Daiso Puff Sponge Detergent Bagus ke?

3:21 AM


Assalamualaikum &Hi readers ❤️️
Rasanya, majoriti perempuan mesti ada makeup brush &sponge sendiri. Sometimes, walaupun tak makeup. Tapi, cukup la kalau ada brush just untuk kepuasan diri. Sekadar syarat. Sama mcm ika. Ika bukan makeup lover. Dan tak suka lansung heavy makeup. Kadang brush ni memang diabaikan. Sapu pakai tangan lagi senang. Cuma kadang tu, bila ada masa terguna brush, mesti la kena cuci brush. Bukan manusia je kena mandi bersihkan diri. Brush jua haha. 

Before this, ika ada terbaca dekat mana tak pasti. Tapi ada someone suggest satu detergent untuk mencuci semua brush and sponge. And benda tu boleh beli dekat Daiso. Lama hold untuk mencuba finally haritu singgah kejap Daiso semata mata nak beli benda ni. 

Detergent ni mcm sabun biasa saja tekstur nya. Dan buih pun hidup segan mati tak mahu haha. So, jangan la harap tinggi sangat buih dia macam sabun lain. Hee. 
Actually, ika tak layak pun nak cakap pasal kecantikan ni since ika rasa mcm ika bukan la org yang sesuai untuk share benda ni secara details .

Ini cuma personal opinion ika sahaja. Let's begin. 




CARA GUNA BELAKANG BOTOL DAISO: 
Letakkan detergent di sponge korang and gosok dengan jari. Lepastu bilas dengan air. 

CARA IKA: 
If brush korang banyak. Ika suggest untuk korang ambik bekas besar and letak air. And drop satu atau tiga titik detergent. Lepastu, putar air dalam bekas dengan brush sampai ada keluar buih sikit. 
Then, rendam semua brush. Biarkan few minutes. And lepastu gosok tempat yang kotor dan bilas dengan air bersih. 
(Bawah ika letak gambar before and after ika basuh sponge ika). 




Please ignore sponge ika yang mcm teruk sangat warnanya tu. Tapi bila dah basuh warna tukar jadi putih balik hehe. Air keruh sangat. MasyaAllah. Serious siapa yang suka makeup dengan brush, penjagaan brush kena dititik beratkan juga ya. Sebab pakai di muka kan. 

Apa yang bestnya pasal this detergent is selain murah. Ika rasa memang dia sangat la bagus untuk bersihkan sponge and brush makeup. Kesan dia tu cepat. Detergent ni takda bau ya. And bila ika dok cuba cuba bau. Macam takda bau apa apa lansung. And ika rasa itu bagus. 
Sebab kalau berbau, nanti bau brush and sponge kita pun meresap bau detergent tu. Lain orang, lain tau. Ada yang suka brush tu at least berbau hehe. Entahlah. Depends. 

80 ml tu bagi ika cam boleh tahan berbulan jugak. Memang kecik je botolnya. Tapi, untuk orang yang basuh brush dia kadang kadang, rasanya jimat banyak haha. 
Kalau korang pergi Daiso One Utama, dia ada dekat kaunter ya. Haha. Kalau Daiso lain, sila la cari. 

Ada sesetengah review yang suka dan tak suka dengan detergent ni. Tetap, masing masing ada opinion sendiri. Ada yang kata sesuai untuk sponge sahaja detergent ni. Kalau untuk brush basuh kali ketiga ke atas. Brush akan keras. And ika tak sure dengan hal ni. sebab bagi ika tekstur bulu brush ika masih okay setakat ni. 

If korang nak try , boleh dapat kan di Daiso. Oh satu soalan untuk readers, 
korang selalu basuh brush atau sponge korang macam mana? Share ya di ruangan komen. 
Thankyou sebab sudi membaca. Jumpa di next entry. 

You Might Also Like

26 comments

  1. Hari tu ada tgk insta famous review pasal ni..tp kak shaz asyik lupa je nak beli,,,hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee aah yang mengreview pasal ni. Tu ika pun beli hee. Nak mencuba hehe. Nanti kak shaz try la beli. :)

      Delete
  2. Wahh! Nice review!! ^^ heheh :3

    ReplyDelete
  3. wah kena beli ni.rabia biasa cuci brush guna pencuci muka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula, ika baca entry rabia. Rabia guna pencuci muka. Tapi pun blh je rabia. Apa apa mengikut keselesaan kita :)

      Delete
  4. wahhhh
    bagus skrg ada produk macam nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee aah. Tapi, sebenarnya ada je bahan yang lagi senang untuk digunakkan. Just guna benda yang kita ada mcm makeup remover atau pencuci muka kalau tak silap .

      Delete
  5. wah, rasanya boleh try beli satu ni,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee sure awak. Boleh cuba untuk tengok berkesan ke tak hehe

      Delete
  6. tak suka makeup, jadi takde sponge. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee jimat duit :) Sebab kalau beli tak guna kan. so tak payah beli hehe.

      Delete
  7. good sharing ika..cikyan tak pernah amik tau pon psl ni..tp penah la jugak blogger ada buat entry mcm ni...teringin nk ada brush mekap sndiri..sama la mcm ika..just buat syarat je..hahhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ika pun tau sikit sikit je cikyan. Tak banyak pun. Kan, sekadar syarat saja. :) Hee

      Delete
  8. boleh la try..sebelom ni AD guna makeup remover campur dengan sabun bdan..hehehe kreatif tak..xde pencuci khas heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. AD, Normally ika ada dengar yang nak cuci makeup brush boleh guna pencuci muka, makeup remover and lain lain.. Tapi semua atas kita jugak rasanya. Kita rasa nak guna apa pun takpe, as long as brush nya tercuci hehe.

      Delete
  9. Dah lama tak bermake up.. Banyak produk baru ye sekarang untuk mereka yang suka make up..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee takpe kak. Natural beauty je kak :) Hehe. Ada banyak produk sampai mcm taktahu nak beli apa. Last2 tak beli lansung sebab pening.

      Delete
  10. rm5 jer? daiso eh? got to get it

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ika rasa sekarang dh jadi RM5.90 kalau tak silap. Daiso dua kali jugak naik harga huhu. Memula semua barang RM5 . Lepastu RM 5.30. Lepastu naik lagi rasanya hehe.

      Delete
  11. wooww nice.. murah je.. nanti boleh try cari.. sebab selama ni zati rendam dgn air panas jek ^^ hehe.. thnks ika sebab review pasal ni,, sebab haritu ade tgok kt fb brand ape ntah.. mahal bebeno.. zati pon bukan jenis makeup sgt.. hehe

    ReplyDelete
  12. Nak kena try ni sebab selalu tak sempat basuh dah tukar baru hihi

    ReplyDelete
  13. dekat rumah takde daiso tapi mr diy je. Tak sure mr diy ada ke tak. thanks ika :D

    ReplyDelete
  14. Saya tak pernah cuba ni tapi macam best jaa...biasa rendam air panas dengan serbuk pencuci ja...

    ReplyDelete
  15. Siqah tak pernah cuci berus mekap sebab takde pun 🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi samalah dengan akak Siqah, takde berus, jadi takdelah nak membasuh..

      Delete

TOP COMMENTATORS ♥

Subscribe