Subscribe Hebat e-Sentral - Jari Jemari Menari

Jul 12, 2022

Subscribe Hebat e-Sentral

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️


Sebenarnya, dah beberapa hari fikir panjang samaada nak subscribe Hebat e-Sentral atau tidak. Untuk pengetahuan kalian. E Sentral merupakan satu platform di mana kalian boleh beli ebook dan baca. Ada juga bahan bacaan percuma tetapi sangat terhad. Jadi, masa tengah godek apps ESentral ni. Ternampak la promosi ni. Dilema juga sebab bila tengok tajuk ebook yang ada macam so-so je sebab ika expect akan ada ebook yang menarik untuk dibaca. Maksudnya lebih banyak publisher yang terlibat dalam promosi ini. Tapi memikirkan yang apa salahnya cuba subscribe, semalam dengan jayanya langgan. 


Setakat ni, baru ada 73 ebook. Ada juga ebook yang memang ika dah ada sebelum ni dan ada juga yang tak ada. Kebanyakannya yang ika perasan ialah ebook dari penulis baru i guess. Maaf kalau silap. Adakah ini satu pelaburan yang berbaloi? Ika jadi mixed feeling. Dari segi harga. Ya, memang berbaloi sebabnya kalau nak ikutkan kalau beli ebook secara loose. Harga memang jauh lebih mahal dan sangat berbeza. RM 9.90 sebulan ni macam harga menang loteri la. 


Dalam masa yang sama, ika juga rasa macam berbaloi ke subscribe ni sebab semalam, ika dah habiskan 2 ebook yang ada dalam senarai langganan. Tapi kedua-dua ebook tersebut tak okay untuk ika. Tapi, ika rasa macam terlalu awal nak cakap semua ni. Tunggu la dah baca lebih dari 10 ebook. Kita update semula nanti okay?. Oh ya, kejap lagi ika akan ulas ebook yang dibaca dan labelkan (HebatESentral). Senang nak rujuk nanti. Ika harap in future pihak E Sentral akan masukkan ebook yang lebih menarik. Please!


Cara subscribe Hebat E-Sentral 

1. Register E Sentral (bagi sesiapa yang masih belum ada akaun) / Log In ( bagi sesiapa yang sudah mempunyai akaun) 
2. Tekan Subscribe Now -  Pilih samaada online banking / credit card 
3. Pilih Bank - ikut arahan seterusnya untuk pembayaran. Selesai pembayaran. 
4. Nanti boleh access ruangan khas bahagian langganan. Dan boleh tengok ebook yang ada. :)

Ika share disini untuk sesiapa yang berminat nak baca ebook atau baru nak berjinak-jinak baca ebook. Anything, boleh drop pertanyaan di ruangan komen. Ika akan cuba sehabis baik untuk menjawab pertanyaan. 

4 comments:

AzianKhalil said...

okay...nak daftar nanti

Admin said...

Sama la tengah fikir panjang jugak nak subscribe ke tak sebab takut tak berbaloi

Syazni Rahim said...

Selamat membaca!

Ammi said...

ammi pilih utk baca yg free je...hahah bukan kedekut tapi berjimat