Jari Jemari Menari ♡

Aug 10, 2017

Segmen Bloglist 2.0 by Cik Miela

3:17 AM 2
Segmen Bloglist 2.0 by Cik Miela





Assalamualaikum and Hi again. So, di sebabkan ada masa and bekelapangan waktu. Ika nak join this segmen bloglist 2.0 by Cik Miela. :) 

Ni antara syarat dari Cik Miela. 
Follow blog - DONE
LIKE PAGE- DONE
ENTRI - DONE 
KOMEN - DONE 

If you guys feel free, do join this segment. And do visit her blog to join Blog Cik Miela. Salam perkenalan from me. 

Bangkok Part Food ♥

2:29 AM 2
Bangkok Part Food ♥


Assalamualaikum readers:) 

I is rindu Bangkok so much :(


I'm back again with new entry. Lama terperap entry ni dalam draft.  Ada yang request untuk Ika sambung Bangkok Part 2. Kalau terlepas part one,  Click This :). As you wish, ika ni sambungan untuk entry Bangkok, tapi khas untuk makanan sahaja. Sebab dalam folder ada banyak gambar makanan. Haha.  This will be a lot of pictures. Mohon ampun maaf dipinta siap siap. Takda niat nak buat terliur ke apa. Terliur ke? Huu

Sampai Srinakarin Hotel, memang before sampai hotel pun. Dah diberitahu that kena tido berpartner. So, pilih la sendiri sendiri. And ika of course satu bilik dengan my annoying sister, Wawa. Masuk bilik je, masing-masing lapar. Nak keluar beli makanan atau cuci mata sangat la malas dan letih. So, kiteorang makan yang kiteorg bawak dari rumah. Makan la maggi macam kau duk kat asrama. HAHA. 

FOOD
Breakfast, memandangkan ika ni suka gila makan, so bila sampai Bangkok. Memang nak merasa makanan dekat Bangkok. And honestly, sepanjang breakfast dekat sana, ika ketagih makan pancake. Haha. Berebut jugak la setiap hari benda ni, sebab laku keras. Padahal, kat Malaysia tu ada je pancake-nya. Acah acah minah salleh. Tanya la kat depa, depa tak pernah tgk ika makan benda lain selain pancake ni. 
For breakfast, mcm ala ala buffet gak. Layan diri. 
Ada nasi, mee, sup, burger, pancake, roti, salad. Air pun macam mcm jenis. Hangpa nak makan dengan tak ja. HAH. 

Tomyam pulak everyday kiteorang akan makan. Tak lunch, dinner. HAHA. Nasib baik tak ter addicted dengan Tomyam. Lunch and dinner kiteorang makan merata jugak. Semua restoran Halal. And makan tu tak pernah la rasa mcm tak nak seret kaki. Mesti rasa kenyang, Alhamdulillah. :) 







                      Sophia Halal Restaurant




Before pi sana, ika ada tengok Hlive kot. Yang ada Aisyah adik Aliff Aziz pi makan pancake dekat Thailand tu. Masa tu dah terliur nak merasa dah. Pancake yang dia makan masa tu Banana Pancake kot. Sampai satu mall ni, kiteorang mencari this famous food of Thai. Terjumpa la dekat luar mall, ada satu stall. Jual Pandan Roti. As you can see that, harga utk sekeping roti ni ada yang 40-75 baht. Depends. 

Sebab dia ada macam macam flavour. Yang paling mahal tu, ada cheese rasanya. Ika beli Nutella Pandan Roti. Sedap. Nipis. and mcm sebab dia roti pandan, terasa mcm kena la pandan and nutella tu. Tak kedekut nutella. Haha. Patut beli dua keping haritu. Haha. Padah manusia yang takut nak belanja kat negara org. Nak beli guna baht tu. Rasa cam was was je. Sebab dia main puluh puluh kan. Dah rasa mahal dah. 

Kedai ni, dekat MBK Mall. Bahagian depan sekali. Memang boleh nampak kedai ni. And yang jual ni rasanya suami isteri kot. Kalau pi Thai, patut try Roti Pandan ni. Buh dalam list wishlist okay? I recommended. 









