KUIH KAPIT DAP DAP - Jari Jemari Menari

Aug 11, 2020

KUIH KAPIT DAP DAP


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Mula dikenali di kalangan masyarakat Inggeris dan Belanda dengan gelaran "Egg Roll Wafer" untuk sajian minum petang. Pada Era penjajahan, kuih ini dibawa masuk melalui negeri-negeri Selat yang dimonopoli oleh masyarakat peranakan Baba Nyonya. Dengan kreativiti yang ada, mereka mengolah "kuih belanda" ini dengan cara dikepit/disepit dengan acuan khas bermotif flora kemudian dibakar di atas arang dan selanjutnya dilipat segi tiga. Kuih sepit atau kuih kapit ini menjadi menu utama ketika perayaan Tahun Baru Cina. 


Dengan berjalannya waktu, kuih tradisi ini mengalami pelbagai inovasi dari segi cara pembuatan, lipatan, perasa tambahan dan cara persembahan sehinggakan kuih warisan ini menjadi snek setiap masa untuk semua peringkat umur dan sesuai dihidangkan pada semua peringkat umur dan sesuai dihidangkan pada semua jenis majlis dan perayaan. 




#Kuihkaputdapdap ialah produk keluaran bumiputera yang ditanggung halal 100% mengunakan resepi turun temurun dan mula bertapak di dalam pasaran sejak 2016 lagi. Pengeluarannya adalah terhad bagi menjami kualiti tiap #kuihkapit.

Bahan utama yang digunakan terdiri daripada #tepung, #pati santan asli dan #telur gred double A. Tepung rosak mahupun tepung lama semestinya menjejaskan kualiti kuih yang bakal terhasil maka kami mengunankan tepung timbang kilo @ 1 kilo/plastik yang sentiasa direstock sebagai inisiatif standars kualiti kuih kapit. 



Pati santan yang digunakan ialah pati santan asli hasil dari perahan kelapa bukan dari kotak (instant). Hal ini membuatkan #kuihkapitdapdap berbeza dengan kuih kapit jenama lain di dalam pasaran. Kuih kapit kekal wangi tidak berbau tengik atau kurang enak walaupun berada di dalam balang hampir 6 bulan. 

Telur gred double A amat membantu dalam menghasilkan tekstur kuih yang ranggup dan rapuh. Ini menjadikan tiap adunan kuih kapit pekay dan likay. Tiap adunan dimasukkan ke dalam acuan kuih kapit mengunakan sukatan yang sama lalu dipanggang sehingga garing. Oleh sebab itu, kuih kapit yang terhasil mempunyai saiz dan ketebalan yang sama. 

Hasil inovasi pengasas kuih kapit dap dap kini boleh dinikmati bersama inti yang sedap dan lazart. Terdapat dua jenis inti premium yang menjadi kegilaan ramai iaitu coklat dan mentega kacang. Kedua-dua inti ini adalah halal JAKIM. 



Rasa inti coklat seakan-akan jenama terkenal (Nutella) sememangnya menjadi pilihan ramai. Inti kacang yang lain dari yang lain dengan rasa seimbang masin manis dan lemak berkrim pula membuatkan ramai jatuh hati. 

Pelbagai jenis topping juga turut disediakan bersesuaian dengan selera pelanggan tidak mengenal usia tua dan muda. 

Jenis topping:-

🍫 Badam 
🍫 Oreo
🍫 Choco Rice
🍫 Bubble Rice 

Antara toping yang menjadi pilihan ramai sudah pastilah badam. Terdapat beberapa variaso gabungan topping yang menarik untuk dicuba: 

🍬All in one (kuih kapit kosong, inti kacang, inti coklat dan topping badam)
🍬 Limited Edition ( semua jenis topping) 



#Kuihkaptdapdap dihasilkan di Kuantan., Pahang namun telah menembusi pasaran sehingga ke seluruh negeri  di Malaysia termasuk Sabah dan Serawak. Dengan mengunakan 'bubble wrap' yang berkualiti tinggi dan hasil pembungkusan yang baik, teliti dan kemas, maka tidak hairanlah jika kuih kapit tidak mengalami kerosakan yang teruk. 

Asbab 'bubble wrap' yang berkualiti, kami turut menjadi antara pembakal bermcam jenis 'bubble wrap' di Kuantan. Teruskan membaca sehingga ke entry 'bubble wrap'. 



13 comments:

Atie Zieya said...

area penang ada tak ni?

Tiara Sapphire said...

sedap kuih kapit ni :D

Rabiahtul adawiyah said...

sedappnya

Fadima Mooneira said...

Wow.......this kuih kaput really look so Dap-Dap. Sesuai jugak dijadikan buah tangan.

Farhana Jafri said...

dah lama tak makan kuih kapit berinti macam ni. Fav sangat kalau choc dengan peanut!

Fadzil Ahmad said...

Meriah sangat dgn inti mcm ni. Harga pon berpatutan sebab penuh isi tu. Boleh ni buat stok cuti panjang ni utk family dtg ziarah

Decamellia said...

Banyak2 jenis kuih kapit, yg original jugak nur suka

Zharif Azis said...

wahhhhh bayak betul inti coklatnya. budak2 suka lah nie. sy nie umur makin meningkat tak berapa gemar benda manis2. tapi kuih kapit original suka lah

Sunshine Kelly said...

Wow kuih kapit ni macam best giller, look at that generous chocolate filling.

Sha Mohamed said...

Sedapnya.. Banyak inti dia.. Yang kacang paling ohsem..

mrspuex said...

sedap kunyah kuih kapit ni.. layannn.. lagi sedap klo dpt soklat meleleh dlm tu..perghh!!

Princesa3290 said...

Sedapnyaaaaa alahai! Seriuos dah terliur sangat ni! Memang minat sangat dengan kuih kapit lagi2 yg dah dimodenlan dgn pelbagai fillings!!!

Zaza Azman said...

Sedapnya kuih kapit.. Za suka yg kosong je tapi kalau ada pilihan ni za lg suka peanut butter. Hahasedappp