BOOK REVIEW - POTRET DUA WAJAH - Jari Jemari Menari

Nov 3, 2018

BOOK REVIEW - POTRET DUA WAJAH



Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Nowdays, ika rasa momentum ika untuk membaca buku sangat kurang. Atas sebab sebab peribadi yang tertentu. Ika kena utamakan dan pentingkan seseorang yg ika sayang yang tgh tak sihat. Tapi, ika ada jugak curi curi masa untuk baca buku. Yes, while waiting for my mom dekat hospital. Before that, doakan mak ika sihat seperti sedia kala. Jarang sgt share dalam blog pasal personal. Tapi, mohon doa rakan rakan blogger dan alam maya yang lain buat mak ika. 

Okay. Let's proceed.

Potret Dua Wajah by Haiza Najwa ni merupakan sebuah novel bergenre thriller. Kalau sesiapa yang suka baca novel genre mcm ni. Mungkin korang boleh cuba baca ini atau beli dan jadikan koleksi buku korang. First of all, ika risau yang ini akan jadi review yang ada spoiler. haha. tapi tak apa la kan? tapi kalau spoiler mesti akan diceritakan dengan details part part penting dlm novel ni sampaikan kalau tak baca pun dah boleh tahu dah ending ceritanya. Kan kan kan? By the way, Kak Sha suggest ika utk baca buku ni. sebab ika tanya buku apa yang ika patut start baca. hee



Suka dengan konsep jalan cerita yang penulis masukkan dalam novel ni iaitu di sekolah asrama. Siapa yang pernah duduk asrama akan terflashback kenangan manis pahit korang bila baca novel ni. Persahabatan di antara junior dan senior. Hantu. rumor dan asrama memang tak boleh dipisahkan. Rasa teruja sikit bila baca cerita pasal sekolah asrama ni sebab lain feel dia. 

Nasib baik watak Dania dan kakak dia tidak mengelirukan. Sudahlah nama panggilan hampir sama. Nia dan Nila. Bila baca tu, tengok nama baik baik sikit. Sebab nak dekat tengah page, nama watak Nia dan Nila akan kerap muncul. Tapi, itu tidak la menjadi masalah besar. Sbb kalau baca flow cerita. Mesti tahu punya siapa yang tengah berdialog tu. Sah sah la org yang bercakap tu siapa dan siapa. Ye dak? 

Watak Dania & Masriezal dalam novel ni bagi ika terlalu sempurna. Maksudnya, dari rupa paras sampai la dari segi keperibadian dieorang dua. Bila terlalu perfect, jadi tak logik hee. Tapi sebab ianya cerita semata mata. Boleh tolak tepi tak? Ika lebih prefer kalau watak utama tu ada pro and cons. No badi is perfek. Em.


BOOK DETAILS

AUTHOR: HAIZA NAJWA 
YEAR: 2014 
PAGE: 518 PAGES 
PRICE: RM 21.00 


Source: Goodreads. 


Cumanya, watak Aisyah tidak diserlahkan dengan lebih banyak. Sedangkan, pada awalnya. Aisyah yang memainkan peranan penting dan besar dalam membuka cerita pasal Dania. Tapi, end up hujungnya. Watak lain yang lebih menyerlah. Aisyah macam hilang sedikit sinarnya. Gituww! Potret yang selalu ada dalam locker Aisyah tu pun tak dihuraikan dengan mendalam. Sebab rasa mcm kurang sgt cerita psl potret misteri tu. 

Conclusion pendeknya, sebuah karya plot twist yang not bad. Takda la orang kata sambil baca sambil menguap. Ika masih ada rasa untuk keep on membaca sampai habis sebab curios. Kita rasa penjahat dia Si A. Bila baca dan baca lagi. Eh salah. Si B rupanya yang jahat. Pastu rasa mcm si D pulak yang jahat. Nak sampai hujung eh kenapa pulak si C yang jahat? Haha. Maka, kau la detektif Conan yang paling failed! Semoga penulis terus berkarya. This is just my personal opinion. 


RATE: ⭐⭐⭐

16 comments:

Shafyqah Azahar said...

best jugak ni, mana ika beli?

Farhana Jafri said...

setuju dengan ika tu, agak mehhh bila karakter terlampau sempurna ni

Tiara Sapphire said...

bila terlalu perfect menganggu juga, i ada juga terbaca satu buku semua character penulis dia nak samakan dengan pelakon ntah dari mana sampai i rasa annoying like untungla semua orang dalam buku kau hensem gampang..dush!

Ika.S said...

Ika beli masa 10.10 haritu sha :)

aienienka said...

tak pernah lagi baca karya thriller lain melainkan RAM. hee~

Ika.S said...

HEE itulah. kena ada sikit mcm kekurangan supaya kita tahu yg watak dalam novel tu sama je mcm kita semua. Tidak sempurna 😂

Ika.S said...

Maybe boleh cuba baca ni. Penulis perempuan ala ala RAM ☺️

Ika.S said...

Hahaha faham sgt perasaanya Tiara. Ika pun kdg cm terannoyed. Dgn perfecto character.

Sha Mohamed said...

Wah.. lama tunggu tau review Ika nie.. Hari-hari Kak Sha jenguk blog Ika..
Best.. best.. Mujurlah nie novel je kan.. Tapi bila terlalu perfek pun, cam kureng lah.. Tapi still okay buku ini..plot twist dia best..

Azlinda said...

nak cari buku terkini best2..mesti akk buka blog IKa ni

Mijablur said...

Kalau character yang serba serbi perfect ni turn off sikit heh. Rasa annoying pun ada, I dont know lah Ika. Takpe nanti nak beli and tambah dalam koleksi

Mijablur - Malaysian Lifestyle Blogger

Dunia Zumal said...

Wah, menarik juga novel ni...

Ika.S said...

Hehe thankyou kak sha selalu mai jenguk blog ika. Tu la. Ika mcm kurang la if hero and heroin too perfect. Bukannya apa. Realiti mesti ada kurang kan. Btw, plot twist dia not bad.

Ika.S said...

Terimakasih kak ❤️

Ika.S said...

Same here Mija. Sep sikit. Perfect pun mcm tak blh sgt sbb kita tahu manusia tu tidak sempurna hee ✨

Ika.S said...

Iya. Menarik.