Ada banyak lagi gambar makanan. Tapi, ika nak highlight pancake je sebenarnya. Oh, ika suka tengok makanan street food dieorang. Tapi, ika was was nak beli sebab banyak sangat jenis hotdog. And also, bak kata lecturer ika, nak beli tu tengok dulu. Rasa yakin dengan cara dieorang masak, and apa bahan yang digunakkan. Takda masalah nak makan. Ini kalau kita nampak daging pun dah rasa mcm waswas sama ada ayam atau hikhok. Better avoid. 

And also, kat sana. Kalau tak salah. KFC tu boleh lagi nak dimakan. Tapi kalau MCD tu. Macam em sikit. Nak selamat, makan roti. Toksah makan ayam atau daging. Haha. Makanan kat sana, tak mahal. Standard price. Masih waras harganya. Hee. 

Before that, ika belanja video yang GSMmate ika buat. 
Till we meet again readers, Anything, please drop your comment. :) 
And kalau nak request apa apa entry, pun boleh. 



May 21, 2017

Bangkok with love Part One ♥

10:06 PM 4
Bangkok with love Part One ♥




Assalamualaikum readers :)  Sihat? Hope everybody doing well. Me? I'm just fine. Alhamdulillah. Lama tak menulis, and ika decide nak up kan entry Team Building dekat Melaka. Tapi, atas sebab takleh move on dari Bangkok. Ika terus nak buat entry ni. So, my entry today i declared as a special entry. Sebab nak share a few experience baru baru ni pergi Bangkok for International Trip for Global Strategic Management (GSM). Well, feeling lain bila dapat pergi travel dengan kawan, sebab kita tahu memasing punya perangai gila gila. So best. 


Honestly, ni experience Ika yang pertama and agak eksited plus nervous. Orang lain yang selalu travel maybe rasa mcm dah biasa. For me and few of my friend yang tak pernah travel, kiteorang rasa macam it's gonna be great and wonderful experience. Actually, kiteorang decide nak pergi India, but unfortunely ada masalah, so Bangkok is our another plan. Roughly total for this trip, RM1700 fullboard. Yang lain lain tu, tak include macam passport, tshirt and so on. Mood nak pergi sana tu memang datang seminggu awal. So assignment apa semua dah malas nak layan and ke laut. 



This is a roughly list for those people yang 1st timer gak macam ika, apa barang yang nak kena bawak? Apa benda wajib? This is just roughly tau. Anything yang korang rasa nak bawak tu, dipersilakan hee. Sebab kiteorang limit beg 20kg je. So, masa pergi pun ika dah 10kg. I have another 10 kg untuk shopping hehe. 

  1. Passport / Money/ Wallet/ IC
  2. Travel Adapter
  3. Charger Phone + USB
  4. Extension
  5. Basic daily wear (Baju, seluar)
  6. Toiletries 
  7. Sejadah + Telekung 
  8. Spare Bag 
  9. Foods
  10. Medicine

Kiteorang pergi dalam 80+ orang plus 3 lecturers. And ada 2 flights. So, kena berpecah and masa bertolak semua dah jadi lain. So, ika dapat 1st flight :) Tengahhari macam tu dah bertolak. Thanks to those people yang izinkan ika duduk tepi tingkap untuk rasa and tengok sendiri kapal terbang fly hehe. Kiteorang boleh tukar seat suka sama suka tanpa rasa dendam. Haha
Even tho kena bahan dengan dieorg, but ika tahu dieorang sebenarnya nak bagi ika merasa. And i'm so eksited like hell man. Haha. Tak kisah la orang nak cop ika jakun ke, jakun ke, jakun jakun and jakun ke. I don't care. Janji aku happy. Hee



Sampai sana dah nak dekat malam and ika perasan satu benda ni, yang org Thai dekat airport sangat la tak mesra and muka garang sangat. Kita nak senyum pun jadi serba salah and rasa cam buat jenayah pulak bila senyum. Very strict and no eye contact with them please. Haha. 

