BOOK REVIEW - WARNA HATI BY NANIEY TJ


 Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️



Mengisahkan tentang Zara Arissa yang dipaksa berkahwin dengan Tengku Irsyad. Perkahwinan yang bukan atas kerelaannya itu menimbulkan masalah buat dirinya. Lagi-lagi bila suaminya Tengku Irsyad dengan yakin tanpa berselindung memberitahu yang dia sudah mempunyai pilihan hati bernama Linda. Mungkin ketika itu. Zara Arissa seperti tiada perasaan. Namun, yang membaca ni la yang sakit hati. 


Perkahwinan yang diatur ini semangnya memberi konflik berganda apabila hati masing-masing bukan dalam keadaan yang bersedia. Kemudian menjadi lagi masalah bila adik ipar Zara cemburu dengan perhatian yang kakak iparnya dapat. Macam eh watdeeh? Kenapa nak kena cemburu. Kurang kasih sayang sangat ke hidup tu. 


Berlaku la satu hasad dengki yang membuahkan komplot antara orang ini dengan orang ini. Jadi hubungan Zara & Tengku Irsyad yang baru saja ingin bercambah menjadi huru hara. Tambahan, Tengku Irsyad makin kukuh dengan pendiriannya untuk memiliki pilihan hati. 


Zara? Dia pergi membawa hati dan diri. Seronok baca bila Tengku Irsyad dan Zara manis manis. Tapi sakit hati baca bila ada lalat berkeliaran. Rasa macam nak buat perangkap untuk lalat tu and bila dah dapat tangkap nak lumat lumatkan dia haha.


6 Komen

  1. geram betul ika dengan lalat dalam buku ni..haha

    ReplyDelete
  2. Hahah.. saya pun suka novel macam ni.. Kalau buat drama tak berasa suka tonton. Lebih suka baca.

    ReplyDelete
  3. Uishhh lalat ada di mana-mana! Kena cari Shieldtox ni!

    ReplyDelete