Kisah Inspirasi dari Founder Jamumall, OKU 3 Jari. - Jari Jemari Menari

May 4, 2019

Kisah Inspirasi dari Founder Jamumall, OKU 3 Jari.


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Kalau kita rasa kehidupan kita dah cukup susah. Kita kena ingat, ada yang lebih susah kehidupannya dari kita. Bersyukur dgn nikmat yang Allah berikan. Kalini, ika nak share cerita yang dapat memberi inspirasi buat kita semua. Empunya diri bernama Khairul Nizam, berumur 30 an dan merupakan Founder Jamumall.com. 



Diusia 30 dengan keadaan cacat..aku bersyukur dengan kehidupan. Aku berjaya membina satyu syarikat Jamumall Sdn Bhd dan membina platform jualan jamumall.com. Aku happy mampu beli apa saja aku nak, mampu makan yang mewah, mampu travel ke Dubai, Korea, Japan, Australia dan banyak negara aku dah sampai. Yang paling best aku dapat sediakan rumah mewah untuk keluarga, tanggung family dan bersedekag setiap hari.

Bukan nak riak, tapi aku tau ramai sebenarnya org diluar sana nak jadi macam aku, nak banyak duit macam aku, nak bahagiakan family mereka macam aku.. tapi adakah mereka sekuat aku? 

Lihatlah aku.. 



Kehidupan aku dulu tak macam ni, bayangkan anda di dalam jasad aku, makan perlu disuap, mandi perlu diuruskan, duduk perlu diangkat dan tidur perlu dijaga. Bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian. 

Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari, bukan tiga hari, bukan seminggu, bukan sebulan tapi bertahun tahun! Ada ketika saya rasa sangat terkesan bila ada ketika bila saya rasa haus, lapar, penat, takda orang disisi tapi takkan aku nak mengharapkan mati? Allah berikan nyawa, nafas, sedikit kekuatan jari dan akal mesti ada sesuatu manfaat yang nak aku buat. 

Aku cuba merenung dan mengimbas kehidupan ramai orang diluar, kalaulah aku diberi tubuh fizikal sempurna, boleh bertahan, berlari, melompat pasti aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaar pada orang lain. 



Aku melihat ramai yang malas untuk ubah hidup sendiri, ramai yang suka bagi bermacam alasan bila bekerja, ramai yang cepat giveup bila ada cabaran, ramai yang cuba memilih untuk kerja senang, taknak susah, lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha yang kuat, sanggup berhenti kerja dan menganggur bertahun-tahun atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan orang sekeliling susah. Paling terkesan nak bagi duit mak dan ayah, family pun tak mampu. Aku sedih! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka. 

Jadi aku bangkit! Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur! Bersyukur dengan nikmat yang Allah beri dan jangan sia siakan. Aku bangkit untuk memberi manfaat pada orang lain. Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu aku dapat melihat kegembiraan, senyuman ramai org sekeliling aku. 

Kini, aku sedar untuk berjaya dalam kehidupan, pekerjaan mahupun bisnes bukan mudah. Tetapi atas keinginan yang kuat, kasih sayang yang hebat, keberanian yang tinggi, suka belajar dan improve diri dan juga seorang yang berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang.


Dan semua value yang ada dalam diri aku, akan aku bawakan ke dalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit, bersemangat dan berjaya! 

Akhir kata, kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan org sekeliling, anda ada berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi! Kita je mampu ubah diri kita! 

Personally, apa yang kita boleh contohi dari Khairul Nizam ialah semangat beliau. Dia tak ada menyembunyikan diri dia sebab kekurangan diri. Tapi dia terus fikir solution macam mana dia nak berjaya. And kita boleh nampak mcm mana dia improve diri dia dari zero to hero. Dia buktikan pada kita semua yang kekurangan dia bukanlah penghalang untuk dia tidak berjaya. 



Jom follow Khairul Nizam

Facebook : https://www.facebook.com/khairulnizamofficial/
Facebook Page  : https://www.facebook.com/Jamumallcom/
Instagram : https://www.instagram.com/hyekhairul/




8 comments:

cikyan said...

assalamualaikum ika. cikyan is coming...

Allahu, semoga Allah memberkati kehidupan beliau di dunia dan akhirat. Aaaaminnn :)

Btw, rindu ika. semoga Allah merahmati perkenalan kita juga :)

Sha Mohamed said...

memang memberi inspirasi kisah beliau nie..

Rini Ismail said...

Kita pun tak sekuat beliau walaupun lengkap semua..kena cabar diri sendiri untuk berjaya jugak..

Faradidi said...

kisah yang sungguh inspirasi

anakdenesor said...

Sedihnya baca..

ejulz said...

sumber inspirasi..

nona sani said...

Hebatttt.... Sayu d hati.....

Rodiah Amir said...

Kisah Nizam ni patut di ambil pengajaran untuk semua terutama kita yang sempurna ni