Saturday, January 09, 2016

DieHard Fan





Assalamualaikum. Alhamdulillah, dah masuk tahun 2016. Barulah nak munculkan diri balik menulis blog. Haha. 
Ada lagi ke yang suka baca blog? Sometimes, terpikir jugak. People nowdays prefer to scroll down Ig hihi. 

Kita rasa mcm kita nak start entry kita dgn keobses-an kita dengan buku. Ramai yang tahu sebenarnya kita diehard fan buku. Kita boleh spent almost 2-3 hours kat dalam kedai buku. Tu namanya kepuasan la instead dari kita menerewang ke mana hala for nothing. Kita lebih suka pergi kedai buku. Hope bakal suami faham dan jangan nak bebel banyak kalau kita suka pergi sana. Huu

Since last year, kita mula berjinak-jinak baca buku yang genre seram dari Buku Prima. 
Sebab 1st time rasa tertarik bila beli buku Cerita 1 Malam by Zaifuzaman Ahmad. Sebab kita mula rasa meremang bila baca. So end up, kite mula hunting semua buku buku dan kebetulan masa tu Buku Prima mula keluarkan banyak buku seram yang ada special warna la. Hitam. 



Disebabkan kita student, kita baru ada a few la. Tapi sekarang banyak dan termiss. Last beli Margasatwa 2. For me, nak rasa kelainan baca novel. Try la baca novel horror. Novel cinta mcm dah biasa. For me la, sebab dari sekolah dah selalu baca. Banyak lagi, publisher lain yang keluarkan novel seram. Fixi ada. Tu ha. Si Ismi Fa Ismail pun ada keluarkan buku baru, Seruan Pertama Kedua. Hihi. Tak salah pun tukar selera. Hihi. 

Mendera perasaan je bila tengok semua buku kat kedai buku. Kalau cmni, kena kawen dgn anak tauke kedai buku la :) Haha. Kita selalu imagine, bangun dari tido ada buku penuh dalam bilik. Huuuuuu. 

Bulan berapa tah, tak ingat. Karangkraf ada buat pesta buku mcm selalu. Kita pun dgn gigih nya pergi pesta tu even time tu fulus mmg tgh kaw kaw nipis Hihi. tp guess what la, kite dapat beli 12 novel plus dapat jumpa A Darwisy. Hensem. Eh haha :) Mmg rambang mata gila pergi sana. Rasa taknak balik pun ya. Rasa nak duduk sana. 


Back to story, kita ada limited pieces of buku Tamar Jalis. Rasa Ya Allah, beruntungnya. Abah kita punya, sodapat kat kita la. Adik-adik kita bukan jenis suka baca buku. Dah namanya lelaki kan, prefer tgok majalah bergambar haha. Kita belek harga buku, dulu abah kita kata harga sebuah buku baru RM 2.50. Sekarang, RM25. Huu. Dis is 1st edition kalau tak silap. Kita tak baca lagi, kita sayang haha. Nanti, ada masa baru baca. :) 



So, till then. Jumpa lagi. Ni entry permulaan awal tahun 2016. Hihi. Saja saja je ambik mood nak menulis balik. Sapa tahu, harini pegang buku orang lain, esok lusa pegang buku ada nama sendiri pulak. Doakan. Hee. 



with love : cik ika :)