Cara Saya Susun Beg 🎒👜👝

5:56 PM



Assalamualaikum & Hi reader. 
Happy Monday blues rakan reader sekalian. Macam biasa, orang lain cuti harini. Ika tak cuti. Kena kerja seperti biasa. HAHA. Dah tak pasti dah nak rasa sedih atau happy. 

Harini, ika nak share sikit cara ika susun beg ika dalam bilik. Before this, ika dah guna macam macam cara nak susun beg. Letak dalam kotak la, sangkut belakang pintu bilik, letak dekat tepi penjuru atas kotak. Tapi, bagi ika, sekejap je benda tu tahan kemasnya. 
Lepastu, bersepah balik sebab kadang tu bila nak cepat selalu main tarik je beg. 

Ika tak banyak sgt handbag. Ika banyak sling beg yang kecik kecik. Sebab ika suka jenis macam tu. Bila dah asyik beli beli. Tak sedar benda tu dah jadi banyak. Haha. And memang ika pening pikir cara senang utk ika ambik, pakai dan letak balik. 

Masa tengah scroll Lazada beberapa bulan lalu, ika terjumpa sesuatu. Before that, benda ni actually bukan la ada dekat Lazada saja. Dekat website lain pun ada. Boleh usha usha la. Hee. 
SOKANO 12 Hooks Hanging Pole for Hat Clothes Jacket Umbrella and Handbag - Black
Masa tu, ika rasa mcm benda ni dapat bantu ika untuk sangkut beg. Memang kegunaan dia bukan la untuk beg sahaja. Tapi, kemon. Be creative. Hehe. Ika terus decide nak beli lepas habis discuss dengan abah ika. 
SOKANO Pole ni ada 4 warna kalau tak silap. Hitam, Putih, Biru & Pink. Hampir nak beli warna pink. Tapi, nasib baik laaaa terclick warna hitam. Haha. 


Sampai dengan selamat. Alhamdulillah. Dihantar oleh Ninja Van. Ya awak awak sekalian, ianya kena pasang sendiri. So, posibility barang dalam tu tak cukup atau rosak sangat tinggi. Baca review, banyak jugak komen yang kata barang sampai tak cukup. Risau jugak and ni kali pertama, ika beli barang dekat Lazada yang jenis mcm ni. But, ika dapat semua nya cukup lengkap. Seller hantar barang berbalut kemas and ada protection. Dan of course datang berkotak. 
Thanks dekat abah sebab tolong pasangkan.Nak harap ika, agaknya tak berdiri la benda ni. Plus, depa terlebih kasi barang. HAHA, 

Hasilnya macam ni, and setakat ni ika puas hati and benda ni menyenangkan kerja ika dan bagi bilik tu nampak proper sikit. Tak berselerak. And beg pun tak la penyek. Kalau letak dalam kotak, beg penyek dengan jayanya. 
.
.
.
.



Ika gantung more than 15 bags. And kalau korang nampak actually banyak sling beg ika yang jenis kecik kecik. Sekarang ni, makin bertambah sebab dia ada banyak space boleh sangkut lagi. Maka, benda ni mendatangkan banyak benefit untuk ika dari segi kekemasan, but at the same time bagi separa keburukan jugak. sebab kasi ika keluarkan duit untuk beli lagi sling beg kahkah 😂

                                     MY REVIEW                                     



  • Kukuh. Sangat stabil. Tak goyang. Kalau pandai jaga, mesti benda ni tahan lama. 
  • Warna pun hitam berkilat cantik. 
  • Eventho ada 12 hooks. Tapi, ika rasa ika boleh sangkut more than 30 bags. 
  • Tak makan banyak space dalam bilik. Menjimatkan space lagi adalah. 
  • Harga sangat affordable. 
  • Ada cap untuk every hook. Macam selamat jugak la untuk beg ni atau apa saja yang disangkut untuk rosak. 
  • 3 leg support and practical design. 
⭐️⭐️⭐️⭐️

Ika tahu, dekat Ikea pun ada jual. Tapi tak pasti harga berapa. Ika cuma nak sesuatu yang affordable, nice and also benda tu function dia sama saja dengan barang mahal. Kualiti pun sama mcm benda mahal. Tapi, semuanya atas sendiri sendiri la kan. Lain org, lain la caranya. HEE. 

Oh, korang susun beg korang macam mana? Share la sikit. 
Mana tau, ada cara yang lagi senang dari ini. Hee. 
Till then gais, jumpa lagi in next entry. Harap, entry ini dapat memberi manfaat dan serba sikit idea buat reader sekalian. 

You Might Also Like

12 comments

  1. Memang sangat kreatif kak Ika. Hihi. Good idea la kak. Lagi senang gantung beg cam2. Kemas dan senang nak cari nanti. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee. Thankyou GV. Memang sebenarnya sangat senang nak cari and kemas :) Sebab tu la gigih membeli haha

      Delete
  2. kemas...tapi kena letak tempat yang sesuai takut terlanggar...hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kena ada tempat yang sesuai. So that tak menganggu kita. Sesuai diletakkan di penjuru :)

      Delete
  3. wahhh, bnyak nya koleksi beg ika.. Nabihah ada satu ja beg yang ootd nim, tp suka tgk beg lawa-lawa... hajatnya nak beli gak slim bag satu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, tak ada la banyak sangat wak. Kita tak sedar sbnrnya beg kita ada bbrapa pesen same. HAHA. Udah la bersepah. Tu kita terpaksa kumpul, letak satu tempat. Awak beli la satu try. Ada banyak sekarang beg lawa lawa Hee

      Delete
  4. Replies
    1. Most welcome. Thankyou Hujan Bulan Juni :)

      Delete
  5. banyaknya koleksi beg. haha saya tk banyak beg2 camni so gantung je kt mana2 tempat yg ada xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula mula, ika pun main gantung je dekat mana mana since beg ada satu dua. Entah mcm mna terjadi beberapaaaa haha.

      Delete
  6. Salam perkenalan ika.. Akak follow sini..
    Cantiknya tempat gantung beg tu.. Akak gantung belakang pintu je.. Kikiki.. senang nak capai dan akak tak banyak beg..

    ReplyDelete
  7. bagus ni cara ika susun beg. suka mek tgk, kemas aje. statement last tu mek stuju, barang yg berkualiti dan lebih kurang shj - harga of course nak yg murah. hihi

    ReplyDelete

TOP COMMENTATORS ♥

Subscribe