BOOK REVIEW- GELAP BY ARIFF ADLY (PNMe-Reader)

6:08 PM



Assalamualaikum & Hi readers ❤️️


DETAILS 
PAGES: 268 PAGES 
YEAR: 2014
PUBLISHER: FIXI 

04: Ini buku yang ke 4 ika baca untuk bulan ni. Before this, ika pernah buat review utk buku MEREKA // ARIFF ADLY . Dari penulis yang sama jugak. So, ika aim untuk baca semua karya beliau. At least, ika dapat tahu pattern atau style penulis. Selalunya, benda first ika belek bila baca buku FIXI ialah cover buku. Tapi disebabkan ika baca ebook. So, ika tak sempat belek and terus baca. 

Oh, rupanya cover buku FIXI memang semuanya beri kita satu hint utk storyline. Macam Gelap. Ika baru sedar yang cover buku dia seorang perempuan. Ingatkan lelaki. Brilliant! Good job siapa yang buat cover buku utk FIXI.

Source: Goodreads


Benda first terlintas dalam fikiran masa baca buku Ariff ni ialah "Eh mcm ala ala movie Saw". Cumanya, macam biasa. Diolah menjadi satu cerita yang lain untuk nampakkan kelainan sikit,  of course la kan. Boleh dikatakan, ika tak bosan untuk teruskan membaca sampai habis. Flow cerita dia bergerak laju. Lepas dia ni kena bunuh, dia ni pulak. Kau yang nervous lebih nak tahu siapa dalang di sebalik pembunuhan ni semua. 

KARAKTER

Buku ni tak sesuai dibaca oleh budak sekolah. Ada unsur unsur 18sx dalam ni. Cakap pasal karakter, ika personally tak suka watak Eva. Haha. Semua pakat nak dgn dia je. Anip la, Ed la. Jijik oi. Friend-with-benefit sangat! Eva ni kalau dalam istilah kawan, kawan makan kawan. Hipokrit, selfish, stupid and beauty with no brain. Paling tak boleh terima bila dia buat hubungan sulit dgn si Anip. Ah si Anip pun sama la. Dah ada Dawi yang baik tu pun sanggup eh kau duakan dia. Eeei.

Nadiah mengingatkan ika dengan watak dalam cerita Hichki. Ada syndrome yang bunyi Chap Chap tu. Ika rasa tak ada la buku ni sekadar buku kosong. Ada juga terselitnya benda baru. I mean, new knowledge to us.And ika rasa logiknya jalan cerita ni bila dalang di sebalik pembunuhan ni seorang yg bukan calang-calang org. Dia seorang yg 'tahu apa dia buat'. Bukan sekadar buat tanpa ada ilmu. 

Overall, siapa yang sukakan storyline ala ala Saw. Boleh baca buku ni. Dalam ni, memang ada beberapa pages yang 18sx sikit. Plus , kita boleh baca dari awal lagi yang depa ni semua sangatlah social and open minded. Em, sama ada skip or baca je la ye dak? Kalau skip karang tak faham kohkoh. Well, last book dari Ariff yang ika kena baca is Kacau. Masih baca. Adios. Jumpa lagi in next entry. 

RATE⭐️⭐️⭐️



You Might Also Like

6 comments

  1. Part 18 sx dan tak sesuai dibaca bebudak tu kak sha setuju.. Tapikan.. bukan nak cakaplah.. Mostly buku fixi memang tak sesuai dibaca anak-anak sekolah..
    Buku ini not bad..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la. Memang buku fixi banyak yang jenis 18sx sikit. Tapi tak semua buku la. Buku ni ika suka jugak hee ;)

      Delete
  2. sha ada pinjam harituπŸ˜‚ pastu takbaca sebab lupa πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ semoga ika makin rajin update blog❤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha awat lupa nak baca sha hehe. Amin, semoga ika rajin update blog hehe.

      Delete
  3. tak pernah tengok movie Saw so tak boleh relate tapi saya suka first buku dia juga Kacau, lagi seram dan saspen walaupun terasa macam pernah je terjumpa babak dalam buku tu dalam movie seram tapi tak ingat pula movie apa..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee, ala ala movie saw sebab dalam buku gelap dia srtakan alat mcm dlm citer saw. sbb tu ika relate dgn movie tu. Ahaa, kacau ramai kata best, ika baru nak baca :)

      Delete

TOP COMMENTATORS ♥

Subscribe