Dec 19, 2017

# Books

BOOK REVIEW - KAMAR SUTERA BY HAMKA KERETA MAYAT


Assalamualaikum & Hi semua. 
What a hectic week. Tak sempat betul nak blogwalking atau nak up kan entry. Sebab, kerja dekat opis tiba tiba jadi double triple menimbun. Dan sangat letih. Tak itpu punya.
Harini curi masa sikit nak buat review buku. Kamar Sutera by Hamka Kereta Mayat. 
First time nampak buku ni, ika mcm tak berminat sangat sebab ika rasa mesti buku ni boring. Tajuk pun mcm tak menarik. Siapa penulis ni? Tak kenal pun. Kenapa tajuk dia mcm ni? Kamar tu tahu la tempat tido. Sah, ni cerita ada kaitan dengan tido.HAHA. 

Tapi, baca je first page. Lepastu, bila dah start ketawa berdekah. Ika cam tepuk dahi sebab buat first impression secara menghikhok buta. Haha. Best. Tak sangka mamat Hamka Kereta Mayat ni dia punya level kelakar mcm pelawak profesional. Ika rasa sebenarnya konsep buku ni sangat santai, kelakar tapi dalam masa yang sama ada nilai pengajaran yang kita boleh dapat. 






                                       SINOPSIS                                          

"Aku telah lama kelakar, baru hari ini kamu ketawakan aku. Bukankah kita semua akan menjadi mayat?"
Semoga Kamar Sutera ini dapat memberi hikmah kepada kita semua terutama kepada mereka yang hendak berkahwin tapi tidak yakin untuk berkahwin. Rugi juga jika belum berkahwin, tapi sudah bertukar jadi mayat. 

YEAR: 2013
PUBLISHER: TERFAKTAB MEDIA
AUTHOR: HAMKA KERETA MAYAT
PRICE: RM 25


                                                     MY REVIEW                                                   

Straight forward cerita, buku ni ada variasi punya corak penceritaan dan banyak cerita cerita yang real dan kisah suamisteri yang ika rasa ada kemungkinan terjadi dalam kehidupan. Cara Hamka bercerita boleh buat kita as pembaca teruja nak baca next story dia. Memang tak gelak tu, tipu sangat la. Sudah la gelak, kalau tak berdekah tu, bohong bangat. HAHA. 

Sebab ika mula tu tak familiar dengan nama penulis, ika rasa buku ni mcm buku yang sarat isi nya. Tapi, macam yang ika cakap. Ika salah besar. Korang tau? Sampai sekarang ika beli buku buku dari penulis. Punya la addicted serta admired dgn penulisannya. 
Ika fully recommend korang baca buku ni. If baca review dari orang lain pun, depa pun cakap benda sama. Worth it la. Tak la rasa macam ala, why ending dia mcm ni, nape mcm tu. No. No at all. 
Suami isteri , bakal suami isteri, single mingle oso boleh baca. 
Macam macam yang Hamka ceritakan dalam ni. Contohnya peranan suami isteri dan sebagainya. 
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Next entry, ika will up 3 entries pasal buku buku Hamka yang ika dah beli dan baca which is Kisah Laki Bini, Kisah Anak Bini & Aku, Almond London & Gay. 

Ini blog Encik Hamka: BLOG HAMKA KERETA MAYAT
InsyaAllah. Till then gais. Kita jumpa dalam next entry ya ๐Ÿ™‹





2 comments:

  1. Tajuk pon dah something, Rasa macam tertanya tanya pulak apa jalan cerita buku ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee. beli la wak :) Bests. Hee sebab kelakar.

      Delete