Nov 23, 2017

# Books

BOOK REVIEW - PROJEK SERAM WAD 💊



  Assalamualaikum & Hi. 
Next book review ika pasal Projek Seram Wad by Zaifuzaman Ahmad, Hasrudi Jawawi, Julie Jasmin & Ebriza Aminuddin. 
Okay, let's talk about this book. Wad? Of course main place dia dekat hospital. Hospital ni bagi Ika, mana mana hospital pun terasa cam seram and suram dan cam keras. Tak kira la seceria mana pun hiasan dalaman luaran hospital tu, but still bila malam. Tetap menakutkan. 

Kalau tengok balik cerita Thai, depa selalu buat cerita dekat hospital, Indon pulak siap ada suster ngesot, citer omputih siap ada scene macam hantu muncul dekat dalam wad la apa la. Banyak yang dapat ilham pasal hantu bila terfikirkan wad and hospital. 

HATI HATI.. JANGAN SAMPAI JADI MANGSA 

Novel ni sebenarnya adalah special edition of Projek Seram. Cerpen dari penulis penulis Seramlicious.  Novel ni bercolour, tak macam novel yang colour hitam tu. Sebab yang ni bercolour is senang org nak identify yang jenis bercolor camni jenis Projek Serem, cerpen. 
Tengok cover dia ada muka org berbalut pun dah buat kita fikir lain. HAHA.
This will be long entry. Ika akan fikirkan cara untuk review dengan simple dan mudah untuk book review akan datang. 



                                              SINOPSIS                                                 

PRANK - ZA " Kalau kau boleh buat, aku pun boleh! Tunggu masanya aje!" 
Sheila tidak percaya tentang kewujudan makhluk halus. Dia telah dicabar Joe untuk bertapa di sebuah hospital lama selama tiga jam. Kalau dia berjaya melalui ujian itu, Joe akan membayar upah sebanyak RM1000. Malangnya, suatu malapetaka telah berlaku di mana gadis itu terbunuh. Apa sebenarnya terjadi? Adakah ia satu perbuatan prank atau benar benar terjadi? Ataupun muslihat Joe sendiri? 

REVIEW: Honestly, ika suka cerpen ni sebab plot twist. Of course mcm cerita yang selalu kita dengar pasal hal  cabar mencabar ni. Tapi ini lain sikit. Sebab apa yang kita fikir tak sama dengan apa pengakhiran cerita. Bengang jugak dengan watak Joe ni. Mamat poyo yang suka cakap besar. Tapi end up dia yang terkena lebih dari org lain. Macam ayat tu makan diri dia sendiri. Pity you Joe HAHA. 
_________________________________________________________________________

BOURRE 304 - HASRUDI JAWAWI "Hari ni kau rampas hak orang, esok lusa, orang akan rampas hak kau" 

Sejak ditugaskan di Bourre 304 yang terletak di Blok 3 aras empat hospital itu, hidup Izara mula diganggu sesuatu. Selain itu, pesakit pertama yang perlu dijaga dan uruskan di Bourre 304 juga mengundang misteri. Kelibat wanita berwajah mengerikan yang seiras dengan pesakit pertamanya itu selalu menggangunya. Apa kaitan Izara dengan pesakit yang berpangkat Datin itu? 

REVIEW: Oh, first time baca nama watak utama dia Izara terus dalam otak teringat Izara yang cantik tu. Haha. Jujurnya, ika dah boleh predict jalan cerita ni sebab mcm dah pernah baca and ada jugak movie yang lebih kurang sama mcm cerita ni. Predict tu dari segi ending dia. But still, penulis berjaya ceritakan suasana seram dan misteri. Tak senang nak bagi pembaca rasa suasana mcm apa yang ditulis. Main issue cerita ni is kecurangan curang dicurangi mencurangi. Cis, emo. 

___________________________________________________________________________

HOSPITAL MELORSARI - JULIE JASMIN " Jururawat mana pula yang suka sangat main tarik tarik selimut ni?" 
Ambulans yang sepatutnya membawa mereka ke Hospital KPJ sudah tersilap hospital membawa mereka ke Hospital Melorsari. Kehilangan demi kehilangan pesakit di Hospital Melorsari menjadi tanda tanya. Apakah kisah di sebalik kehilangan pesakit pesakit di sini? Apakah rahsia yang tersimpan di Hospital Melorsari? 

REVIEW: Bagi ika, jalan cerita mcm ala ala cerita melayu yang Aeril berlakon. Lupa nama tajuk filem tu apa. Tapi konsep salah hospital tu sama. Betapa beraninya watak utama dia bernama Zawin. Menjalani hari hari dekat hospital yang salah. 
Cumanya, cerita ni ada plot twist jugak. Best. Doktor Rizki dan jururawat yang mental. 

_____________________________________________________________________________

BILIK 13- EBRIZA AMINNUDIN " Hati hati..jangan sampai jadi mangsa" 
Addin Adilla merupakan jururawat yang baru bertukar ke Hospital Cempaka Suri berasa pelik apabila dia menjejaki kaki ke wad 13. Orang orang di sana cukup berbeza sekali dengan orang orang di wad biasa membuatkan mindanya berkecamuk memikirkan tentang mereka. 

REVIEW: Honestly, ika suka cerita ni sebabnya lain sikit. Suka cara pengceritaan penulis menceritakan pasal Addin. Addin berjumpa dengan mcm mcm org dekat hospital tu. Dan yang paling nyata, dia tak boleh sebut kalimah Allah, seolah olah macam berat betul mulut dia nak menyebutnya. Macam ada kaitan dengan kehadiran dia dekat hospital tu. Dan ada satu nenek yang menami Addin dari permulaan sampai la habis cerita. 

Bintang jujur dari ika untuk novel ni is ⭐️⭐️⭐️
PRICE: RM 26 (nak murah tunggu pesta buku k gais)
PAGES: 523 

Apa pendapat korang pulak kalau terfikirkan pasal wad? Any good or bad experience ke? Drop your comment here and share hee. 
Till then gais. See you gais in next entry. 

8 comments:

  1. Hi salam singgah lagi kat sini :)

    Btw jom join GA saya!

    http://www.akuseorangtraveler.com/2017/11/give-away-hadiah-misteri-dari-astraveler.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi wasalam. Hee :)
      InsyaAllah kak. will join later.

      Delete
  2. Dah lamaaaa tak baca novel-novel seram ni. Boleh tambah dalam list ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak dah sekarang novel seram. Sebab banyak dah taktahu nak baca yang mana haha :p

      Delete
  3. rajinnya baca Novel Ika oiii.. Mummy selalunya novel baca mummy..hahaha :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Mummy kelakar. Novel baca mummy. istilah sama mcm tv tengok kita la, bukan kita tgk tv. haha

      Delete
  4. Novel pilihan mummy selalunya romantik komedi ja... Tak pernah lg yang horror2 ni..Takut terbayang dlm realiti..hahaha

    ReplyDelete
  5. Suka yang Projek Seram ini.. Sha memang kumpul, cuma tak cukup 2 je lagi.. Tema yang dibawakan memang menarik..

    ReplyDelete