BOOK REVIEW: PROJEK SERAM HIGHWAY 🛣 - Jari Jemari Menari

Jan 18, 2018

BOOK REVIEW: PROJEK SERAM HIGHWAY 🛣


Assalamualaikum semua :)
Ika nak share a bit genre buku yang ika suka baca. Selain dari novel cinta. 
Few years back. Ika suka baca novel bergenre thriller and horror. Ika kalau boleh nak share semua buku yang ika dah habis baca. Tapi, memandangkan, hangpa pun tau kan. Nak berblogging ni kadang tu kalau takda mood. Lansung takda minat nak blogging. 

Today, ika terjumpa satu gambar dalam gallery phone. Lama dah ni. Nanti ika ambik proper picture of this book. Projek Seram HIGHWAY.
"Kerana dosa, mereka binasa"

PUBLISHER: BUKU PRIMA
AUTHOR: SAIDEE NOR AZAM, AKMA SAIDON, SUFI ABQARI & NINIE OTHMAN.
PAGES: 502 pages

Oh, memang warna buku ni whiteblack. Bukan filter ya. Ika tertarik nak beli and baca sebab ada one of  my fav author. Encik Saidee. And ika nak jugak baca karya dari penulis lain. Oh, Ninie Othman pun ika pernah baca karya dia. Not bad. I mean, her solo novel, Meremang. (nanti ika review)

Kalau cakap pasal highway, ika mesti terbayang banyak kisah yang jadi dekat highway itu sendiri. So, ika a bit eksited nak baca. 


                                                    MY REVIEW                                                      

Overall, ika suka cakap secara keseluruhan feeling ika bila baca buku. Dalam buku ni, ada 4 cerpen. So, setiap penulis, satu cerpen. Honest review dari Ika is, ika hanya suka 2 cerita sahaja dari 4 cerpen. 

My fav is 1.Jalan Terakhir: Saidee Nor Azam 
“Aku takut… aku masih belum mahu mati!” 
Perjalanan Razak sebagai penghantar barang ke Pantai Timur telah diganggu. Rakannya yang juga penemannya, Azhar telah hilang secara misteri. Siapakah Fatin yang sentiasa setia menemani Razak? Siapakah lelaki tua misteri yang dijumpai Razak di pinggir lebuh raya? Adakah nyawa Razak bakal terancam dengan gangguan makhluk halus sepanjang perjalanannya?


2.Gangguan: Akma Saidon
Tarmizi dan Nazrin, dua orang pemandu van jenazah perlu menghantar satu jenazah ke sebuah perkampungan di Kedah. Satu susuk wanita berjubah putih kerap kali mengganggu dan menghantui perjalanan malam mereka sebaik sahaja mereka keluar dari tanah perkuburan itu. Setiap kali munculnya wanita itu, pasti dengan wajah yang menakutkan, mata yang bersinar merah menyala dan seakan-akan marah. Siapakah wanita itu? Mengapa wanita itu terus-terusan mengekori perjalanan malam Tarmizi dan Nazrin? Apa yang wanita itu mahukan?

Personally, ika rasa both of them berjaya menulis satu jalan cerita yang senang untuk dihadam. Tidak putar belit. Bila baca tu, rasa mcm senang je. Memang ada part yang curious. Tapi, tak rugi sebab end up. Ending best. 
Takda rasa satu kerugian bila baca dari mula sampai habis. Memang terasa sesuatu itu. 
Teringat pulak ada satu movie Melayu yang ada ala ala cerita camni. Berkonsepkan cerita perjalanan utk ke satu tempat utk  hantar mayat. Lepastu, dieorang mula cerita hantu dalam perjalanan tu. 
____________________________________________________________

3.Destinasi: Sufi Abqari 
“Kujejak langkahmu kasih, kerana nafasmu adalah nyawaku.” 
Sebuah bungkusan berisi patung porselin sebesar tapak tangan telah mengubah hidup sepasang kembar, Yana dan Syasya. Beberapa kematian yang berlaku membuatkan Mamat, seorang anggota polis mengesyaki Yana sebagai suspek memandangkan dia pernah menghidap paranoid skizofrenia. Manakala Yana dan Xie De telah ke Perasing menjejak Syasya. Adakah Syasya benar-benar telah ke Perasing? Adakah Yana adalah pembunuh yang sebenar?

