BOOK REVIEW - MAK AKU ADA SAKA BY ZHAR ARUZI HAIRI - Jari Jemari Menari

Aug 4, 2019

BOOK REVIEW - MAK AKU ADA SAKA BY ZHAR ARUZI HAIRI



Assalamualaikum & Hi readers ❤️️


 Ini reviu ringkas dari ika memandangkan ika rasa dah lama ika tak update apa-apa dekat blog.Ika masih terus membaca walaupun dekat GR dah capai apa yang ika target untuk tahun ni. Zine Mak Aku Ada Saka ni bacaan ika yang ke 49. Ika tak plan pun sebenarnya nak beli Zine ni dekat Karangkraf. Kalau beli dekat website, RM8. Tapi beli dekat physical store. RM 3. Itupun still dapat diskaun utk VIP card. Jadi la RM 2 lebih. 

Memang tak tunggu lama la untuk beli. Sebab ika dah lama nak beli. Dengan cover zine yang penuh dgn doodle comel. Lagi tertarik la nak dapatkan. Alhamdulillah. Rezeki nak dptkan sebab masa tu tinggal lagi 2 saja. Ika dah grab satu. Tinggal la lagi 1. 

So, let's start. Bismillah. 




MY REVIEW 

Mak Aku Ada Saka

Ni first time ika beli zine. Nipis. So mmg tak sampai beberapa minit dah habis. Kalau korang nak repeat baca pun tak ada hal geng. Sebab tak ambil masa yang lama pun. Berbaloi la dengan harga. 
By the way, tengok tajuk mcm seram kan? Tapi actually kalau tanya ika. Ianya bergenre komedi seram. Tapi komedi tu la yang conquer storyline Mak Aku Ada Saka ni.


Dgn kenipisan zine ni. Ika tertanya tanya. Penulis sebenarnya boleh ke susun olah cerita dgn baik? Macam mana dia nak sampaikan cerita kepada pembaca dgn hanya 31 muka surat. Bagi ika. Satu percubaan yg baik dari penulis. 

Permulaan cerita yg menarik utk ika teruskan membaca. Pak Seman yang sgt misteri menambahkan rasa ingin tahu. Plus, Izudin dgn Badrul yg mentah mentah tolak pemberian saka dari Pak Seman menguatkan jln cerita. Pantang nampak benda yg kononnya mendatangkan kebaikan. Hujung-hujung si Izudin terima jugak saka dari Pak Seman. Dasar Izudin. 

Katanya saka tu dpt la 'jaga' dia dekat bandar. Haha. Selepas dpt saka tu yg haru biru sikit. Dlm proses dia nak buang saka tu. Saka tu jerat dia dgn sesuatu. Nak tau sesuatu tu apa? Sampaikan si Izudin ni ubah fikiran. Korang kena baca. ✌🏻 Saka mcm yang korang tau bukan la sesenang tu untuk kita buang dia lagi lagi bila dah ada akad untuk terima dia. 

Bacaan yg simple dan ringan.

Bak kata si Izudin: Hidup jangan sampai dibodohkan hantu! 

Pengajaran pun kita sendiri boleh fikir secara logik. Jgn la kita bertuankan benda-benda yg menyesatkan iman ni. Nanti makan diri. In real life, ika sendiri pernah tengok sendiri depan mata mcm mana susahnya nak buang saka. Jangan cari susah. Nak senang, usaha doa dan tawakkal.  

Teruskan berkarya penulis! 

⭐⭐⭐

26 comments:

  1. lama dah tak membaca buku2 gini Ika :)

    ReplyDelete
  2. hi. sorry for asking, zine tu apa ek?

    ReplyDelete
  3. Dh lama x baca genre buku mcm ni

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..
    Salam ukwah dari saya untuk anda..
    saya sudah follow anda

    Jom follow blog https://www.iyaseo.id/

    Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
    Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
    Komen yang baik2 sahaja ye..
    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

    Terima kasih sekali lagi..ya

    ReplyDelete
  5. ur story is very nice, i like it >< anyway, thx for visit my blog. mind to follow me back ?? :3
    fllfy-flaws.blogspot.com

    #1414

    ReplyDelete
  6. Zine seram komedi yang ohsem.. kejap je baca dah settle.. penyampaian dia pun padu..

    ReplyDelete
  7. menarik... kulit mukanya pun sgt catchy gitu

    ReplyDelete
  8. singgah dan follow sini 1318

    yg zine tu tak pernah beli lagi

    ReplyDelete
  9. tengok tajuk tak rasa seram tapi macam kelakar..hehe

    ReplyDelete
  10. Cara Ika jelaskan, nampak novel ni menarik pula. Akak selalu suka tengok ilustrasi kulit buku. So, nanti akak cari buku ni. Rasa nak baca.

    ReplyDelete
  11. Tak pernah beli zine. Tapi kalau boleh habis baca dalam beberapa minit, berapakah harganya?

    ReplyDelete
  12. i lovee reading this kind of material. thank you share!

    ReplyDelete
  13. hahahaha dasar izudin! Apa la gamaknya yang dijanjikan tu sampai dia rasa nak terimaa saka tu. kelakar lah

    ReplyDelete
  14. Mesti seram lawak ni kan dan apabila cerita tak panjang meleret lagi la mudah nak baca..

    ReplyDelete
  15. Interesting review. I like the cover too. Thank you for sharing. Pls share more.

    ReplyDelete
  16. dah lama betul saya tak baca fiction, ada satu ni dah baca separuh jalan, entak bila nak habis. anyway, cantik cover buku ni kan?

    ReplyDelete
  17. Baguslah boleh baca buku macam ni dalam masa yang singkat kita pun nak baca buku nipis macam ni tak tahu bila habis hehehehe. Tapi betul hidup jangan bertuhankan perkara yang kita tak tahu asal usulnya...

    ReplyDelete
  18. Nampak mcm menarik plak plot cerita. Lagi sula story cmni tak tebal hehe. Malas nak tunggu esok khatam.

    ReplyDelete
  19. Terus teringat cerita WARIS... Dah terbayang-bayang dah ni... Huhuhuhu... Saya tertarik nak tau sebab Izudin tukar fikiran tu... InsyaAllah akan cekidaut naskhah ini kelak...

    ReplyDelete
  20. Mesti si izudin tu boleh nampak memacam sampai dia nak buang saka tu kann... ingat memain ke benda saka ni , adoii..

    ReplyDelete
  21. 31 muka Surat wahhh.. mcm menarik.. nanti nak carikla buku ni dekat karangkraf

    ReplyDelete
  22. Macam best juga ye cerita ni.. Nad suka tengok cerita saka2 macam ni.. Tapi tu kalau dlm tv, kalau buku, lama juga tak baca buku ni.. Tapi macam nak beli lulak. Hehehe

    ReplyDelete
  23. Wow cover dia pun dah nampak menggerunkan tapi nampak macam unik dan menarik. Terima kasih review buku ni

    ReplyDelete
  24. Murah jugak buku rm2 untuk 31 pages. Dia nak galakkan kita sentiasa membeli kot.anyway nak try baca buku ni jugak la. Macam menarik

    ReplyDelete
  25. Best la pulak nk baca buku cerita ala2 seram gini. Tak byk mukasurat nk bca mmg boleh la luang masa membaca.

    ReplyDelete
  26. Thanks for this book review, its like real life memang banyak saka and bukan mudah nak buang.

    ReplyDelete