Cerita pasal simcard. Sampai sana je, masing-masing kena beli simcard. In case, if anything happen. Senang. Dah la dekat tempat orang and bahaya kalau takda any tools of communication. Ada dua harga simcard. 199 and 299 bhat. Ika pilih 199 je sebab ika bukan la 24/7 main phone. And dekat sana pun masa free and malam je la dapat focus kat phone. Tapi sayang sangat, sebab hari kelima tu, data tak abis abis guna. Orang lain dah habis limit dah guna. Yang ika still ada balance. Huuu. 

Next, Hotel kiteorang untuk 4hari is dekat The Heritage Hotels Srinakarin. Guess what, sangat selesa guys.  satu bilik 2 orang. Mana la tak selesa, sebab katil sorang satu lepas tu dengan bersih sejuk. Dah memadai dah untuk ika :D Tapi , masa mula mula masuk tu, meremang jugak sebab sunyi kan. Haha, mula la nak berdrama. Hotel pulak dekat dengan night market, massage spa, 7E, and ada je Tuk Tuk. So, tak ada la masalah transportation nak ke sana sini. Memandangkan dah malam, so aktiviti malam tu just bersantai dalam bilik lepak lepak, kemas apa yang patut. And standby for tomorrow activities.








So, habis dah whole day. Ika will continued this entry in Bangkok with love  ♥ Part Two. 
If you guys ada benda nak tanya ika, korang boleh tanya dekat sini. Sayat.me (click this).
InsyaAllah ika akan jawab. See you soon readers. Hee. 


Feb 26, 2017

Online Intergrated Marketing Workshop by Mahathir Abdu

7:11 PM 3
Online Intergrated Marketing Workshop by Mahathir Abdu

Assalamualaikum readers:) 

I'm back. Hey hey. So, today ika nak share about one of my experience at Mahathir Abdu's workshop . Actually, ika teman kawan ika si Natasha as her partner la for that day. Memandangkan masa tu last week of cuti sem. So, ika habiskan masa untuk spent time utk this talk. And ika sangat eksited bila dapat tahu yang talk ni basically dia punya skop lebih kepada ecommerce. And macam kena sangat dengan minor ika dekat kolej. 

Well, ika rasa "matang" bila dalam talk ni, dikelilingi dengan orang orang yang dah berjaya and ada business sendiri. Lain feeling bila pergi talk yang penuh dengan student and org dewasa. Aura dia satu macam. Tapi, ika okay je la dengan mana mana golongan sekalipun. Haha.  Ika suka konsep talk ni, sebab secara santai and open. Duduk merata rata and of course dengan cara macam ni, kita lebih in and tak boring untuk spent almost 2 hours untuk dengar talk ni. Ala ala, round table. Yang kita boleh ada two way communication la kiranya. 

Disebabkan sangat eksited, ika gagahkan diri jugak naik KTM untuk meet up dengan si Cha ni dekat KL Sentral eventho serious talk, ika tak pernah naik KTM untuk ke mana mana haha. Poyo betul rasanya bila cakap mcm ni. Kata berdikari? HAHA. 4 hari sebelum pergi, ika kasi pressure abah ika dengan soalan soalan merapu. Abah, nak pi sini nak kena guna apa? Sat lagi macam mana nak tahu dah sampai? Abah, kalau sesat lagu mana? Abah itu ini itu ini itu ini. And abah pun pressure dengan jayanya. 





Memandangkan konsep yang diterapkan lebih kepada santai, siap boleh makan sambil dengar talk. Memang rasa macam dekat rumah sambil makan tengok tv goyang kaki :D. And this talk actually cerita banyak benda untuk business, such as website, landing page, blog, video, and so many thing. 
Nak meniaga thru ecomm pun ada la dia punya strategy. Maybe for us, kita boleh manage macam mana cara kita nak handle our business. Tapi, why not macam ambik ilmu dari org yang berpengalaman. Do and Don't dalam business. How to interact with the customer, how to attract, method and so on. Such a good workshop la for young entrepreneur. Basically, workshop ni cerita lebih kepada tools yang digunakan untuk business. Rasanya semua tahu, yang paling famous org guna sekarang, media social. Tapi selain dari tu, ada lagi. Contohnya macam website, video, blog, dan sebagainya. 