4.Dosa Semalam: Ninie Othman 
“Kerana dosa mereka binasa…”
Rancangan empat sekawan untuk pergi berseronok di satu tempat tidak kesampaian apabila mereka mengalami kemalangan di Lebuh Raya Karak yang hampir meragut nyawa mereka. Setelah tersedar daripada pengsan, mereka menyedari yang mereka bukan berada di Lebuh Raya Karak. Mereka bagaikan berada di satu dunia aneh yang penuh dengan misteri.

Another two author. Bagi ika. Ika rasa karya mereka sedikit longgar dari segi penceritaan. Macam karya Encik Sufi, ika kena baca banyak kali sebab satu ika konfius dengan nama watak kembar tu. HAHA. Idk maybe ika sendiri problem utk hadam watak atau camna taktahu la. Pening. Tapi, ika rasa Encik Sufi boleh buat better than this. 

Same goes to Ninie. Ika suka baca novel solo dia. Sebab memang meremang. 
Tapi untuk Projek Seram ni, ika rasa cam kurang menyegat sikit. Tapi, masih ada pengajaran yang sampai di hati pembaca. 

Ika bagi 🌟🌟 and a half? 3? Can? Haha
Apa pun. Teruskan berkarya encik dan cik penulis. 

14 comments:

cikyan said...

cikyan pon suka buku seram mcm ni.. mgkin pasni cikyan boleh beli buku ni.. mcm best je..rasanya aritu dah tgk kot kat popular.. ada ke.. hmm..

Ika.S said...

Dekat popular mmg ada je cikyan bukunya :) Cuba try beli satu buku dan baca. If tak kena citarasa cikyan. ada banyak lagi genre yang cikyan boleh pilih hehe. Macam ika, sebab nak lari dari novel cinta yang cliche. hehe

Eeiou_ said...

Tengok cover pun I dah tak berani nak baca. haha.

Azah Rahaman said...

seramnyaaa. haha takleh tgok. nanti mengigau malam malam :( jemput singgah blog, ada entri tips hamil : susu kambing + kurma :)

http://zaza96.blogspot.com/2018/01/tips-hamil-susu-kambing-dan-kurma.html

Ika.S said...

Haha. Cover dia mcm mengancam kan. I like it. Tapi, yang tak gemar. Memang tak pandang la cover nya. Sebab takut. Haha. I know. it very well.

Ika.S said...

Hehe. Faham faham. Boleh mengigau. :D InsyaAllah, nanti ika melawat blog cik Azah pulak hee

cikyan said...

ye sama la kita..cikyan pon nk kumpul buku mcm nih.. konon laaa.. actually cikyan lebih kepada buku ilmiah la yg byk.. tp buku yg mcm ni menarik jugak sbnrnya... sbb seram kans... baca pastu mula la terbayang.. padan muka kau cikyan..ahakss !

Sha Mohamed said...

Akak memang buat koleksi Projek Seram ini.. Memang menarik jalan cerita dan tema setiap Projek seram..

Ika.S said...

Hihi ika tau cikyan kumpul buku ilmiah :) Nanti share la semua collection cikyan masukkan dalam entry. Ika nak tengok..Hee. Yang seram seram ni, kena kental sikit nak bacanya hehe. Klau tak, nak ke memana pun takut haha.

Ika.S said...

Hee. Akak pun pengumpul ProjekSeram jugak eh:) Yayy, ada geng.
Menarik kan. Ika suka beli sebab tertarik dgn tajuk, cover and sinopsis.

Rini Ismail said...

2.5/5 ke? Ika review mcm best jer citer tu, baru igt nak cari..tp rating separuh je. Xjd la..kensel

Ika.S said...

2.5 kalau dibundarkan, 3 kak :) Hehe. Actually dia mcm taktau nak kasi berapa star. Sebab ika suka 2 cerita je. Lagi 2 tu mcm sedang sedang so so je. So, ika rasa if siapa yang nak try baca. Boleh je beli. Buat collection. Hehe. Ni, personal review ika je hee. Kalau rasa nak baca,beli la :D hee

Hanachie said...

Hana dalam misi mengumpul buku... tapi tak berapa prefer buku seram hahah sebab lemah semangat! ^^

Ika.S said...

Hehe ika faham :) Hana kumpul la buku buku yang hana minat. Dia kalau minat ssuatu genre tu. Lagi la gigih mengumpul hee