BOOK REVIEW - MAK AKU ADA SAKA BY ZHAR ARUZI HAIRI - Jari Jemari Menari

Aug 4, 2019

BOOK REVIEW - MAK AKU ADA SAKA BY ZHAR ARUZI HAIRI



Assalamualaikum & Hi readers ❤️️


 Ini reviu ringkas dari ika memandangkan ika rasa dah lama ika tak update apa-apa dekat blog.Ika masih terus membaca walaupun dekat GR dah capai apa yang ika target untuk tahun ni. Zine Mak Aku Ada Saka ni bacaan ika yang ke 49. Ika tak plan pun sebenarnya nak beli Zine ni dekat Karangkraf. Kalau beli dekat website, RM8. Tapi beli dekat physical store. RM 3. Itupun still dapat diskaun utk VIP card. Jadi la RM 2 lebih. 

Memang tak tunggu lama la untuk beli. Sebab ika dah lama nak beli. Dengan cover zine yang penuh dgn doodle comel. Lagi tertarik la nak dapatkan. Alhamdulillah. Rezeki nak dptkan sebab masa tu tinggal lagi 2 saja. Ika dah grab satu. Tinggal la lagi 1. 

So, let's start. Bismillah. 




MY REVIEW 

Mak Aku Ada Saka

Ni first time ika beli zine. Nipis. So mmg tak sampai beberapa minit dah habis. Kalau korang nak repeat baca pun tak ada hal geng. Sebab tak ambil masa yang lama pun. Berbaloi la dengan harga. 
By the way, tengok tajuk mcm seram kan? Tapi actually kalau tanya ika. Ianya bergenre komedi seram. Tapi komedi tu la yang conquer storyline Mak Aku Ada Saka ni.


Dgn kenipisan zine ni. Ika tertanya tanya. Penulis sebenarnya boleh ke susun olah cerita dgn baik? Macam mana dia nak sampaikan cerita kepada pembaca dgn hanya 31 muka surat. Bagi ika. Satu percubaan yg baik dari penulis. 

Permulaan cerita yg menarik utk ika teruskan membaca. Pak Seman yang sgt misteri menambahkan rasa ingin tahu. Plus, Izudin dgn Badrul yg mentah mentah tolak pemberian saka dari Pak Seman menguatkan jln cerita. Pantang nampak benda yg kononnya mendatangkan kebaikan. Hujung-hujung si Izudin terima jugak saka dari Pak Seman. Dasar Izudin. 

Katanya saka tu dpt la 'jaga' dia dekat bandar. Haha. Selepas dpt saka tu yg haru biru sikit. Dlm proses dia nak buang saka tu. Saka tu jerat dia dgn sesuatu. Nak tau sesuatu tu apa? Sampaikan si Izudin ni ubah fikiran. Korang kena baca. ✌🏻 Saka mcm yang korang tau bukan la sesenang tu untuk kita buang dia lagi lagi bila dah ada akad untuk terima dia. 

Bacaan yg simple dan ringan.

Bak kata si Izudin: Hidup jangan sampai dibodohkan hantu! 

Pengajaran pun kita sendiri boleh fikir secara logik. Jgn la kita bertuankan benda-benda yg menyesatkan iman ni. Nanti makan diri. In real life, ika sendiri pernah tengok sendiri depan mata mcm mana susahnya nak buang saka. Jangan cari susah. Nak senang, usaha doa dan tawakkal.  

Teruskan berkarya penulis! 

⭐⭐⭐

25 comments:

Ana Jingga said...

lama dah tak membaca buku2 gini Ika :)

Baby Breath said...

hi. sorry for asking, zine tu apa ek?

MunirahMH said...

Dh lama x baca genre buku mcm ni

Anonymous said...

ur story is very nice, i like it >< anyway, thx for visit my blog. mind to follow me back ?? :3
fllfy-flaws.blogspot.com

#1414

Sha Mohamed said...

Zine seram komedi yang ohsem.. kejap je baca dah settle.. penyampaian dia pun padu..

norhidana said...

menarik... kulit mukanya pun sgt catchy gitu

Ziana Eunos said...

singgah dan follow sini 1318

yg zine tu tak pernah beli lagi

Tiara Sapphire said...

tengok tajuk tak rasa seram tapi macam kelakar..hehe

Ruby said...

Cara Ika jelaskan, nampak novel ni menarik pula. Akak selalu suka tengok ilustrasi kulit buku. So, nanti akak cari buku ni. Rasa nak baca.

Tekkaus said...

Tak pernah beli zine. Tapi kalau boleh habis baca dalam beberapa minit, berapakah harganya?

Nisa Kay said...

i lovee reading this kind of material. thank you share!

Farhana Jafri said...

hahahaha dasar izudin! Apa la gamaknya yang dijanjikan tu sampai dia rasa nak terimaa saka tu. kelakar lah

Kak Fas said...

Mesti seram lawak ni kan dan apabila cerita tak panjang meleret lagi la mudah nak baca..

Fadima Mooneira said...

Interesting review. I like the cover too. Thank you for sharing. Pls share more.

nikkhazami said...

dah lama betul saya tak baca fiction, ada satu ni dah baca separuh jalan, entak bila nak habis. anyway, cantik cover buku ni kan?

Mahamahu said...

Baguslah boleh baca buku macam ni dalam masa yang singkat kita pun nak baca buku nipis macam ni tak tahu bila habis hehehehe. Tapi betul hidup jangan bertuhankan perkara yang kita tak tahu asal usulnya...

Cik Puan Ena said...

Nampak mcm menarik plak plot cerita. Lagi sula story cmni tak tebal hehe. Malas nak tunggu esok khatam.

Tini Alif said...

Terus teringat cerita WARIS... Dah terbayang-bayang dah ni... Huhuhuhu... Saya tertarik nak tau sebab Izudin tukar fikiran tu... InsyaAllah akan cekidaut naskhah ini kelak...

Sis Lin said...

Mesti si izudin tu boleh nampak memacam sampai dia nak buang saka tu kann... ingat memain ke benda saka ni , adoii..

AyuArjuna BiGoshh said...

31 muka Surat wahhh.. mcm menarik.. nanti nak carikla buku ni dekat karangkraf

Nadia Johari said...

Macam best juga ye cerita ni.. Nad suka tengok cerita saka2 macam ni.. Tapi tu kalau dlm tv, kalau buku, lama juga tak baca buku ni.. Tapi macam nak beli lulak. Hehehe

Mohd Zarin said...

Wow cover dia pun dah nampak menggerunkan tapi nampak macam unik dan menarik. Terima kasih review buku ni

Fadzil Ahmad said...

Murah jugak buku rm2 untuk 31 pages. Dia nak galakkan kita sentiasa membeli kot.anyway nak try baca buku ni jugak la. Macam menarik

Zaza Azman said...

Best la pulak nk baca buku cerita ala2 seram gini. Tak byk mukasurat nk bca mmg boleh la luang masa membaca.

Sunshine Kelly said...

Thanks for this book review, its like real life memang banyak saka and bukan mudah nak buang.