BOOK REVIEW - PELUKIS JALANAN - Jari Jemari Menari

Oct 12, 2018

BOOK REVIEW - PELUKIS JALANAN


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Hi  Oktober. So, ini entry pertama bulan sepuluh. Lambat banyak hari dah. Okay, let's proceed. Selalunya asyik up entry Book Haul kan? Tapi jarang lately ni up entry book review. Mesti ada yang syak ika sekadar seronok membeli tapi tak baca pun. Haha. No no. Big No. Ika baca sebenarnya cuma ika tak konsisten untuk update di blog dan Goodreads. 

Kalini, ika nak buat short book review untuk buku Pelukis Jalanan by Teme Abdullah. Nama Teme menjadi sebutan ramai pembaca buku. Rata rata sangat menyukai buku  buku yang ditulis Teme. Maka, ika jadi sangat curious seperti biasa. Nak mendapatkan buku dia dan baca. Tapi, baru baru ni baru dapat beli dan baca. Agak lambat kebelakang sebab org lain dah baca buku dia yang latest dah. Pity me again. 

My favourite bag from Mek Zumbie & Pelukis Jalanan yang diangkut bersama ke hospital. 


BOOK DETAILS
AUTHOR: TEME ABDULLAH 
PRICE: RM 25
PUBLISHER: IMAN PUBLICATION 
YEAR: 2016
PAGE: 215 PAGES 

Honestly, ika tabik spring dkat Teme. Untuk keberanian dia untuk tetap sambung pengajian di sebuah kota asing walaupun dia sendiri tahu yang duit dia tak berapa nak cukup. Kalau org lain, mungkin isu kewangan akan menjadi satu masalah besar untuk teruskan sesuatu benda tu. 

Allah anugerahkan Teme dengan bakat yang bukan semua org ada iaitu melukis. Bidang seni mmg boleh buat duit kalau kena dengan cara. Kita kena ubah perspektif kita. 'Budak seni susah nak dapat kerja','Ada future ke ambik bidang seni?', 'Nak dibawak kemana seni tu. Susah nak survive dalam hidup'. 

Kita kena percaya bahawa rezeki Allah tu ada di mana mana dan tak kira bidang apa sekalipun yang diceburi. Rezeki Allah datang dalam pelbagai bentuk dan jenis. Dan Teme percaya dgn rezeki Allah. 

Cara dia (Teme) ikhtiar hidup dekat sana pun bukan la semua org boleh buat. Belajar sambil kerja? Bagi Ika, org yang betul-betul pandai bahagikan masa dan komited saja yang boleh buat banyak kerja dalam satu masa. Ika suka juga dengan cara dia bawa diri dekat negara org. Cara dia adapt dgn culture dan org dekat sana yang berlainan. Ika kagum. 

"Ia kekal dongeng.. Jika engkau tidak mula berjalan"

"Jika diberi peluang untuk berpatah balik masa, perbetulkan semuanya, mengelak kegagalan berlaku, dan hidup dengan selesa, aku akan memilih untuk tidak lakukannya. Kerana pengalaman inilah anugerah bernilai Allah kepada aku"


Source: Blog Teme. So, identiti dia memang dirahsiakan sampai sekarang. 
Lawa gila semua lukisan Teme. Sangat berbakat. Belanja satu je la. Yang lain korang boleh tengok dekat IG dia. Serius lawa!



Source: Google : Lagi tiga buku nak kena dapatkan. Siapa nak belanja. PM tepi! Haha. jkjk
Another watak di dalam buku Pelukis Jalanan yang ika suka ialah Ahmad, kawan Teme. Oh bukan watak sebab Ahmad ni memang wujud in real life. Ahmad pun sebenarnya seorang motivator yang baik. Cara dia nasihatkan Teme waktu Teme down terkesan jua dekat hati. Nak tahu apa lagi ayat dari Ahmad? Kehidupan Teme waktu belajar masa dekat sana? Kena dapatkan buku ni. Tak rugi. Worth every single money yo. 

