EBOOK REVIEW-LOVE BY PIYAA

 

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Kebetulan hari itu, ternampak post Ayeshah Amani di Instagram pasal cerpen LOVE ni. Kalau tak silap, dia ada mention kalau sesiapa nak baca boleh approach penulisnya, Cik Piyaa. Disebabkan ika tengah mencari bahan bacaan santai, ika terfikir macam why not baca cerpen. Cepat sikit habis dan bagi mengelakan reading slump. 


Penulis: Piyaa
Mukasurat:  58 mukasurat 
Format: Ebook

"Terlalu obsesi kadang boleh membuatmu hilang empati" 

Kehidupan Sabrina dalam LOVE ini boleh dikatakan sedih pada awal cerita. Awal cerita yang menyakitkan hati sebenarnya. Untuk terima kenyataan yang suami sendiri bertindak luar jangkaan bukanlah satu perkara yang mudah bagi Sab. Sab dan suaminya, Qairi nyata tidak ditakdirkan untuk bersama

Perpisahan tersebut memberi Sab harta yang paling bernilai tanpa dia sedari. Dijaga dengan baik sehinggalah berlaku satu kejadian yang tidak diingini. Sab yang selama ini gigih bangun dengan sendirinya akhirnya rebah jua.

Dan muncul seseorang yang tidak disangka-disangka selama ini dalam hidupnya setelah harta paling bernilainya pergi dijemput Ilahi. Dan apa yang akan terjadi kepada Sab dan Qairi? Adakah mereka akan bersama? Adakah Qairi akan diberikan peluang kedua, hilang di depan mata hilang begitu saja, bintang sudah ku ukir janji sudah kau mungkir eh? Atau Sab akan tetap membawa dirinya jauh dari Qairi? 

Memandangkan cerpen ini hanyalah 50+ mukasurat. Jadinya, saya tak dapat ceritakan dengan lebih takut jadi spoiler yang maha teruk. Storyline LOVE ini sangat ringkas. Ada juga yang tiba tiba outofnowhere. But its okay. Rasanya kalau dapat explanation dengan lebih lagi mengenai mengapakah sekian sekian perkara itu terjadi mesti lagi menarik. Konfliknya yang ada banyak which is untuk cerpen pendek. Semua konflik diselesaikan penulis dengan baik. Penulis juga turut selitkan beberapa isu realiti dalam kehidupan kita sekarang antaranya:-

• Sakit Mental / Obses
• Curang
• Hasad Dengki

Konklusi mudahnya ialah, jangan dibuat main orang yang ada masalah mental ini. Boleh memudaratkan orang lain. Fikiran & perbuatan mereka adakalanya boleh menyebabkan kematian. #ikareviewbuku

8 Comments

  1. ehehe sempat masukkan lagu nabila razali. btw, good review!

    ReplyDelete
  2. sometimes nak buat review ni susah kan , sbb tkot bg spoiler

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju atie..nk review kena pndai bg point supaya x memudaratkn pada pihak lain :)

      Delete
  3. sekejap je boleh siap kalau 50++ page :)

    ReplyDelete
  4. rasa macam ramai pulak yang bagi review utk ebook ni... buat daku tertanya-tanya akan jalan ceritanyaa

    ReplyDelete
  5. macam bakal menarik ceritanya ini

    ReplyDelete
  6. menarik review Ika.. Nanti boleh cuba cari penulis ini pula..

    ReplyDelete
  7. Baca jalan cerita pun dah sedih.

    ReplyDelete