BOOK REVIEW - JODOHKU JEJAKA JELITA BY ALIESHA KIRANA

 

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Novel JJJ ini ika dapat hasil exchange book di Setia Alam. Asalnya, ika ada sedikit perasaan berbelah bahgi untuk dapatkan buku ni. Nama penulis memang ika familiar. Cumanya, masa tu maybe ika rasa nantilah baca. Alih-alih masa letak dekat rak. Belek semula terus decide nak baca :)


Penulis: Aliesha Kirana

Cover Jodohku Jejaka Jelita memang dari yang lain. Jelita sangat. Bila baca blurb dekat belakang buku buatkan ika rasa macam , ah cerita lelaki lembut. T.T Boleh imagine la kiranya macam mana cerita dan rupa lelaki lembut kiranya walaupun tak baca lagi.  

Secara ringkasnya, mengisahkan tentang Ayeshah yang baru saja putus cinta dengan Ridwan. Dengan tidak semena mena muncul childhood friend dia, Andra. Andra lelaki jelita berambut panjang, pandai berfesyen, kulit flawless, kurus dan lembut. Jadinya, Ayeshah walaupun mulut dia kondem Andra tapi cara dia menerima kehadiran Andra tu tidak seperti orang lain. Kiranya, dia tidak terima Andra walaupun Andra bukan macam lelaki lain. 

Disebabkan itu, Andra decide untuk ajak Ayeshah kahwin. Ayeshah of course terkejut. Dia sendiri pun dalam  dilema nak terima atau tidak. Mestilah ada perasaan ragu-ragu sebab dia tahu Andra macam mana. Bayangkan kalau kita di tempat Ayeshah.

Banyak benda boleh kita ambil masa baca Jodohku Jejaka Jelita ini:- 

Adakah ini Andra yang penulis imagine? Memang cantik. 
Source: Google


1. Jangan menilai seseorang dari cara pemakaiannya. 

2.Perubahan seseorang yang terpesong untuk ke arah yang lebih baik seharusnya disokonh oleh orang terdekat dengannya. 

3. Jangan perlekehkan usaha dan niat seseorang untuk berubah. 

4. Jangan jua gunakan kekerasan atau ejekan untuk menegur untuk memperbetulkan kesalahan orang tersebut. 

5.Menerima pasangan yang juga pilihan kita sendiri seadanya. 

6.Jangan jadi batu api jika kita tahu ada hubungan kekeluargaan yang tidak baik. Jadi la air untuk menyejukan keadaan. 

7. Avoid ex kalian untuk jaga isteri/suami. 

8. Berterus terang dengan pasangan anda tentang apa jua masalah, perasaan, pendapat dan sebagainya. So that pasangan kita tahu dari mulut kita sendiri dan bukannya dari orang lain. 

9. Dendam tidak akan menyelesaikan masalah. 

10. Jangan ambil kesempatan dengan masalah yang dihadapi oleh diri sendiri atau orang lain. 

Watak Andra yang lembut memang ada perkembangan dan perubahan dari segi wataknya. Dari nafsunya yang terpesong sehinggalah dia sendiri ingin berubah. Ayeshah pula sebagai medan atau tujuan utama dia kekal dengan niatnya untuk berubah. Sanggup buat apa saja untuk bahagiakan isteri dia. Dan dia sangat faham isteri dia hehe. Konflik antara Andra dan Ayeshah itu kurang sangat. JJJ melibatkan konflik keluarga. Bagaimana Andra ingin menyelesaikan masalah dia dengan mama dia. Hm 

Mengenai Hyke pula, kurang sangat cerita tentang dia. Seolah olah cerita dia sampai penghujung tu macam boleh kira dengan jari. Watak antagonis yang aneh. Lelaki yang sonsang dan mampu lakukan apa saja demi kebahagiaan diri dia. Please Hyke. Go away & back to Allah. 


Facebook Aliesha Kirana

7 Komen

  1. serious,tu penulis dia ? cantik gila.. tiba2 i rasa insecure plak

    ReplyDelete
  2. ya sokongan dari orang, terutama yang paling rapat dengan kita, adalah sangat diperlukan supaya kita tak rasa kita ni sampah. huhu.. sorry teremo

    ReplyDelete
  3. kalau saya kan fikir banyak kali juga nak baca buku ni bila tengok cover dia..hehe
    tapi menarik juga la isu yg dibawa dalam novel ni dan banyak pengajaran.

    ReplyDelete
  4. Bagus juga banyak moral value yang boleh dapat dari novel ni

    ReplyDelete
  5. Tengok cover pun dah menarik dah, tambah lagi ceritanya yg ada moral value banyak ni mesti bestt baca 😍😍

    ReplyDelete
  6. Kalau itulah bayangan lelaki cantik oleh penulis, memang kena sangat.. Hahaha.. Cantik gila..

    ReplyDelete
  7. Alahai comelnya cover! Term ‘jejaka jelita’ tu pun comel. 😄

    ReplyDelete