Assalamualaikum & Hi readers ❤️️
Beberapa bulan lepas, ika ada spent sikit duit untuk beli beberapa buku random. Antaranya ialah Homestay (Kembara Mistik) dari penerbit Fajar Pakeer. Sebenarnya, ada ternampak post dari Kak Kasihku Amani mengenai buku ni. So, buku ni ada dalam wishlist la. Kebetulan masa singgah kedai buku tu, memang ada bukunya. Dengan harga RM10. Kalian dapat baca 3 cerita seram pendek dari 3 penulis yang tidak asing lagi iatu Eb Reeza, Maria Kajiwa & Rhea.
Buku ini mempunyai 150 muka surat. Nipis. Cover buku boleh dipuji. Masih dalam kategori 'eye catching".
Buku ini mempunyai 150 muka surat. Nipis. Cover buku boleh dipuji. Masih dalam kategori 'eye catching".
Honeymoon // Eb Reeza
Mungkin ini hanyalah cerita pendek. Jadinya, idea penulis kelihatan lebih baik berbanding dengan novel beliau yang lain.
Mengisahkan tentang Ryana & Ahshroff yang ingin pergi honeymoon di sebuah homestay bernama Kubu Homestay. Hadiah perkahwinan dari kawan Ashroff. Akan tetapi, setibanya mereka di homestay tersebut. Banyak kejadian pelik dan misteri terjadi. Lagi-lagi bila pekerja di homestay Kubu Homestay boleh dikatakan sombong, tidak mesra alam & menakutkan. Tambahan pula, peringatan untuk tidak keluar selepas jam 10 malam sangat mencurigakan bagi mereka berdua.
Dah namanya bulan madu. Takkan nak kena berkurung pulak. Jadinya, Ryana & Ashroff ingkar dengan arahan bellboy. Dan mereka diburu di homestay tersebut. Ending not bad. I don't mind at all dengan ending macamtu. Ending semua bersangkut paut dengan watak utama dan diceritakan secara jelas mengapa mereka diburu di sana.
Cuma kesian dekat Ryana & Ashroff. Mereka menjadi mangsa keadaan mungkin? Atau karma?
Homestay Putih Nian // Maria Kajiwa
Cerita kedua masih boleh diterima dek akal. Logik. Sebab bersangkut paut dengan makhlus halus. Lagipun, benda macam ni terjadi dalam kehidupan kita. Nak disangkal tidak boleh. Penulis menulis cerita "realiti". Mak Putih adalah penambah cerita.
Pengajarannya tetap satu. Jangan menyekutukan Allah. Tak kira la pertaruhannya adalah kemewahan sekalipun.
Rahsia // Rhea
Mengisahkan tentang suami yang ingin menebus kesilapan terhadao isterinya gara-gara kesalahan dia mencurangi isterinya. Bagi menebus kesalahan. Dia minta peluang kedua dari isterinya.
Hisyam telah menyewa homestay dari Riezal untuk luangkan masa bersama isteri dan 2 orang anaknya. Akan tetapi, terang-terangan bila sampai di homestay tersebut. Macam-macam kejadian aneh berlaku. Anak-anak mereka ada kawan baru, budak perempuan di kawasan air terjun, hanya ada sebuah homestay di situ. Menarik. And ilmu hitam ini tidak lari dari orang yang sememangnya mempunyai niat jahat dan hati busuk. Minta dijauhkan.
30 comments:
selalunya benda yg orang lain tu kita nak buat sangat. menarik juga cerita dalam Homestay ni.
wah thank you ika, baru perasan ada dlm senarai bloglist ika tapi link blog kita dah tukar tau..hehe
https://tiaarasapphire.blogspot.com/
Terima kasih �� milionnn kerana menyokong industry buku Malaysia. Terima kasih jua Kembara Mistik... yang baik
kita jadikan pengajaran�� yangbyang .. kita berjaga-jaga��
Semoga terus success ✨
Dp : Team Fp ����
boleh tahan cite dia..harga pun murah
Wahh ni kalau baca mesti siang-siang hari hahah.
.
Nice review ;)
singgah sini dulu :)
murahnya harga. dah lama tak membeli buku. kena start beli buku balik ni. leisure reading
Good novel review. I love reading books. But horror is not my genre. However, Thank you for sharing.
Murahnya harga! Dah lama tak baca buku macam nie. Boleh cari nie..
Good lah ada review macam ni kita boleh baca sinopsis buku tanpa perlu khatam satu buku sebab kita ni pemalas baca buku wakakakaka kita suka tengok dan dengar kalau nak membaca hurmm berhari-hari baru habis wakakakaka..
wah murah betul harga buku. kalu BBL la, baca waktu siang je..tak berani la baca sebelum tidur
waa menarik buku dan sinopsisnya :)
jom blogwalking :)
Assalamualaikum... Wah, best juga cerita ni... ni kalau baca terbawa2 di alam realiti ke? apa pun, happy blogging! happy reading!
thanks for review. saya suka cerita2 mistik ni. okay, lepas ni nak belilah. murah pulak tu:)
Seram juga cerita dia. Suka cerita seram tapi takut. Harga buku dia mueah juga
Sis satu perangai, suka nengok cite hantu, tapi kalau bab baca cite hantu ni tak suka, sebab bila baca feel dia semacam, kadang sambil baca je dah lain macam adeiii...
Wahhhh buku cerita mistik2 ni za mmg suka ah nak baca. Murah pulak tu.. Nak buat koleksi la.. Beli kat popular je ye?
Buku2 mistik bacaan riggan yang menarik dibaca waktu santai...
Selalu org review novel cintan cintun.. Buku macm ni kurang. Ni macam best..walaupuj nad jarang aca buku tapi ni macm menarik.. Nak tau kejadian seterusnya
Nie takleh baca waktu malam ini..serammm
Tertakut pulak bila tengok tajuk tu... dah la duduk kat homestay ni (outstation, bi-weekly)... hehehehe... tapi bukan la homestay yang macam homestay tu... sebenarnya hotel tapi dipanggil homestay kononnya nak mengatakan yang kita dapat merasakan seperti duduk di rumah gitu... hehehehe... berbalik kepada novel tu, saya memang suka baca kisah mistik, tapi penakut... bolehlah nanti beli tapi nak baca masa kat rumah je...
Berani ye baca novel seram 😅. Kite yg bca pon da terbayang bukan2. Lom baca full ni.
lama dah tak membaca buku. Iza suka jugak buku-buku mistik macam ni. kalau tak baca novel baca mastika. tapi buku ni murah la. macam boleh beli.
Sesekali tukar genre tentang mistik menarik juga kan.
Balik balik selalu cerita cinta.
Haha..
Pastu cerita macam tu kuar pula di televisyen..
Dah boleh hafal jalan ceritanya dah.
Takut nak baca tapi tertarik dengan sinopsis.
suka baca buku2 seram ye...? akak lak takut terbayang bayang sambil membaca...haha
Ala.. aritu dah singgah Aeon, lupa pula nak menjenguk Popular.. Nak cari Perpustakaan dengan Kubur tu.. hehehe
saya pun suka baca buku! hehe. saya ada buat review jugak, tapi baru nak mula. sila beri tunjuk ajar ahahah. boleh lawat di sini https://kyratulamira.blogspot.com/ :)
nice blog! jemput ke nunavillera.blogspot.com nnti sye followback
Nice Info
Singgah
Salam kenal
Saya baru belajar blog
ini blog baru saya : https://www.templateppt.eu.org/
dari sinopsis agak menarik.. dah lama tak baca cerita yg macam ni
Post a Comment