BOOK REVIEW - HOMESTAY (KEMBARA MISTIK)


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Beberapa bulan lepas, ika ada spent sikit duit untuk beli beberapa buku random. Antaranya ialah Homestay (Kembara Mistik) dari penerbit Fajar Pakeer. Sebenarnya, ada ternampak post dari Kak Kasihku Amani mengenai buku ni. So, buku ni ada dalam wishlist la. Kebetulan masa singgah kedai buku tu, memang ada bukunya. Dengan harga RM10. Kalian dapat baca 3 cerita seram pendek dari 3 penulis yang tidak asing lagi iatu Eb Reeza, Maria Kajiwa & Rhea.  

Buku ini mempunyai 150 muka surat. Nipis. Cover buku boleh dipuji. Masih dalam kategori 'eye catching". 


Honeymoon // Eb Reeza 

Mungkin ini hanyalah cerita pendek. Jadinya, idea penulis kelihatan lebih baik berbanding dengan novel beliau yang lain. 

Mengisahkan tentang Ryana & Ahshroff yang ingin pergi honeymoon di sebuah homestay bernama Kubu Homestay. Hadiah perkahwinan dari kawan Ashroff. Akan tetapi, setibanya mereka di homestay tersebut. Banyak kejadian pelik dan misteri terjadi. Lagi-lagi bila pekerja di homestay Kubu Homestay boleh dikatakan sombong, tidak mesra alam & menakutkan. Tambahan pula, peringatan untuk tidak keluar selepas jam 10 malam sangat mencurigakan bagi mereka berdua. 

Dah namanya bulan madu. Takkan nak kena berkurung pulak. Jadinya, Ryana & Ashroff ingkar dengan arahan bellboy. Dan mereka diburu di homestay tersebut. Ending not bad. I don't mind at all dengan ending macamtu. Ending semua bersangkut paut dengan watak utama dan diceritakan secara jelas mengapa mereka diburu di sana.

Cuma kesian dekat Ryana & Ashroff. Mereka menjadi mangsa keadaan mungkin? Atau karma? 

Homestay Putih Nian // Maria Kajiwa 

Cerita kedua masih boleh diterima dek akal. Logik. Sebab bersangkut paut dengan makhlus halus. Lagipun, benda macam ni terjadi dalam kehidupan kita. Nak disangkal tidak boleh. Penulis menulis cerita "realiti". Mak Putih adalah penambah cerita. 

Pengajarannya tetap satu. Jangan menyekutukan Allah. Tak kira la pertaruhannya adalah kemewahan sekalipun. 



Rahsia // Rhea 

Mengisahkan tentang suami yang ingin menebus kesilapan terhadao isterinya gara-gara kesalahan dia mencurangi isterinya. Bagi menebus kesalahan. Dia minta peluang kedua dari isterinya. 

Hisyam telah menyewa homestay dari Riezal untuk luangkan masa bersama isteri dan 2 orang anaknya. Akan tetapi, terang-terangan bila sampai di homestay tersebut. Macam-macam kejadian aneh berlaku. Anak-anak mereka ada kawan baru, budak perempuan di kawasan air terjun, hanya ada sebuah homestay di situ. Menarik. And ilmu hitam ini tidak lari dari orang yang sememangnya mempunyai niat jahat dan hati busuk. Minta dijauhkan. 




27 Comments

  1. selalunya benda yg orang lain tu kita nak buat sangat. menarik juga cerita dalam Homestay ni.

    wah thank you ika, baru perasan ada dlm senarai bloglist ika tapi link blog kita dah tukar tau..hehe

    https://tiaarasapphire.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Terima kasih �� milionnn kerana menyokong industry buku Malaysia. Terima kasih jua Kembara Mistik... yang baik
    kita jadikan pengajaran�� yangbyang .. kita berjaga-jaga��

    Semoga terus success ✨

    Dp : Team Fp ����

    ReplyDelete
  3. boleh tahan cite dia..harga pun murah

    ReplyDelete
  4. Wahh ni kalau baca mesti siang-siang hari hahah.
    .
    Nice review ;)

    ReplyDelete
  5. murahnya harga. dah lama tak membeli buku. kena start beli buku balik ni. leisure reading

    ReplyDelete
  6. Good novel review. I love reading books. But horror is not my genre. However, Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  7. Murahnya harga! Dah lama tak baca buku macam nie. Boleh cari nie..

