BOOK REVIEW - MONOKROMATIK BY IQBAL RAFIUDIN - Jari Jemari Menari

Oct 22, 2020

BOOK REVIEW - MONOKROMATIK BY IQBAL RAFIUDIN

 

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Pertama sekali, buku ini dibeli 2 tahun lepas sebab BookCafe ada buat sale sebuah buku RM2. Jadinya, kalau ditanya berapa harga masa ika beli buku ni, kalian dah tahu terang-terangan dah.RM 2 geng, mana boleh tak beli. Kena beli jugak sebab buku ni harga asal dia berbelas ringgit. Kira jimat banyak sangat dah. TBR 2 tahun lepas ni, semalam baru ika baca. 

Ika tertarik dengan cover buku Monokromatik ni.  Nampak comel tapi menakutkan dalam masa yang sama. Of course, kita tahu yang ada mesej tersembunyi disebaliknya. Kenapa ada dua kepala atas bawah dan kenapa kedua-dua wajah jelas menunjukkan emosi yang berlainan. Mengapa? 

Let's proceed, bismillah. 

Source: By JJM 

Nama Penulis: Iqbal Rafiudin 
Mukasurat: 201 mukasurat
Format: Paperback 
Tahun: 2015
Publisher: Terfaktab

Mengisahkan tentang seorang remaja lelaki bernama Rafiq yang berpindah ke sekolah baru. Dia merupakan pelajar STPM.  Ketika di dalam kelas, dia mendapati ada seorang gadis yang keseorangan dan dipinggirkan oleh kawan yang lain. Jadi dia mengambil keputusan untuk menegur gadis tersebut dan tidak semena mena dia ditegur oleh seseorang dengan amaran: Jangan tegur Adira kalau kau taknak menyesal!

Aneh! Sebab itulah ika ambil keputusan untuk teruskan membaca sebab curious. Lagi satu, bila mana penulis mengunakan loghat utara dalam Monokromatik ini. Jadinya terasa lebih dekat dengan watak. Baca pun laju sebab ika tak ada masalah lansung dengan loghat utara sebab loghat ni selalu diguna pakai di rumah. 

Source: Google 
Credit: Perbadanan Kota Buku

Kenapa dengan Adira? 

Adira dikatakan sakit mental dan ada split personality. Satu lagi identitinya ialah Marsha. Seorang gadis yang nyata-nyata kontra perangainya. Lebih boyish dan gangster tetapi Marsha banyak melindungi Adira dari dibuli di sekolah. Identiti kedua Adira ini selalu dijadikan bualan orang di sekolah. Asal ada pergaduhan saja, mesti nama Marsha dipetik. Genjala buli di sekolah memang sepatutnya dipandang serius oleh semua pihak. 

Akan tetapi,  Rafiq tetap menerima Adira sebagai kawan walaupun diberi amaran & tahu tentang penyakit aneh Adira. Hati dah tertawan. Nak buat macam mana kan. 😊 Akan tetapi, sampailah berlaku satu kejadian tragis antara mereka berdua sehinggakan ianya menimbulkan tanda tanya kepda Rafiq. Dia perlukan penjelasan dan jawapan dari Adira.

Secara peribadi, jalan cerita buku ini menarik. Misteri di awal cerita itu ada. Dibawa perasaan misteri itu menjadi persoalan di pertengahan buku. Rasa teruja untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang Adira & Rafiq. Dari zaman persekolahan sehinggalah 8 tahun selepas itu. Tetapi..

Mungkin disebabkan ini karya pertama penulis. Jadi ada beberapa kekurangan. Sudah semestinya ada typo di beberapa muka surat serta penulis secara tiba tiba flashback tanpa beritahu flashback mengenai apa. Adakalanya nama watak menjadi nama penuh kadang nama singkat. Sebolehnya, ika lebih prefer nama itu sama saja dari awal sehingga habis cerita. Adakalanya, ianya mengelirukan saya sebagai pembaca. 
Banyak yang ingin dihighlightkan. Isu mengenai dalang disebalik semuanya. Begitu mudah ya dia plan semuanya. Kan best kalau dia ceritakan walaupun sedikit.

Ada juga beberapa persoalan yang kekal menjadi persoalan. Contoh macam kenapa mak Adira jadi macam emo gila lepas keguguran tu. Huu. 
Penulis sudah jelaskan isu mengapa mak Adira menjadi emo selepas keguguran dan mengapakah dia memilih untuk ignore anaknya. Jawapannya ialah:- Mak Adira meroyan. Jelasnya, orang yang mengalami situasi begini akan terkesan secara emosi. 

Overall, ika mengharapkan yang buku ini dapat diolah dengan lebih baik. Sebab penulis sudah mempunyai idea  yang menarik. Ika taknak ulas banyak sangat secara details apa yang ika tak okay dengan buku ini sebab ika risau boleh jadi spoiler. #ikareviewbuku 

Boleh dapatkan Monokromatik di Esentral(EBook) dengan harga RM10 : - 

Spoiler bermaksud: Ulasan yang kita beri secara tidak lansung sudah menceritakan keseluruhan cerita.

6 comments:

Illya LeYa said...

Okay menarik juga ni. LeYa pun macam lama dah xbeli buku novel

Kakmim said...

Susah buat karya mcm ni sbb perlu research yg mendalam kan? kalau x jadi x logik pulak jalan cerita... walaupun karya pertama tp mcm berjaya jugak kan? tahniah buat penulis

Atie Zieya said...

RM2 ! klu satu buku berbelas ringgit, then klu dekat ni hari tu BookCafe RM10 boleh dpt 10 buku..rugi klu tak beli kan, baca ke tak... boleh letak tepi, jnji beli :)

Farrah MF said...

Seronok betul kalau dapat buku dengan good bargain, kan? Akak ada buku ni orang hadiahkan tapi masih belum baca lagi.

Sha Mohamed said...

Cerita okay cuma garapan dia..

Cik TK said...

wah bestnya dapat buku murah... cerita ni pun nampak macam best juga jalan ceritanya