Hee. 


Ika totally fall in love dengan Whiskas's box ni. Cantik sangat. Haha. Dah rasa macam bagi kucing hadiah pulak. So creative. Come out with good quality of box. Sebagai manusia yang mudah tertarik dengan benda cantik. Ika puji effort dieorang create this box just for sample. 

Kucing ika selalunya makan makanan kering. Tapi kalini saja nak tengok dia boleh ke tidak untuk terima makanan basah. Takut nanti kalau beli. Dia tak suka pulak. Bazir je nanti. Setakat ni, dia memang kuat makan. Haha. Sikit sikit nak makan. Tu la badan mok obesiti cam tuan dia. 

Jangan sampai Ika simpan kotak ni. Haha. Cute ❤️️


APA AGAKNYA YANG ADA DALAM BOX NI? 
Dalam box ni akan dapat 2 pek of makanan basah Whiskas (85g). Perisa Tuna. Tak pasti either all box semua sama atau macam mana. 
Shopee Voucher 15% off, Booklet & Sheba's Sample

Ia dirumuskan khas dengan: 
Omega-6 untuk bulu yang bersinar. 
Taurina untuk penglihatan yang cerah 
Vitamin A dan Zink untuk menyokong sistem imun.
Kalsium dan fosfor untuk tulang yang kuat. 

1 fact pasal si meow yang menarik perhatian ika is: 
Kucing jarang minum air, sebab itulah amat penting untuk memberikan mereka makanan kucing basah yang mengandungi air secara semula jadi. 

I see. Tapi tengok kucing ika. Air kita letak dekat dia selalu habis haha. Apakah maksudnya itu? Dahaga teruk mungkin. 

Tak pernah tak comot dan serabai haha. Dah la tu. Kerja menempek je dekat orang. Gedik! 

Kucing ika nama Sarang. Dia sekor je yang masih hidup dalam rumah ni. Yang lain semua mati dah. Em. Sebab dia sekor je, kita layan la dia macam anak raja. Semoga panjang umur ya Sarang. Saranghae ❤️️

Yang penting, ika dapat rasa kucing ika sangat suka kan makanan basah jugak sama macam dia suka makan makanan kering. Mungkin Sarang ni, kasi makan apa saja pun dia mau. Huhu. Tapi sebab dia kucing. Kena la makan, makanan kucing :) So, itu saja untuk entry kalini. 

Punya la impress gila dengan box ni haha sampai terhasil la entry ni. See you gais soon in my next entry. InsyaAllah. 

You Might Also Like

10 comments

  1. Hahaa... kucing aku skali shari mkn ni tho dh 2 tahun lebih, minum air pun dia banyak.

    ReplyDelete
  2. packaging kotak tu cantik. teringin juga beli whiskas untuk kucing kat rumah sebab mereka pun mahukan makanan berkhasiat seperti kita juga (kucing orang buang dan berkeliaran di rumah saya)

    ReplyDelete
  3. ikaaaa tlg igtkan link tu..kite maaauuuuu

    ReplyDelete
  4. mek dulu time bela kucing bagi whiskas ni jugak time baby. bila nmpk gigi dh ok, baru bg ns gaul dgn ikan rebus

    ReplyDelete
  5. Hahaha.. Memang cantik pun kotak dia.. Comel Sarang.. Saranghae..

    ReplyDelete
  6. sama lah, kucing dekat rumah pun suka minum air sampai habis. Bila bagi makanan basah dia tak layan walaupun mahal huhu

    ReplyDelete
  7. Syoknya dpt free sample! Dulu, waktu byk kucing (termasuk stray blkg rmh) akak suka bagi kitten Whiskas yg khas utk kitten. Bila dorang dah besar, bg mcm brand tapi yg kering ja.

    ReplyDelete
  8. Saranghaeyyo Sarang!! ^^ heheh sama colour dengan kucing Hana lah... nama dia Beben <3

    ReplyDelete
  9. Kucing kat rumah ni pulak...hurmm nasi tu makan sikit je, ikan je licin.. kalau takde ikan memang dia tak makan langsung nasi tu

    ReplyDelete
  10. k.fiezz bukan pencinta haiwan..tapi suka tengok kucing yg somel, gebu2...

    ReplyDelete

TOP COMMENTATORS ♥

Subscribe