COMIC REVIEW - 3 MINIT FAKTA CIPTAAN HEBAT



Assalamualaikum & Hi readers ❤️️ 

Kalini, nak update komik pula. Mesti korang ingat, ika tak baca komik kan? Ika baca tapi baru sekarang nak kumpul komik. Gempak Starz memang relevan dan konsisten dari dulu sampai sekarang. Publisher komik yang famous buat mereka penggemar komik. 

Ini semua gara-gara pergi 7E. Kalau korang perasan dekat 7E ada satu rak yang khas untuk komik saja. Kalau dibelek, banyak jugak komik yang best-best dari Gempak Starz. Dari setebal-tebal sampailah senipis-nipisnya. Ika tak judge sesiapa yang suka baca komik, sebab komik juga salah satu bahan bacaan. Jadi, kalau ada anak kalian yang nak baca komik. Boleh je bagi baca :) 


Komik yang patut ada di setiap rak di rumah. Secara jujurnya, siapa pun kalau baca buku sejarah yang tebal & wording, pasti akan kerap menguap. Justeru, ini adalah salah satu langkah bijak dari @gempak_starz mengeluarkan komik berasakan sejarah & fakta. Tapi dengan gambar rajah, ilustrasi yang comel & berwarna. .

Komik ini terbahagi kepada 3 bahagian: .
•Makanan •Ubatan
•Ciptaan yang Mengubah Sejarah.

Mempunyai 20 fakta menarik antaranya Mi Segera, Internet, Kontrasepsi, Kapal Terbang dan sebagainya. Dengan halaman sebanyak 125 muka surat. Mesti kalian akan menyukai komik ini. .

Setiap tajuk mempunyai pecahan bahagian yang wajib antaranya:-
•Tahukah Anda
•Kesan kepada Dunia
dan lain lain pecahan yang bersesuaian dengan tajuk. Sedikit perkongsian menarik dari komik ini ialah, kedudukan penjualan mi segera mengikut negara. .

1. China
2. Indonesia
3. Jepun .

Saya rekomenkan komik ini kepada semua peringkat umur. Sesuai buat parents juga. Sebab ini adalah knowledge yang bagus untuk kita ceritakan kepada anak-anak kecil. Pendedahan mengenai asal usul sesuatu benda dengan lebih jelas dan tepat. Tidak perlu susah payah untuk rujuk di internet. Dan yang paling penting, ilustrasi dari Fuji mampu menarik perhatian kita untuk teruskan pembacaan sampai pengakhiran komik. .

Saya enjoy sepanjang baca komik ini. Rasa macam belajar sejarah in a fun way. ✌🏻 .#ikareviewbuku



Source: Google 

9 Komen

  1. dah lama akak tak baca komik... menarik je komik ni

    ReplyDelete
  2. i love to read this kind of book..sbb facts kan

    ReplyDelete
  3. dulu pernah baca review buku ni..elok juga banyak fakta menarik

    ReplyDelete
  4. wah menarik ni... banyak fakta macam ni mesti best!

    ReplyDelete
  5. memang best komik komik macam ini.. banyak fakta menarik dan ilustrasi berwarna buat lagi seronok nak baca..

    ReplyDelete
  6. Wahh review yg mantap. Terima kasih sebab baca komik dari Gempak STARZ. Harap ada byk input yang awk dpt. Sudi2kanlah jenguk on9 store kami di shop.gempakstarz.com utk judul menarik yg lain. 😊❤️

    ReplyDelete
  7. bunyi macam menarik...kena beli online la sebab nak cari kat kedai susah..

    ReplyDelete