Satu benda nak komen kat sini, roti sardin dia peh. Sedap. Teringat ingat sampai sekarang. Haha. Maigad, food love me so damn much ha? Ok, enough haha. 

Siapa siapa rasa macam nak stalk I AM SIFOO, boleh refer on   dekat 





 So, main higlight yang dah ubah ika punya mindset is, blog is still relevan for business. And ika rasa bukan untuk business je, maybe untuk menulis saja saja macam ika tengah buat sekarang. Sebab before this, ika rasa macam blog dah mati. Ika start ada blog since sekolah menengah. And lama lama, blog macam senyap. Tapi suddenly, MA twist habis mindset ika into 360 degree. Thankyou to him :D 

My personal opinion is, tak rugi pergi this kind of workshop. Sedikit sebanyak mengajar benda yang kita tak tahu. And bagi ika, ilmu marketing ni kita boleh belajar dekat mana mana and dengan sesiapa pun. Dan ilmu marketing ni tak merugikan and boleh guna sampai mati. Kalau mana yang nak ada business sendiri, ilmu macam ni la kita nak kena ada and cari. Bagi ika, yang lagi menarik ialah bila marketing dicombine dengan ecommerce. Satu combination yang paling IN.

Well readers, see you next entry. If anything nak tanya. Just drop your comment okay ? :) 

Oct 25, 2014

Throwback Menara Condong :)

12:32 AM 7
Throwback Menara Condong :)

Before & After T.T

Hello :)

Harini kita nak share pasal assigment Pengajian Malaysia sem lepas. Lecturer suruh buat monumen bersejarah sbb bulan Kemerdekaan. Kita eksited jugak nak buat. Mula mula je lah rasa mcm tu, pastu bila makin lama groupmates buat hal. Kita dah rasa cam piss off gila. 
Kiteorang mmg dah plan nak buat Menara Condong, Perak. Sbb dalam otak kita mcm dah banyak sangat idea nak buat cmtu cmni. 

Ekceli masa mula mula buat, kita guna botol besar. pastu balut dengan surat khabar. Base dia pulak kita guna board biasa. Tap last last serius buruk jadinya. Masa tu kita dah stress tahap apa dah sebab ada groupmate kita cam dah malu bila dia tgok hasil monumen tu. Haha.

Then, kita pun tekad nak buat balik semuanya. Padahal masa tu kan, tinggal lagi seminggu nak kena present dekat depan juri semua. Damn. Kita gerak g kedai beli bahan dgn adik kita.
Oh, kita bru tahu ada gabus bentuk bulat. Haha. Kita beli dalam 8-9 gabus. Atap dia guna benang, batang mancis, choc paper colour dengan cardboard gigi tu. 






Kita punya tangan ada dua je. Kudrat nak buat sensorang benda ni walaupun kecik sangat menduga oii. Kita ingat lagi masa semua org sibuk landing ats katil, kita sibuk belek benda ni. Padahal, assigment lain berlungguk lagi. Yes, maka dengan itu. eyebeg berkilo kilo jgak lah reward dia :) haha. 

Dalam gambar tak nampak condong, tapi kalau dedepan nampak condongnya sebab bawah tu kita letak tanah liat bagi dia senget sikit. Menara condong yg tak sama sangat dengan yg asal. Sbb ni je kita mampu. Sebab dah takda masa sgt, nak decorate pun tak sempat. pastu nak cat pun tak sempat. Okay, banyak yg tak sempat huuu T.T Kita tak tau lah nak kata apa. Bila kita tengok yang asal dengan yg kita buat baru ni. Kita lega. Sebab at least, cukup lah jgk 8 tingkat. Yg lama 7 tingkat je. 

Tapi Alhamdulillah, sebab kiteorang dapat habiskan jugak assigment ni. Bila time present tu,ada lah malu sikit sbb kita punya monumen kecik. Mini monumen. Orang lain punya besar dia ish. 
Ingatkan nak letak gambr monumen orang lain. tapi ada kat dalam laptop pulak. haha . Kita saja nak throwback sem lepas punya story. Kalau nak komen, sila lah. 
 Till then. Jumpa lagi hee


'Beb, aku tahu kau boleh buat lagi bagus dari yang ni kan ?'
- someone said-