BOOK REVIEW- LELAKI NERAKA BY ASRAF SHAARI - Jari Jemari Menari

Mar 9, 2019

BOOK REVIEW- LELAKI NERAKA BY ASRAF SHAARI



Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Lama reserve ebook ni dekat PNMeReader. Akhirnya, sampai jugak giliran ika untuk baca. Sebenarnya, ika tidak la baca sinopsis buku ni. Ika tertarik sangat-sangat dengan tajuk & cover buku Lelaki Neraka ni. Plus, ni first time ika tahu mengenai kewujudan penulis bernama Asraf Shaari ni. Em, banyak pulak perkataan "ni". Haha. Maaf. 

Agaknya terlepas pandang pasal buku ni, ika tak perasan yang buku ni mungkin ada terjual dekat bookstore atau tempat lain. Kalau tak, mesti dah beli sebab korang tahu kan yang ika suka baca novel bergenre macam ni. 


"Kejahatan Tersembunyi Disebalik Kebaikan"



DETAILS 

AUTHOR: ASRAF SHAARI 
PUBLISHER: KARNADYA PUBLISHING 
PAGE: 491 PAGES
YEAR: OCTOBER 2017 


SINOPSIS 





MY REVIEW 


Cover buku Lelaki Neraka ni lawa. Simple but nice. 👍🏻 Di Goodreads, ika berikan 3 bintang untuk novel ni. Antara sebabnya ialah ika dah boleh agak siapa dalang disebalik pembunuhan dan penculikan dalam cerita ni di pertengahan pages. Tapi, ika tutup mata je la. Pura-pura tak boleh predict lagi. Penulis sebenarnya banyak bagi hint (personaliti & ciri-ciri pembunuh). Pembunuh dalam cerita ni ada 2 orang. Yang sorang ni memang dah ter-expose dah identiti dia. Yang sorang tu, mcm yang ika cakapkan tadi. 

Jalan cerita bagi ika diolah dengan baik oleh penulis. Meskipun, penulis tinggalkan kita dengan pelbagai persoalan. Tapi, persoalan yang penulis cipta, dia akan bagi jawapan dekat kita tapi bukan la jawapan yang segebuk untuk kesemua persoalan. Faham tak? Kira mcm tengah page, dia jawab pasal persoalan di awal page. Lepastu, di hujung page, dia akan jawab pasal persoalan di tengah page. 
______________________________________________________________________________________________________

Loya tekak bila baca pasal daging yang Malik hantar dekat kedai. Semua orang suka makan daging yang dimasak oleh Malik. Ish. Ada jugak beberapa part dalam novel ni yang boleh dipuji la. Penulis cerita details jugak tiap-tiap pembunuhan yang terjadi dan kisah misteri yang terjadi dekat Iskandar. 


PENGAJARAN 

1. Jaga solat dan doa banyak-banyak dekat Allah supaya jaga dan lindungi iman kita.        Jangan terpesong jauh dari landasan agama. 

2. Jangan berkawan dengan "setan" la senang cerita. 

3. Kalau tak yakin dengan sesuatu perkara atau berita, jangan tuduh atau fitnah orang. 

4. Sentiasa maafkan orang. 

By the way, ending cerita Lelaki Neraka ni memang mcm ni ke? Ika sorang je ke rasa tergantung dan penamatnya tak seperti yg diharapkan. Atau salah ika punya pemahaman terhdap cerita? If ya, sorry my bad. Tapi, apa pun. Ika puji usaha penulis menulis cerita Lelaki Neraka ni. Kalau korang nak tahu ending dia macam mana. Kena baca la. K babai. 



RATE: ⭐⭐⭐

25 comments:

Sha Mohamed said...

Terbaiklah review Ika.. Akak dah baca dah novel ini.. Menarik part dia bunuh, lepastu lapah dan hantar ke kedai.. Pergh!!

Farrah MF said...

Setuju. Certain parts memang penulis gambarkab secara details sampai kita boleh bayangkan satu satu 😊

sis gee said...

walaupun gee tak minat genre ni, tapi lepas baca review terus rasa macam best!suspen je!

Ana Suhana said...

Menarik bila baca review ika tentang novel Lelaki Neraka ni. Kak ana pun suka baca genre mcm ni. Lain dari yang lain.

anakdenesor said...

pergh tengok seram habis da cover die..hehe

Tiara Sapphire said...

novel macam ni selalu buat saya dilema nak baca, nampak menarik jalan cerita dia tapi part meloyakan tu macam seram je nak baca..hihi

Mijablur said...

Tak pernah baca lagi tapi dia punya cover tu perghh seram...

Mijablur - Malaysian Lifestyle Blogger

Kekanda Hawa said...

takut tgk cover dia...

Ika.S said...

Kan kak sha. Dia punya hardcore membunuh tu. Ya Ampun. Seram dan tak masuk akal. 😰

Ika.S said...

Itu la. Dlm Lelaki Neraka ni, mmg dia cerita details part dia bunuh setiap mangsa dia. Itu yg menariknya ☺️

Ika.S said...

Hee sis Gee boleh cuba baca. Mana tahu kena dgn selera ke ✌🏻

Ika.S said...

Lelaki Neraka ni specialnya tang cara dia cerita setiap pembunuhan yg dia buat . Er. Takut.

Ika.S said...

Kan AD kan. Cover dia eye catching sgt 🙊

Ika.S said...

Hehe. Ika takda la kata buku ni tak best. Masih ada keistimewaan dia hee. Mungkin tak capai expectation ika kihkih. Yg meloyakan tu mmg euww

Ika.S said...

cover dia serem kan. hee

Ika.S said...

Itu la. Tarikan sgt cover buku dia. Tu rasa nak membaca tu. Hee

Farhana Jafri said...

daging apa la yang dia hantar ke kedai tu

mamapp said...

Bagus Ada prngajaran

Ika.S said...

Ehem, daging yang tak sepatutnya dimakan oleh manusia la Farhanna. Huhu :)

Ika.S said...

Ya mamap. Memang bagus sebab ada pengajaran yang boleh diambil hehe.

ejulz said...

best cerita seram camni :) ejulz suka. hehe

sara zuliana said...

suka cerita macam nie

Ika.S said...

Nanti blh dptkan novel ni utk dibaca. Mana tahu kena dgn selera.

Ika.S said...

Nanti awak blh try baca. hee buku ni ada jual dekat bookstore.

aiman said...

Buku ni memang kategori seram thriller , best jugak , selak2 muka surat mesti rasa apa yg bakal berlaku seerusnya, geram gila kt karekter yg acah baik tu, rupanya dia dalang sebalik kes. Best penulisan penulis Asraf Shaari. Buku dia yg first saya baca, Bisikan Syaitan, kisah psal budak kena buli kt skolah dn dicemuh jiran sebab bpk dia bkas pembunuh. tk pasal2 isteri dan anak2 jadi mangsa cemuhan org. Kisah thriller jugak sebab awal2 budak tu bersabar, sampai kesabaran dia terlebih had , dia mengikut bisikan syaitan buat bnda2 yg tk patut dibuat pada org yg buli dn hina dia dan mak dia. Try la baca, skang dia ada judul baru tajuk Damping Malam, saya tunggu buku tu sampai ja skang ni.