Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ❤️
Terimakasih kepada saudari Honey atas ebook ini. Siapa yang pernah baca ebook penulis bertajuk Jodoh Di Luh Mahfuz. Kali ini, penulis tampil dengan ebook terbaru bertajuk Tiga. Ika anggap yang tajuk Tiga dipilih sebab ada 3 cerita dalam 1 ebook. Betul tak? Kalau salah betulkan ya.
Saya sama sekali tidak menyangka ketiga-tiga cerpen ringkas di dalam ini membuatkan saya sebak dan terkenang diri sendiri. Mungkin, saya boleh relate dengan realiti kehidupan saya yang pernah melalui fasa kehilangan orang yang tersayang. It's not easy at all. Tak mudah nak bangun semula dan teruskan hidup seperti biasa di saat kita betul-betul terasa sakit kehilangan itu. It takes time. Berapa lama? I'm not sure tapi saya sendiri masih cuba dan sentiasa cuba untuk terima.
By the way, in one sitting saja boleh habis kerana ebook ini mempunyai 101 mukasurat. Saya kira penulis masih tetap dengan identitinya iaitu dengan elemen yang mempunyai unsur islamik. Sama seperti ebook sebelum ini. Cerita di dalam ini sedikit sebanyak membuka mata dan hati saya. Yang kita sayang tidak akan kekal dengan kita. Sampai masanya, ia pasti akan pergi meninggalkan kita.
Kata-kata puitis, susunan ayat yang teratur, bermadah pujangga semua ada dalam Tiga. Siapa yang pernah rasa kehilangan tidak kira pasangan, keluarga, kawan atau anak. Cerita dalam ini akan mencuit perasaan sedih kita secara tidak sengaja. Betapa peritnya ditinggalkan insan tercinta samaada secara mengejut atau sudah ada petandanya. Sayangilah sesama kita. Mungkin hari ini dia masih ada, esok sudah terkujur kaku di hadapan kita.
Saya ada sedikit point kepada penulis untuk penambahbaikkan pada masa akan datang:-
Cover ebook - Cover ebook itu penting untuk 1st impression dari pembaca dan menarik perhatian reader juga. Akan datang, Miss Honey boleh tampil dengan design cover ebook yang lebih menyerlah dan menonjol.
Simple Layout - Secara peribadi, ika rasa layout yang simple akan membuatkan ebook tersebut nampak bersih dan tidak sarat. Jika berwarna, kena make sure yang warna tersebut tidak menganggu pembacaan. Malahan, font juga perlu lah sesuai. Boleh nak fancy. Tidak salah sama sekali, tapi simple but nice itu lagi better rasanya.
Walaupun ringkas. Satu percubaan yang baik dari penulis Miss Honey. Bukan senang untuk menulis. Bukan senang juga untuk meletakkan emosi yang sebegitu di dalam ebook yang serba ringkas ini. Saya suka ketiga-tiga cerita tapi saya paling suka cerita kedua. Teruskan menulis okay :)
No comments:
Post a Comment