Buku Murah Sun@mag, Curve - Jari Jemari Menari

Dec 18, 2018

Buku Murah Sun@mag, Curve



Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Siapa sini rumah dia dekat dgn Curve atau dia suka pergi Curve bila hujung minggu? This time, ika nak share satu physical bookstore yang best dekat Curve. Ika pernah masuk kedai ni dulu, tapi setahu ika tak ada pulak jual novel Melayu. Mostly, hanya ada book BI, Magazine, Buku Kanak Kanak, Komik, Kamus & others. Tapi, semalam masa ika singgah sekejap dekat Curve. Ika saja masuk sini. Jadi rambang mata bila nampak banyak novel Melayu. Tapi, ika rasa mcm dieorang nak pindah. Tak sure la. Sbb ada clearance moving out.


1 buku- RM 10
3 buku- RM 25
Kira diskaun RM 5

Sementara kedai ni masih ada. korang boleh la singgah dan beli. Sun@mag ni berdekatan dgn kedai mana? Untuk kesenangan korang, ika akan kasi beberapa kedai terdekat dgn Sun@mag. Ada DIY, Kedai Tepayakki, Ayam Penyet, Mesin ATM Bank Islam. 




Buku buku interior design yang hard cover, kalau tak silap, harga dia RM 39. Tak pasti la mahal ke murah tidak harganya. Tapi, boleh la kot kan. Buku buku dia pun bukannya buku yang tak berkualiti. Masih elok dan cantik lagi. First hand kan. Ada banyak pilihan sampaikan pening kepala. Tapi, ika yakin ada je yang jenis suka baca buku jenis mcm ni sebab tu ada nya buku buku ni semua. Mustahil la, buku ni tak ada peminat tersendiri. 





Kalau tak silap ika, tak semua buku ada banyak copy. Ada yang mcm limited. Ada 1 copy je for one book. Kira siapa cepat, dia dapat. Lagi lagi untuk buku BI la. Kira siapa nak buku mcm ala ala buku yang dijual dekat BBW, boleh kot singgah sini. Nampak mcm lebih kurang je buku dia. Tapi tu la, kedai ni mcm dipandang sepi je. Mungkin org tak tahu kewujudan kedai ni atau org tak suka baca buku. 2 tu je la kot. Hee. 


Untuk novel Melayu, jangan la expect novel latest ada terjual dekat sini. Sebabnya, ika perhatikan mostly novel dia mcm tak baru dan tak la lama sgt sgt. Sedang sedang. Kira just nice. Antara publisher yang ada Idea Kreatif, Penulisan2u &  Fajar Parkeer. Ika ambik masa setengah jam dekat bahagian novel melayu saja sebab belek novel satu satu. Ada beberapa novel yang hanya ada sebuah saja. Dan of course, ada juga yang banyak copy. 

Rasa mcm nak beli sebuah je masa masuk tu. Sebab rasa mcm tak nice je masuk dlm kedai buku tu lama-lama, end up keluar dgn tangan kosong. Haha adakah ini alasan? Haha. So, ika beli la 3buah. Nak beli 1 rasa rugi. Nak beli 3 rasa mcm bazir sbb ada banyak lagi novel yang tak dibaca lagi. Tapi teka la rakan-rakan sekalian, adakah seketul ika berjaya atasi dilema? 

Akhirnya.. 






Tidak ya kwn kwn, haha seketul ika tak berjaya keluar dengan tangan kosong. Sebab ika dok aim beberapa buku yang ika dah lama cuba nak baca. Selama ni, ika banyak baca novel dari Alaf 21 & Buku Prima. So, kalini ika nak cuba try publisher lain. Ika pilih 3 buku yang berlainan publisher. Dah lama nak baca karya Hani Fazuha. Personally, tak berapa familiar dgn penulis baru. Sebab tu la curious gila. Haih.  Buku Idea Kreatif pun ada terselit beberapa buah. Kalau rajin belek, dapat la tangkap hee. 

Oh ya, most important thing. Sila bawak cash. Sebab sini tak boleh guna debit card. Bagus jugak tak boleh guna debit, sebab lagi banyak kang beli. Ada baiknya tak ada debit debit ni. Haha. 

Geleng kepala bila fikir tajuk novel sekarang. 3 novel ni, novel cinta terakhir yang ika akan beli untuk tahun ni. Ika ada banyak novel cinta yang masih dalam TBR. Stok nak dibaca berderet. Dah tak risau dah kalau tak ada buku. Haha. Apa yang merisaukan diri ni sekarang ialah nak cari masa untuk habiskan semua buku buku yang ada, 

Salah satu azam 2019: Nak berjinak jinak dengan PNMe- Reader. 

See you guys soon in my next entry, Insha'Allah. 

9 comments:

Sha Mohamed said...

Adoi.. rambang mata kak sha nengok harga tu..

Farhana Jafri said...

haritu ada singgah tapi tak tahu nak beli apa. Oh dah tak boleh guna credit? Haritu boleh lagi.

atiehilmi.com said...

ye wakkkkkk.. akak kalau ke e@curve mesti singgah sini.. terapi katanya.. hee~

Suhana Abidin said...

murahnyaaaaa . . . .

Cik Jaja said...

bestnya ieka! teringin nak pi tp jauh sangat jeee dari tganu ni.

Ariena said...

ya allah bestnyaaa. murah mcam tu sape je taknak aaaaaa. nasib jauh

Tiara Sapphire said...

kalau dekat mau juga singgah..hihi

Dunia Zumal said...

Terujanya bila nampak banyak buku camtu

Rika Saini said...

seronok tgk buku2 tu. memang nak beli. tapi kat rumah pun ada juga buku. tak baca pun lagi. rasa nk beli je.. hahah!!!