Mar 7, 2018

# Movie

MOVIE REVIEW - BHAAGAMATHIE 2018


Assalamualaikum &Hi readers ❤️️
Ika tak sure siapa sini suka tengok movie tamil. Tapi, ika one of tamil's movie lover. Ika layan semua genre untuk tamil movie. And Bhaagamathie bukan la movie horror tamil yang pertama ika tengok. Before this, pernah jugak melayan cerita Chandramukhi, Kanchana 1-3, Dora, Rajmahal dan banyak lagi hehe. 
Ika rasa Bhaagamathie ni pernah ada dekat cinema Malaysia bulan Januari atau Feb haritu. Kalau tak silap. Tapi, tak berkesempatan nak pergi. 

Kalau nak ikutkan, mana mana movie tamil yang bergenre horror ni. Depa akan selalu bermain dengan istana lama yang besar dan nampak usang. Dan benda paling wajib yang depa akan tonjolkan is roh yang suka rasuk heroin atau hero. Even klise tapi tetap jalan cerita nya mesti lain. 


SYNOPSIS 
(Anushka Shetty) Chanchala IAS is a collector who wants to do good for the villagers, she is supported by her lover Unni Mukundan. Her lover is shot to death and she's framed for a crime that she never committed as part of political revenge masterplan. Chanchala who was sentenced and jailed is transferred to an abandoned palace by Asha Sarath and her team to observe the paranormal activities that are happening in the palace only to find Chanchala with bruises all over her. Her hands are nailed excessively and she is holding a hammer while being possessed by Bhaagamathie(an ancient historical princess) who reveals herself at the end as the owner of the palace waiting to revenge for the injustices did to her by those who had betrayed her. 

Director: G Ashok 
Initial Release: January, 26 (India)
Box Office: 589 Million INR


MY REVIEW 


Overall, ika suka movie ni sebab dia berjaya buat ika punya tekaan tu salah. Dia macam ada plot twist. Plot twist yang mcm not bad jugak haha. Chanchala ni senang cerita dia main character dalam cerita ni sebab basically hampir whole movie fokus lebih dekat dia. Dah nama main character kan. Honestly, ika suka Chanchala ni berlakon dan bermain dengan watak sebab selalunya kalau yang fokus more dekat main character ni org mcm akan cpt bosan. Tapi, dalam cerita ni. Ika lagi suka bila fokus dekat dia sebab maybe ika pun curious nak tau apa jadi dekat dia since dia pun mcm kena kacau teruk dekat istana tu. 

Watak kelakar dalam cerita tamil tu wajib. So, ada this one girl. Chubby sikit. Comel dan kelakar haha. And ada lagi 2 character polis lelaki yang kelakar jugak. So, ika rasa depa ni penyeri cerita ni jugak sebab kalau memanjang serious je tak boleh jugak kan hehe. 



Boleh bagi credit untuk scene scene yang seram dalam movie ni even hantunya tidak munculkan diri. Bukan senang nak ada rasa seram tu. Selalunya nak kena nampak baru takut, ini hantu tak muncul pun dah rasa sesuatu aha. Mostly, ika banyak terkeluar pekataan " wo, wo wo wo weh sakit oo.". Ngilu je memanjang tau phew. 





Dan, ika suka istana lama dalam movie ni sebab ada dekat tengah tengah hutan dan ada sejarah misteri tersendiri. Istana dia, ika adore sangat sebab even dia dari awal sampai habis nampak mcm tu saja, tapi ciri ciri mewah dalam keadaan tak dibersihkan tu tetap boleh nampak. Korang tau, ni semua depa setup sendiri. Good job. Satu hasil kerja yang kemas, real, dan menarik perhatian. Ika suka ada one part dalam istana ni. Macam kolam. Lepastu, dia keluar air and penuhkan kolam tu. Cantik. Kreatif betul dieorang setup sendiri set istana. Huhu

Tapi, sayangnya. Movie ni banyak scene dalam istana ni. Indoor lebih banyak dari outdoor. So, jgn expect terlalu banyak scene di luar untuk tengok sightseeing ke apa ke. Haha. Kalau dia kembangkan lagi cerita dengan seimbangkan diantara indoor dan outdoor mesti lagi best. 


Siapa yang nak cuba tengok tamil movie yang bergenre horror. Ika rasa korang cuba tengok yang ni. Disebalik misteri yang tersimpan, ada sebabnya. Kalau nak tahu apa end up Chanchala dalam istana ni, korang kena tengok. And siapa watak jahat? Pun korang kena tengok. Betul ke Chanchala ni bunuh suami dia sendiri? 
Sekian review yang tak seberapa dari Ika. Ika tak reti review sangat huhu. Ni cuma nak share je :) 


Ika kasi 🌟🌟🌟


23 comments:

  1. wahhh
    nak kena tengok nih kalau ada masa :)

    ReplyDelete
  2. dulu suka jugak tgk crita tamill...tp tak penah tgk lagi yg versi horror mcm ni..hahahah..dulu tgk crita cinta jela ika..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau cikyan nak cuba yang lain, boleh try tengok movie ni hehe :) Best.

      Delete
  3. wahhh macam cita horror kena tengok ni...suka tengok cita jenis macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yayyy ada lagi geng yang suka tengok cerita jenis mcm ni hehe. Sep sikit hehe

      Delete
  4. Tak minat Tamil tapi minat horror..acaner tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe faham faham. Ada je yang tak gemar sikit tengok tamil movie genre horror hehe.

      Delete
  5. wahh cambest jek..scary seyh die ketuk tgn tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Scary AD. Huu kita yang rasa sakitnya huhu

      Delete
  6. khancana dan chandramukhi always the best
    hmmm dia ketuk tgnnn alahaiii
    boleh thu web mana ika tgk movie ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee yayy ada jugak yang tengok crita crita yang ika dh tengok hehe. Web yang ika tengok http://drama3s.tv :)

      Delete
  7. wah...mau tengok nie.. sya nie minat horror movie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yayy kita geng. Sep sikit hehe :)

      Delete
  8. Replies
    1. Hee nanti ada masa, tengok la tau :)

      Delete
  9. blogwalking heree^^ nice blog^^ http://www.giftasblog.co.vu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thankyou for you time :) Hee. Happy blogging.

      Delete
  10. okay, dah lama tak layan cerita seram selain orang puteh punya version. maybe boleh try yang tamil. hehee.

    good review btw ^^

    jemput bace new entry fie and do leave your comment too. really appreciate it :)
    thanks, xoxo.

    http://iamfieonafieridz.blogspot.my/2018/03/detik-kelahiran-bebii-nawrah-part-i.html

    ReplyDelete
  11. macam best je movie ni! Tapi movie horror tamil/hindustan memang creepy habis. Tengok berjemaah pun belum tentu gagah nak layan

    ReplyDelete
  12. Ala.. ala.. macam nak tengok.. macam best.. tapi tak berani.. kikiki..nice sharing ika..

    ReplyDelete
  13. wah best... singgah..do follow me.. https://sharoangah.blogspot.my/2018/03/fakta-tentang-sharoangoh-hacked-by-cit.html

    ReplyDelete
  14. Wah nak tgk mlm nii.. cam best eh

    ReplyDelete