BOOK REVIEW - NOTA

7:44 PM



Assalamualaikum & Hi readers ❤️️ 

Lama tak update blog untuk book review. Last book review: Kampus by Syafiq Aizat Kalini, ika nak buat sedikit review untuk buku Nota by Shaz Johar. Dan iya. Masih publisher yang sama iaitu Fixi. Ika ingat lagi. Masa first time buku ni keluar tahun 2015 dekat bookstore. Ika memang tertarik sangat dengan sinopsis buku ni. Tapi entah kenapa. Tahun 2018 baru la dapat beli dan baca. Pity me. By the way. Ni first time ika baca karya Shaz Johar. Makanya, ika taktahu corak dan gaya penulis utk buku buku sebelumnya. 

Apa ya nak dikomen? Risau dalam emosi menaip tertulis spoiler pulak haha. 

Boleh kita cuit sikit pasal cover buku as usual? Baiklah. Ika suka bila pereka kulitbuku Nota ni letak antara helaian nota yang dalam buku ni sebagai cover page. Which is yes. Very good idea and eye catching. For me la. Sebab ika mudah tertarik dengan cover buku yang cantik dan unik. 



BOOK DETAILS

PAGE: 300 PAGES 
PUBLISHER: FIXI
AUTHOR: SHAZ JOHAR
YEAR: 2015


Ika ada buat short review dekat Goodreads. Tapi rasa tak puas sebab tak dapat membebel dan tulis apa yang terbuku dalam hati. Haha. Perasaan bila baca Nota boleh dikatakan mixed feelings sebab ika enjoy baca tapi at the same time rasa confius dan blur. Ayat yang digunakan penulis senang untuk difahami tapi jangan pandang takda mata hokey. Sebab penulis akan buat otak hang sebagai pembaca upside down dengan cerita dia. Tapi susunan cerita kemas. Itu kena puji. 

Ray  (watak utama )yang passion dia totally nak menulis sanggup bersusah payah untuk cari bahan for his next manuscript. Sampaikan dia dapat idea untuk buat cerita pasal Pedophilia. So, dia cuba korek rahsia yang tak terungkai dari Intan Sofea (tertuduh/pembunuh). Watak dalam ni banyak. Faiz, Intan, Lisa,Vin, Rekha, Iskandar, Bang Aji, Dina dan banyak lagi. Makanya, korang kena betul betul tangkap dgn nama karakter so that mcm biasalah. Tidak lost!

Tapi, tak la semudah yang Ray sangkakan. Intan yang disyaki membunuh tu seolah olah main tarik tali dengan dia. Setiap kali Ray dtg melawat dia dekat Hospital Mental, dia akan hulur nota. Intan tak boleh bercakap, hanya helaian nota dan tulisan saja sebagai bahan komunikasi antara dieoang. Oh ya, plot cerita ni berjaya 100% buat ika jadi curious dan bertambah curious sampailah di penghujung cerita. Ika tak stop baca Nota sebab ika rasa mcm terfikir fikir. Ika selalu salah tafsir dan teka. Plot twist dia 👍



Ini personal opinion ika. Ika rasa Ray ni macam hidup dia senang lenang betul. Dah la taknak dengar nasihat. Dengan kerja yang belum tentu dapat jamin masa depan dia, dia berani ambik risiko untuk berhenti kerja dan mula ikut apa yang dia minat. Iya bagus kalau kita follow apa yang kita minat. Tapi, takkan la dia takda komitmen lansung dlm hidup dia? Useless? Maybe half useless haha. Jahat nya kutuk perangai Ray. Haha. 

Ika rasa sebab penulis ada banyak sangat idea. Dia create banyak sangat cerita yang ending nya tergantung. Sebab hujung cerita, ika dapat rasa ianya macam terlalu cepat sangat habis dan persoalan terhadap cerita yang penulis create tu, ika tak dapat jawapan. At least belanja ah sikit apa jadi sebenarnya dekat Faiz, Iskandar ke? Lisa jadi ke kahwin dengan Vin? Melissa tu siapa? Dina tu sebenarnya gila kan? Bhg akhir tu sebenarnya dia cuma berhalusinasi je kan? Adakah Intan tu mastermind untuk semua ni atau dia memang mangsa keadaan? Haha. 

TIDAK! Ika la mangsa keadaan sebab ika konfius haha. 😅



Rupanya ada sambungan untuk Nota 1. Lega ya amat! At least takda la rasa ralat hingga hujung nyawa sebab tertanya tanya haha. Well, ika harap ika dapat beli Nota 2 & 3 secepat yang mungkin dan bukan la tahun tahun lain bru dapat beli. Ketinggalan zaman sangat nanti. Memang betul hanya utk pembaca matang saja. Orang matang kena cool utk terima jalan cerita sebegini rupa haha. 

RATE: ⭐️⭐️⭐️⭐️

You Might Also Like

7 comments

  1. Hahaha.. perasaan akak sama lepas baca Nota..mangsa keadaan sebab baca Nota.. tak baca lagi sambungan dia.. tengah cari kekuatan emosi.. hahaha.. buku dia perlukan emosi yang stabil baru boleh baca..

    ReplyDelete
  2. baru baca Nota, best tapi stress juga banyak benda yg tak terjawab.
    belum baca lagi sambungan no 2 dann 3, nak kena prepare mental dulu utk baca sambungan dia..hihi

    ReplyDelete
  3. pernah baca novel Nota ni dulu dulu, pinjam kawan punya tapi boleh pula sekarang ni lupa acamno cite dia adoiiii. kena beli juga la nampaknya sebab nota 2 & nota 3 dh beli kahkahhh

    ReplyDelete
  4. Owh ada siri2 juga yer. Kadang2 rasa hidup zumal ada macam Ray juga, berhenti kerja sebab nak buat bisnes yang belum tentu ada masa depan

    ReplyDelete
  5. tak pernah baca lagiii. macam best je!

    erin x | oh, erin writes

    ReplyDelete
  6. Nice and good review.

    https://www.celikvitamin.com/blog/pengedar-youth-skincare-shaklee-seluruh-malaysia-sabah-sarawak/

    ReplyDelete

TOP COMMENTATORS ♥

Subscribe