Jari Jemari Menari

Feb 24, 2024

Ulasan Buku - Siri Puaka Sekolah Hostel by Khairul Nizam Khairani

5:42 AM 4
Ulasan Buku - Siri Puaka Sekolah Hostel by Khairul Nizam Khairani

 


Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥ 


Fahmi merupakan pelajar baru di asrama itu. Dari awal lagi, dia nampak lebih tertarik dengan bangunan asrama lama yang bertentangan dengan asramanya kini. Pelajar dilarang sama sekali untuk jejakkan kaki ke situ atas faktor keselamatan. Bertambah membuak-buak perasaan Fahmi nak explore bila Fahmi acapkali melihat sesuatu di bangunan asrama lama itu pada waktu malam. Apa tindakan Fahmi selanjutnya? 


Kemudian, pada masa yang sama. Berlaku banyak kes kecurian di asrama. Yang pastinya si pelaku bukan calang-calang. Sebab barang yang dicuri tidak dijumpai & si pelaku tak terkantoi. Siapakah dalangnya? 


📌 "Pihak sekolah tidak sepatutnya benarkan kau sekolah disini"

"Kau tak tahu sekolah ini ada sumpahan yang dirahsiakan." - Ikhwan 


Sumpahan buat sesiapa yang lahir pada 29 Februari. Adakah 'dia' yang akan jadi mangsa seterusnya? Bagaimana cara untuk hapuskan sumpahan tersebut? 


Semua tanda soal ini kalian akan dapat jawapan dengan cara kena beli & baca buku Puaka Hostel ni. Kita taknak kasi spoiler. 



Haip @penerbitx ‼️ Kita nak marah ni. Amboi. Kita tertipu dengan banyak benda pasal buku ni. 
Wow. Memang tak expect cerita ni akan turn out jadi lain dari apa yang kita fikirkan. Biasalah fikiran straight kita ni memang kalau baca memang tak dapat nak fikir jauh macam penulis fikir. 

Terbahagi pada 2 bahagian iaitu masa kini & lampau. 
Masalahnya apa? Masalahnya penulis tahu macam mana nak seimbangkan kedua-dua timeline. ☝🏻 Kita boleh nampak jalan cerita semakin lama semakin intense. Persoalan yang ada pasti ada JAWAPAN. Penulis tak tinggalkan pembaca yang innocent macam saya ni terpinga-pinga. Hshs

• Fast Paced ✔️
• Page Turner ✔️ 
• Brilliant Idea ✔️ 
• Enjoyable ✔️ 

Kita rasa for those yang nak baca cerita seram tapi takut. Buku ni sesuai untuk kalian sebab tak seram. Tapi dia penuh dengan kejutan. Macam pusing sana pusing sini. Eh?. How come tak sama dengan apa yang kita predict. 

🏷 Cumanya, kalau la dapat baca POV Fahmi masa 'kejadian itu' mesti lagi umph. Kita tak boleh brain actually. Sebab itulah orang kata kan. Buat apa-apa kena fikir panjang.  #ikareviewbuku 

Feb 22, 2024

Ulasan Buku - Timeline Akhir Zaman by Dr.Ashraff Amirul

8:45 PM 1
Ulasan Buku - Timeline Akhir Zaman by Dr.Ashraff Amirul

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥ 


"Bahaya fitnah akhir zaman ini kerana ia melibatkan soal keimanan dan kekufuran, dosa dan pahala, bahkan syurga dan neraka"

Ini buku bukan fiksyen pertama kita pada tahun ini. 🙌. Saya perhatikan buku ni dari SIBF 2023 lagi. Tapi barulah bulan ni berkesempatan untuk beli dan baca. Buat kalian yang masih mencari bahan bacaan untuk bulan Ramadan & bacaan ilmiah yang patut ada di rak kalian. 

Saya nak cadangkan satu buku yang bertajuk Timeline Akhir Zaman. Saya yakin kalian tidak akan rugi sama sekali. Saya tak reti nak ulas buku bukan fiksyen. Saya takut saya tersalah cakap tapi yang pasti buku ini saya taknak lepaskan peluang untuk share.



