Aplikasi BeliGas Malaysia Secara Online: Beli Gas Masak Murah - Jari Jemari Menari

Sep 3, 2020

Aplikasi BeliGas Malaysia Secara Online: Beli Gas Masak Murah


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Rasanya, sampai sekarang la kalau gas habis dekat rumah masa tengah masak, mesti kelam kabut nak ke kedai runcit untuk isi gas atau beli baru. Kadang tu, ada juga sesetengah rumah yang ada lebih dari 1 tong gas. Standby katanya :). Ika pun faham untuk suri rumah yang ada kekangan (masa, situasi & kenderaan) mesti merasakan mereka perlukan tong gas standby. 

Tapi, lepasni kepada sesiapa yang ingin beli gas masak, kalian jangan risau. Ika dah jumpa satu aplikasi beli gas secara online iaitu BeliGas Malaysua. Kalian hanya perlu order gas dari rumah sahaja dan mereka akan hantar di depan rumah kalian. Dah tak perlu risau, kena start kereta untuk ke kedai lagi. 

Kalau ika duduk di kawasan Shah Alam, mesti ika akan mengunakan perkhidmatan BeliGas ini untuk beli gas. Tidak perlu susah payah lagi suruh orang belikan. Kita sendiri pun boleh. Yang penting kena ada internet dan gadjet. Kalau tak ada dua ni, nak order pun tak boleh kan. Hihi. 


BeliGas membantu anda membeli gas masak LPG secara murah dan mudah dengan delivery ke pintu premis anda! 

BeliGas berpusat di Seri Kembangan dengan 55 lokasi servis di Lembah Klang. 

Boleh Klik Disini Untuk Check Lokasi BeliGas


Apakah keistimewaan BeliGas? 
  • Harga Terjamin 
Harga mereka mengikut harga warta Kerajaan untuk gas masak LPG. 

  • Servis Penghantaran Mudah 
Mereka menyediakan servis pickuo ataupun penghantaran terus ke pintu premis anda! 

  • Tiada Caj Tersembunyi 
Harga mereka tetap sama dan tetap di seluruh cawangan outlet retail mereka. Tiada caj tersembunyi atau tambahan apabila mereka menghantar gas. 


Tong Gas Apa yang BeliGas jual? 
Mereka hanya menjual tong gas jenama SOLAR. Mereka menerima semua jenama tong untuk penukaran tanpa ada kos tambahan. 

Tong berapa KG? Size apa? 
Tong gas 14KG. Ianya sama seperti yang terjual di kedai mahupun yang digunakan di rumah. 


Buat masa sekarang, hanya pengguna Android yang boleh mengunakan aplikasi BeliGas ini di laman app Google Play. Kepada penguna IOS. Akan menyusul tidak lama lagi! Nantikan.  Untuk sebarang maklumat dengan lebih terperinci, kalian boleh klik link dibawah:- 

Laman Webhttps://beligas.my/

Aplikasi BeliGas Malaysia

Ika harap BeliGas akan terus maju jaya dalam perniagaan mereka. Dan luaskan lebih banyak lagi cawangan. Harap-harap nanti boleh cover di kawasan Subang juga. Senang la sikit untuk ika. Ika sudah semestinya akan sentiasa menyebarkan maklumat mengenai BeliGas ini kepada keluarga dan rakan-rakan yang mempunyai masalah untuk membeli gas. Supaya, dengan perkhidmatan BeliGas ini dapat membantu ramai orang terutama suri rumah. 

17 comments:

Tiara Sapphire said...

makin senang la nak beli gas lepas ni. pakai apps je :) ♕Tiara Sapphire♕

Sha Mohamed said...

Alhamdulillah.. bagus perkhidmatannya.. kalau diperluaskan, mesti lagi ohsem..

Atie Zieya said...

sekarang semua hujung jari kan.. maju betul dah dunia

Cik Puan Ena said...

Untunglah area sana mudah guna apps. Johor belum ada apps ni. Hope dikembangkan lagi

Farhana Jafri said...

bagus inisiatif ni tapi caj penghantaran tu yang sakit haha kalau yang kediaman bertangga kena tambah lagi.

iena eliena said...

wah menarik sekarang dah boleh belo gas secara online ya di BeliGas Malaysia.. iena da lama tak amek tau pasal gas sebab iena pakai dapur elektrik :)

Qeela said...

Wah bagusnya ada app beli gas macam ni, satu usaha yg baik sbb mmg sgt convenient untuk pengguna. Hopefully diorg boleh luaskan lagi kawasan yg available sbb tak duduk di Lembah Klang huhu

miedaJaz said...

Senang lah ada apps nie ..x payah susah keluar pergi beli gas kalau tiba-tiba kehabisan

Kitkat Nelfei said...

Senang dengan adanya apps BeliGas ni.. Tak perlu pening2 nak cari kat website bila dah tiba masanya untuk tukar tong gas dapur ni.. Nak download skrg juga la...

Sis Lin said...

Senangnya lahaiii, beli gas dah boleh guna aplikasi, mesti penghantaran pun cepat kan..Sis biasa col kedai runcit aje...pun ikut timing dia...

Ana Suhana said...

Mudah dah lepas ni nk beli gas. Order online je. Caj utk rumah pangsapuri pun reasonable sangat.

Kak Fas said...

Bagus gak ni baru tahu ada cara ini bila kejabisan gas. Selalunya waktu malam bila gas habis problem haha... good sharing

Ruby said...

Wahh makin mudah nak beli gas. Warna oren mereka punya logo. Dari syarikat BHP ke kak?

Huda Halid said...

bagus yer ada aplikasi ni, sangat mudah nak beli gas baru , klik-klik jer kat phone

yaya_flanella said...

Senang la lepas ni nak beli gas. Tak payah risau kalau tiba2 gas habis kan

Unknown said...

bila nk cover area bandar baru bangi?

Helmi said...

Area Bukit Jalil pun tak cover lagi..ermmm..