    ReplyDelete
  8. Good lah ada review macam ni kita boleh baca sinopsis buku tanpa perlu khatam satu buku sebab kita ni pemalas baca buku wakakakaka kita suka tengok dan dengar kalau nak membaca hurmm berhari-hari baru habis wakakakaka..

    ReplyDelete
  9. wah murah betul harga buku. kalu BBL la, baca waktu siang je..tak berani la baca sebelum tidur

    ReplyDelete
  10. waa menarik buku dan sinopsisnya :)

    jom blogwalking :)

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum... Wah, best juga cerita ni... ni kalau baca terbawa2 di alam realiti ke? apa pun, happy blogging! happy reading!

    ReplyDelete
  12. thanks for review. saya suka cerita2 mistik ni. okay, lepas ni nak belilah. murah pulak tu:)

    ReplyDelete
  13. Seram juga cerita dia. Suka cerita seram tapi takut. Harga buku dia mueah juga

    ReplyDelete
  14. Sis satu perangai, suka nengok cite hantu, tapi kalau bab baca cite hantu ni tak suka, sebab bila baca feel dia semacam, kadang sambil baca je dah lain macam adeiii...

    ReplyDelete
  15. Wahhhh buku cerita mistik2 ni za mmg suka ah nak baca. Murah pulak tu.. Nak buat koleksi la.. Beli kat popular je ye?

    ReplyDelete
  16. Buku2 mistik bacaan riggan yang menarik dibaca waktu santai...

    ReplyDelete
  17. Selalu org review novel cintan cintun.. Buku macm ni kurang. Ni macam best..walaupuj nad jarang aca buku tapi ni macm menarik.. Nak tau kejadian seterusnya

    ReplyDelete
  18. Nie takleh baca waktu malam ini..serammm

    ReplyDelete
  19. Tertakut pulak bila tengok tajuk tu... dah la duduk kat homestay ni (outstation, bi-weekly)... hehehehe... tapi bukan la homestay yang macam homestay tu... sebenarnya hotel tapi dipanggil homestay kononnya nak mengatakan yang kita dapat merasakan seperti duduk di rumah gitu... hehehehe... berbalik kepada novel tu, saya memang suka baca kisah mistik, tapi penakut... bolehlah nanti beli tapi nak baca masa kat rumah je...

    ReplyDelete
  20. Berani ye baca novel seram 😅. Kite yg bca pon da terbayang bukan2. Lom baca full ni.

    ReplyDelete
  21. lama dah tak membaca buku. Iza suka jugak buku-buku mistik macam ni. kalau tak baca novel baca mastika. tapi buku ni murah la. macam boleh beli.

    ReplyDelete
  22. Sesekali tukar genre tentang mistik menarik juga kan.
    Balik balik selalu cerita cinta.
    Haha..
    Pastu cerita macam tu kuar pula di televisyen..
    Dah boleh hafal jalan ceritanya dah.

    ReplyDelete
  23. Takut nak baca tapi tertarik dengan sinopsis.

    ReplyDelete
  24. suka baca buku2 seram ye...? akak lak takut terbayang bayang sambil membaca...haha

    ReplyDelete
  25. Ala.. aritu dah singgah Aeon, lupa pula nak menjenguk Popular.. Nak cari Perpustakaan dengan Kubur tu.. hehehe

    ReplyDelete
  26. saya pun suka baca buku! hehe. saya ada buat review jugak, tapi baru nak mula. sila beri tunjuk ajar ahahah. boleh lawat di sini https://kyratulamira.blogspot.com/ :)

    ReplyDelete