Mar 26, 2018

# Books

BOOK REVIEW - POCONG BALIK RUMAH BY ZA


Assalamualaikum &Hi readers ❤️
Memandangkan harini rajin sikit nak update plus mood pun baik sebab hujan. So, ika nak meng-review lagi novel karya Zaifuzaman Ahmad. Pocong Balik Rumah ni, buku hitam first yang ika beli. Bila nampak nama ZA ni. Teringat masa zaman sekolah. ZA ni agak famous waktu tu sebab ramai budak sekolah ika baca novel dia. And ada one of my chinese friend, dia yang suggest dekat ika novel ZA. Start dari tu, kiteorang tukar tukar buku. Hee. 

Suka cover page dia yang nampak pocong dok intai tepi tingkap. Haha. Scary. Walaupun, warna nya biru kabur mcm tu. Tapi, tang pocong kemain cerah pulak haha. Al maklumlah, main character. Cover book memang thumbs up. Dapat full credit untuk org yang design cover ni. Creative. 

"TOLONG BUKAKAN"
Bukakan apa? Pintu? Tingkap? Kain atas kepala? HAHA. 

BOOK DETAILS 
AUTHOR: ZAIFUZAMAN AHMAD 
PUBLISHER: BUKU PRIMA 
PAGE: 554 Pages
YEAR: 2014
PRICE: RM 23


                                                     REVIEW                                            

Eksited jugak nak baca cerita pasal pocong ni. Sebab iya la, terpikir jugak mcm mana penulis nak olah watak pocong tu dari mula sampai habis. Sebab selalunya, pocong ni appearance dia je dah cukup buat kita rasa takut. Tapi, bila baca sesuatu pasal pocong. Takut ke? Permulaan cerita yang baik. Tapi lama lama, bertukar jadi kelakar. Haha. 

Banyak gelagat dan ragam watak dalam novel ni yang mencuit hati. Tapi, mcm ika cakap. Mungkin, sebab main focus dia pocong. So, kerap jugak pengulangan pasal pocong nya. Kesian Cikgu Hussein yang katanya ada bela sesuatu gara gara pocong kacau satu kampung haha. Siap merayu suruh bukakan yang tak tahan tu. 

Tapi normal sangat la, masyarakat Melayu kalau ternampak benda benda camni je, dia punya otak mula la nak tuduh melulu pasal org tu. Haih. Dan banyak scene yang diceritakan dalam ni, sangat dekat dengan kita. which is, kita tahu yang memang wujudnya org kampung yang mcm tu dengan menteliti yang mcm tu. 

Novel ni, bagi ika. Just nice. Dan tak sarat. Sesuai untuk bacaan yang santai dan tak berat.  Siapa yang tak suka baca yg jenis seram seram, ini untuk korang. Serioustalk. 
RATE: 🌟🌟🌟

14 comments:

  1. Even buku tu lawak sekali pun Hana tetap bergegar semacam since tajuk dia ada perkataan ' pocong ' T^T
    .
    Thank u for the review kak Ika ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Bergegar eh. Kalau Hana nak baca yang jenis tak seram, baca la buku ni. Most welcome hana :)

      Delete
  2. Kak Sha baca buku ini sampai kena sound dengan Amani.. Kenapa mak gelak?? Cerita hantu kelakar ke...? Memang kelakar novel ini.. Dan sangat dekat dengan kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha comel betul Amani. Hehe. Memang kelakar dan penerimaan kita dgn scene scene dlm novel ni dekat dgn kehidupan kita.

      Delete
    2. Teguran melalui penulisan kan Ika.. Kira industri buku negara kita makin mantap dengan buku yang bagus-bagus..

      Delete
  3. tgk tajuk dah rasa seram tapi baca review awak macam best..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee thankyou awak. Nnt kalau awak terigin nak baca jenis cmni, boleh je baca :)

      Delete
  4. tgk tajuk je dah scary..tp bila ika cakap kelakar ase macam nk bce lak..pstt buku yg kite order da smpai excited ai nak baca hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee AD order buku apa? :) Kelakar buku ni walaupun cover dia seram hehe.

      Delete
  5. Cover seram,rupanya kelakar, hehe. Teringin pula nak baca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann cover tu seram dah. Bila baca, Allah. Kelakar pulak. Haha. Nasib baik tak sarat sangat novel ni hehe.

      Delete
  6. Adoi cerita seram sis okay lagi ika tapi kalau ada illustrasi memang ngeri sikit..
    Rasa terbayang-bayang dalam fikiran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe ilustrasi dia not bad kan. Feel je kalau nengok tu hee.

      Delete
  7. tolong bukakan tu dah seram dah. Nasib cover novel bukan muka pocong.

    ReplyDelete