Ika fully recommended buku Pelukis Jalanan ni untuk semua. Bahan bacaan yang sesuai untuk semua peringkat umur. Buku motivasi yang membuka mata kita untuk kita reflect balik diri kita. Ayat motivasi dari Teme , kalau kena dan sesuai dengan kita memang akan terus boost up aura positif dalam diri. 


Instagram Teme

Happy Reading Reader <3 p="">

       

27 comments:

Shafyqah Azahar said...

semua sha tak pernah baca lagi T_T teme nak keluarkan planner isnin nanti hahaha

Ika.S said...

Hehe nt nt cuba la baca. Mana tau kena dgn selera sha ke. Aah Teme nak keluarkan planner. Nampak cntik planner dia buat.

Cik kaella said...

kaaaaaan! bakat dia melukis tu alahai jelesnya.

Azhafizah MN said...

Bagusnya rajin membaca. me is so rajin baca komik je sebab cepat habis.hihi

YEASLMN said...

mmg best karya dia. Baru berkesempatan baca 2 buku dia.

Sha Mohamed said...

Buku yang memang akak tengah aim nie.. Harapnya dapatlah beli nanti..

Aisy said...

dah lama juga saya tak baca buku disebabkan oleh kekangan2 masa yang melampau. so bila baca blog awak, rasa mcm, banyaknya buku saya ketinggalan

I am LZ said...

Penuh inspirasi dan best bila baca pengalaman orang lain..
Sis minat dengan cerita begini.. Thanks for sharing Ika..

Ika.S said...

Hehe tu la. Suka tgk dia lukis. Memang berbakat!

Ika.S said...

Ika tak tahu nak baca komik apa. hehe. suggest komik best sikit hee 🙈

Ika.S said...

Yeke. Wahh. Ika baru baca satu je. Nanti dapatkan la buku dia yg lain hee ☺️

Fieza Sani said...

Adeh..nak membaca buku2 ni mmg failed.. Dulu minat gak baca novel.. La ni, tak baper nak ghajin..

Ika.S said...

InshaAllah. Amin kak. Sama sama la kita kumpul. Hee

Ika.S said...

Tak apa awak. Pelan pelan. Nanti ada kelapangan waktu. awak blh baca. ☺️ Takda istilah ketinggalan sebab sy pun kdg tu buku lama lama bru dpt baca.

Ika.S said...

Betul tu sis. Yeay. Kita sama. sep sikit. Buku bagus mcm ni blh bagi kita aura positif which is so good la kan ☺️

Ika.S said...

Hehe. Normal kak fieza. Ika pun tak tahu sampai bila blh membaca. Sebab sekarang masih lg minat membaca dan ada masa.

Tiara Sapphire said...

ramai yg review buku dia best tapi tak pernah follow pasal teme ni

ejulz said...

Menarik buku ni :)

Vitamin Syaza (VS) said...

Penulisnya memang guna mask sepanjang masa (kalu bersama peminat ya?) 😊

Zinnia Z A said...

terusk klik IG dia. waahh, kreatif laa semua lukisan dia.

apekinahdotcom said...

Menarik jalan ceritanya ika. Lukisan dia pun cantik. Nak pergi tengok insta Teme la hihi

Rini Ismail said...

Teme ni belajar kat mana Ika?

Ika.S said...

Teme belajar dekat London. If I'm not mistaken hehe. 🙊

Ika.S said...

Hehe silakan terjah ke ig teme. Kdg tak faham jugak yg dia ada masa utk melukis cantik cantik. Haha. Untung pandai melukis ni.

Ika.S said...

Aah sis. dia tak dedahkan identiti dia. If dia jumpa dlm meet and greet pun, dia akan bertopeng plus dlm ig dia pun. Muka dia akan dicover hee

Ika.S said...

Hee yess. Berbakat sgt teme sbb dia pandai melukis ☺️

Ika.S said...

Ya saya. Memang menarik.