Jan 29, 2018

# Movie

MOVIE REVIEW - JIGSAW 2017


Assalamualaikum &Hi readers ❤️️

Lama tak buat movie review. Semalam, ada masa sikit masa rehat rehat. Ika dengan adik ika tengok cerita Jigsaw 2017. Since kiteorang memang follow up dari Saw 1 sampai 7.  Saw ni kalau nak faham. Kena tengok dari awal sebab dia memang berkait berantai rantai ceritanya. Walaupun dia mcm tu, ika suka. Sebab salute gila dengan otak orang yang buat cerita ni.
Macam mana idea dia untuk susun semua plot cerita and game game yang ada dalam movie tu. 

Sebab ika peminat tegar cerita jenis macam ni. So, it's good for me. Tapi kalau hangpa jenis lemah semangat and boleh muntah pengsan tengok darah. Toksah tengok la nah. Huu. Sebab cerita ni mcm agak kejam jugak cara bunuh nya. 


                                                       SYNOPSIS                                                           
After a series of murders bearing all the markings of the Jigsaw killer, law enforcement officials find themselves chasing the ghost of a man who has been dead for over decade, and they become embroiled in a new game that's only just begun. Is John Kramer back from the dead to remind the world to be grateful for the gift of life. Or is this a trap set by a killer with designs of his own? 

Initial Release: Oct 26, 2017
Director: Michael & Peter Spierig
Film Series: Saw


                                                         MY REVIEW                                                         

Macam biasa, dengan super duper plot twist dalam movie ni buat ika suggest dekat korang untuk tengok. Sebab, mula mula ika cam curious gila dengan kejadian kejadian pembunuhan misteri yang sama macam John Kramer. John Kramer ni la  orang yang selalu buat game game utk mangsa dia. Masalahnya, dia dah mati lama dah. Kalau tak silap dalam Saw 2 atau 3. Anak dia nama Amanda pun dah mati. So, dia tak ada penyambung warisan gituwwww. So, kat situ dah jadi persoalan besar. 
And siapa sebenarnya yang merancang semua game yang sama mcm John ni? 

Ika macam eksited gila sebab dah rasa macam wow. Orang mati hidup balik. 
Sebab kalini, dalam movie ni. Konsep game dia is dia buat semua ni untuk orang orang yang tak hargai hidup dia. Selalu mengabaikan diri atau macam buat benda yang jahat dekat orang lain. 


Setiap kali ada tape PLAY ME ni. Mangsa mangsa tu akan dapat new task. 
Banyak scene yang macam suspen and of course meloyakan anak tekak. Ika suka bila mastermind ni letak mayat dekat satu tempat, and kasi petunjuk dekat polis. tapi, end up still. Polis pun mcm tak boleh tangkap ayat and clue tersirat mastermind. 
Ika suka jugak bila mastermind ni kasi option dekat mangsa mangsa dia. Dia mcm dah kasi clue dah. End up, sebab takut. Mangsa pun mati. Padahal, kalau dia pikir sejenak, rasanya boleh hidup. 

So, depa ni kena korbankan diri la. Ada yang selamat tu selamat la. Tapi, mesti yang selamat tu cacat cela sana sini. 
Kaki takda la apa la. Sangat mendebarkan sebab kalau korang tengok Saw yang lain lain pun, mulut tu mesti tak senyap. Kita pulak rasa sakit bila tengok kulit depa tersiat, terpotong, terbelah, terkopak. Allah. 



Ika recommend cerita Jigsaw 2017 ni. Korang kena tengok sendiri siapa sebenarnya yang rancang game ni semua. John atau orang lain? 

⭐⭐⭐⭐
Selamat menonton gais. Hee

11 comments:

  1. Genre macam ni memang favourite Hana ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yayyyyy hana. Kita geng. Sep sikit 🙌

      Delete
  2. eii mcm best je..ape tu jatuh jatuh tu...err...cikyan tak suka darah..tp boleh tgk !
    favourite cikyan tu oiii tgk crita camni..takla bosan layan cinta ja kans..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaki cikyan hehe yang jatuh tu. Hee cuba teliti balik. Hee kalau boleh tengok lagi tu. Kira okay la. Nnti tengok la tau hee

      Delete
  3. Terkejut tengok gambar yang last.. tak mampu nak tengok.. Seram.. baca okay lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee kan. Dia mcm agak scary jugak sebab nampak organ manusia. Huu. Kalau baca tu kita punya imaginasi tak sama macam apa yang kita tengok. Huu

      Delete
  4. Memang tak mampu nak tengok kalau macam ni T_T

    ReplyDelete
  5. Hai thanks info menarik ni.
    Nanti bebilerr free, join GA Lubuk Seni:

    http://www.lubukseni.com/2018/01/giveaway-lubukseni-kali-ke-3.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee welcome Lubuk Seni sebab sudi datang singgah sini :)
      InsyaAllah, nanti ika akan join hee.

      Delete
  6. Emmm ika GIF yang last tu scary, haha. Haritu Indah tgok movie ni masa study week. Teringat ingat sampai ke sudah. Best dan scary sobs

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kihkih. Scary kan. Plus geli sangat haha. Sobs tu tandanya sedih ke camna haha.

      Delete