Semua perasaan bercampur baur ketika baca buku ni. Dan pasti terselit juga 'unknown feeling' yang tak boleh saya nak ceritakan. Terus rasa nak muhasabah diri & perbaiki diri dengan lebih baik lagi. Yang pasti setiap topik itu diceritakan dengan baik dan yang paling penting ialah tersusun, ayat yang mudah difahami, gambarajah kronologi perjalanan akhir zaman, setiap topik besar mempunyai sub topik (topik kecil) yang khusus & disertakan dengan rujukan yang sahih.

Tidak salah rasanya jika kita beli buku ini walaupun kita sudah tahu mengenai Imam Mahdi, Dajjal, Nabi Isa AS, Yakjuj & Makjuj dan sebagainya. Anggap saja yang kita baca sekali lagi untuk peringatan buat diri kita. Kita semua kan mudah alpa. Kehidupan kita bukan makin kebelakang. Tapi kita sentiasa maju kehadapan tahun demi tahun. Yang dihadapan kita ini lah yang perlu kita utamakan dan dahulukan. Persiapkan diri sebaik-baiknya. InshaAllah.



• Worth every penny ✔️
• Nipis tapi compact dengan pengisian ✔️
• Habis in one sitting ✔️
• Sesuai dibaca oleh semua golongan baik kanak-kanak atau dewasa ✔️

Saya harap dapat baca lebih banyak lagi buku dari tuan penulis. Penceritaan penulis yang santai membuatkan saya leka membaca dan tidak sedar yang sebenarnya saya sedang baca topik yang berat dan sarat. Namun begitu, walaupun secara santai. Masih tercuit juga perasaan. Well done penulis 👏🏻 #ikareviewbuku

Jan 27, 2024

Ulasan Buku - Runcing 2 by Zharulnizam Z.A

8:02 PM 5
Ulasan Buku - Runcing 2 by Zharulnizam Z.A

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥ 


Pertama sekali, terima kasih buat tim Buku Prima atas naskah Runcing 2 ini :) Saya sangat hargai peluang dan ruang yang kalian berikn buat reviewer picisan seperti saya. Rasa macam mimpi sebab dapat bekerjasama dengan salah satu publisher yang gah dan besar dalam industri buku. InshaAllah semoga lain hari kita dapat bekerjasama lagi. 


📌 Dendam ini harus dilangsaikan dengan darah !


Dengan bantuan Batin Uda. Sahak menjadi lebih kebal. Lebih membara-bara perasaannya untuk membalas dendam terhadap Hambali. Namun, Sahak lupa. Dia juga perlu berhadapan dengan Yusof jika dia berniat ingin membunuh Hambali. Berjayakah Sahak?
Dan apa yang akan jadi pada Hambali?. Akan selamatkah Seri Bakawali dan terus hidup?.


Cerita seram islamik yang mendebarkan.



Genre: Mistik Islamik 

Mukasurat: 488 mukasurat 

Harga: RM 30 


Ini suggestion saya. Kalian beli & baca Runcing 1 dulu supaya lebih feel membaca, kenal karakter & cerita yang pernah terjadi sebelum ini. Tidaklah kalian lost track. Okay?. Saya kira ini satu penantian yang sangat berbaloi buat peminat penulis & Runcing 1. Puas ‼️ Bagi saya, Runcing 2 ialah sebuah naskah yang penuh pengisian. Bukan sekadar cerita seram kosong. Ada banyak elemen (cinta, aksi & mistik) yang dimasukkan penulis.

Gaya penulisan penulis yang puitis, tersusun rapi & penuh hemah membuatkan saya tak lepas membaca setiap patah perkataan yang ditulis. Kagum. Walaupun bukan kebiasaan saya baca gaya sebegitu. Tapi saya enjoy baca. Mungkin bagi sesetengah pembaca. Kalian akan rasa sedikit janggal dengan pengunaan bahasa yang penulis guna. Tapi why not kalian explore benda baharu. Kan? . Saya kira penulis banyak buat kajian untuk naskah ini. Perihal saka & ayat-ayat Al Quran harus diletakkan tempat yang bersesuaian. Bukan boleh simply letak.



