Assalamualaikum & Hi readers ❤️️
Entry khas ini khusus buat muslimah di luar sana yang aktif bersukan & beriadah. Mesti ada dalam kalangan kita yang aktif bersukan kan?. Jika bukan setiap haripun, mesti akan mencari masa untuk melakukan aktiviti bersukan seminggu sekali. Apa pakaian dari hujung rambut sehingga hujung kaki yang menjadi pilihan para wanita muslimah yang aktif bersukan?. Sudah semestinya, kita perlukan sesuatu yang selesa untuk dipakai dan menutup aurat. Tidak panas. Serap peluh dll.
Kalini, ika nak cerita lebih details mengenai hijab yang kita perlukan ketika bersukan. Memperkenalkan TAHAN Instant Hijab dari PTT Outdoor. Tudung sarung instant yang memang instant! Kita tidak perlu runsing untuk melilit shawl atau seterika bawal untuk awning yang on point. Dengan tudung instant dari PTT Outdoor ini, kerja kita lebih mudah dua kali ganda. Tiada alasan lagi untuk mencari tudung sarung yang berkualiti dari segi material dan rekaannya.
Keistimewaan TAHAN Instant Sport Hijab
- Cepat Kering
-Sesuai digunakan untuk aktiviti outdoor & indoor
-90% Polyester & 10% Spandex
-Inner melekap di muk, selesa dan tidak bergerak
-Anti kedut
-Strectcable
PERSONAL REVIEW
Secara peribadi, ika sejenis yang cepat dan kuat berpeluh. Lagi-lagi kalau bersukan. Kadang tak selesa bila dah berpeluh teruk sangat, mula la tergaru atau naik allergic. Berbeza bila ika pakai Tudung TAHAN Instant Hijab dari PTT Outdoor ini. Ika rasa selesa kerana tudung ini serap peluh dan yang paling penting yang ika akan titik beratkan ialah tutup bahagian dada dan belakang seeloknya.
Selain itu, ika rasa untuk edisi all black ni memang satu pemilihan yang sangat tepat. Sebab ika memang pengemar tudung warna hitam. Senang la nak pakai dengan baju apa sekalipun. And kalau pakai warna hitam ni, peluh tu takkan nampak dekat tudung. Ha, itu yang best tu!
Bagi ika, memang harga murah la. Berbaloi dengan keistimewaan yang ada untuk tudung ni. Bukan senang ya nak cari tudung sukan yang selesa dan best. Ika recommend!
9 comments:
Nampak selesa betul tudung ni , nampak sejuk kalau berpeluh pun....
wah, macam best jer. kena try sebab skrg dah rajin jog hihi
Bukan senang nak dapat tudung sukan yang best. Ni nampak macam okay
betul tudung mcm ni mmg selesa nk buat aktiviti lasak..menarik!
Wah bagusnya tudung sukan ni 😍 dapat serap peluh lagi wahh
memang best guna tudung ni bila bersukan. Even berpeluh pun rasa sejuk je. Sesuai sangat pakai bila pergi travel atau hiking or camping
Tudung yang ohsem.. menarik..
Sekarang ni dah banyak produk untuk wanita Muslimah kekal aktif dan cergas. Yang penting boleh beraktiviti dengan selesa.
sports hijab ni akan terbang ke kalau lari laju sangat?
Post a Comment