•Page turner ✔️
•Full of Emotion ✔️
•Character Development ✔️
•Recommended ✔️

Saya suka banyak scene dalam ni terutama sekali pada awal cerita di mana Batin Uda meminta anak buahnya mencari darah harimau di dalam hutan untuk menyelamatkan si Sahak daser tu. Fuh. Kita pula yang berpeluh baca. Hanya sebab seorang manusia yang angkuh. Ada yang terkorban.

Runcing 2 ini ada berkaitan dengan saka juga. Jangan dibuat main perihal saka. Jangan sibuk mencari penyakit dengan perkara syirik & dibenci Allah SWT. Dan gabungan antara Hambali, Yusof & Kiai Shamsuddin memang acamgini 👍🏻 Semua harapan diletakkan pada Allah SWT.

📌 TAPI -- ada ghaso ghaso cam ada yang tergantung here and there. Ada sambungan ya ? Kan?. Runcing 3 please.

Jan 5, 2024

Ulasan Buku - Ostad Power Metal by Mitch

9:56 PM 5
Ulasan Buku - Ostad Power Metal by Mitch

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥ 


Ostad Power Metal ni best gua cakap sama lu orang. Acamgini 🤘🏻 🎸

Secara ringkasnya, sekolah pondok Tanwiriah akan ditutup dan akan diambil alih oleh pentadbiran baru. Ostad Osman (Ospom) yang mengajar di sekolah tersebut terpaksa giatkan usahanya mencari kerja lain. Dia tahu yang kelayakan yang dia ada tidak cukup untuk dia mohon kerja disitu.

Dalam usaha pencarian kerja kosong. Ostad Osman ternampak satu iklan pencarian vokalis kumpulan metal. Dia dalam dilema. Kalau tidak mencari kerja secepat mungkin, ada banyak yang perlu dibayar. Kalau masuk kumpulan metal, tak kena dengan diri dia. Agaknya, yang berlaku seterusnya?





Geng, Ostad Osman kental ya pergi audition. Haha. Masalahnya lepas pula tu. Geng Icarus boleh sangkut dengan suara dia. Dalam depa dok judge-judge tu. Terpesona gak kan dengo suara member tu. 🤣

“Suara memang power  cuma gua musykil dia pakai ketayap bro, ala fadang fasirlah! Baju Melayu lagi you ,” -Omar

Tak boleh imagine macam mana powernya suara dia nyanyi lagu kapaksss. And, suka baca dia bermonolog dalaman. Banyak benda bermain dalam kepala dia. Lurus orangnya Ospom ni.

“Anda semua dah sembahyang ke belum?

Comel kan setiap kali nak mulakan persembahan. Ospom akan tanya macamni dekat crowd. Matlamat dia nak menyanyi sambil berdakwah. Ha gitu. Bagi dia, dia juga tahu bukan senang nak mengajar orang dewasa untuk berubah ke arah yang lebih baik. Dia ada caranya tersendiri. Halus ~

Suka macam mana penulis susun jalan cerita. Konflik yang dialami oleh watak utama boleh tahan keras juga. Banyak benda Ostad Osman nak kena fikirkan. Keputusan untuk masuk dalam bidang yang bukan kebiasaan dia bukan satu keputusan yang mudah. Tambahan, dia datang dengan imej yang sangat baik & dari statusnya sebagai seorang pengajar sekolah pondok. Cuma, keadaan yang memaksa membuatkan dia pejam mata dan teruskan apa yang dia sudah mulakan. Setiap konflik yang ada, dapat diselesaikan dengan baik pada hujungnya.


5⭐ / One of my best read for 2023

Pencarian Bloglist Blog Sharhanah Sepanjang 2024

9:49 PM 9
Pencarian Bloglist Blog Sharhanah Sepanjang 2024


Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥ 

Hujung minggu ni, kita manfaatkan masa dengan blogging sekejap. Harini, nak join pencarian bloglist dari sis Sharhanah. Jom ramai-ramai join guys :) Lambat lagi tarikh tutup. 


Syaratnya sangat mudah;

  1. Follow saya (klik atas, sebelah kanan) 
  2. Buat entry dengan meletakkan banner di atas dan pautkan.
  3. Tinggalkan komen di bawah entry ini.
  4. Sertai segmen ini sebelum 3 Mac 2024.