EBOOK REVIEW - EXCLUSIVELY MINE BY HANNAZ


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Baru-baru ni, ika ada ternampak satu entry Kasihku Amani mengenai ebook ini. Kak Sha mention ianya free ebook pula, terus pergi claim guna link yang Kak Sha bagi. And tak sampai beberapa minit terus penulis hantar dekat email. Memang cepat :) Sebelum tu, ika nak komen berkaitan ebook. Ada sesetengah penulis yang letakkan password untuk access ebook penulis. Sebab hanya pembaca saja yang boleh access ebook tersebut dgn password yg diberikan penulis. 

Tapi, tolong jadi manusia yang tak amanah! Sebab ternampak penulis Anjell post dekat IG Story dia baru-baru ni yang walaupun dia letakkan password and setiap password tu berlainan ya untuk setiap pembeli untuk memudahkan dia detect siapa yang sebar /jual ebook dia tu. Tetap ada yang buat macam tu. Untuk ebook Exclusively Mine ni juga ada password. Jadilah pembaca yang bijak ok. Walaupun ebook ni free, biarlah semua details penulis sendiri yang beri. 

Source: My Own Picture

PENULIS: HANNAZ 
TAHUN: JULY 2020 
PAGE: 279 PAGES 
PUBLISHER: SELF PUBLISH
FORMAT: EBOOK


"HANYA KAU YANG HATI INI MAHUKAN"


By the way, thanks to cik penulis sebab bagi ebook EM ni secara percuma. First of all, saya enjoy baca every pages dalam ebook ini. Isu yang diketengahkan memang sangat menarik. Isu yang menjadi bualan dan yg paling banyak terjadi di seluruh dunia iaitu suicide & depression. Hanya org yg berada dalam situasi depress saja yg mengetahui. Kita tak boleh judge mereka ini. Kita kena bantu mengatasi masalah mereka. Bunuh diri bukan jalan yang terbaik & sangat ditegah dalam Islam. 

Sinopsis Exclusively Mine.
Source: Goodreads 


Storyline okay. Flow cerita cepat sebab mungkin penulis rasa dia kena cut mana tak penting and fokus yg penting saja. Konflik rasanya mungkin konflik berperang dengan diri sendiri. Sebagai pembaca, saya tak rasa konflik antara Hud & Aiza adalah konflik yang besar sebabnya Aiza dia memang buat hal dia lepastu. Gangguan dari Hud tu pun biasa saja. 

Cocktail menjadi pemanis cerita antara Harriz & Aiza. Addicted betul ya Harriz dengan cocktail yang dibuat oleh Aiza haha. Padahal tu semua mohong ja tu. Haha. Dan rupanya disebalik kisah cocktail, Harriz & Aiza memang saling berkait rapat. Tertanya tanya juga dieorang dua ni sangkut paut ke? Persoalan yg terjawab di penghujung cerita memang memuaskan hati. Laff ❤️

To Hud. Macamtu la rasanya kalau perempuan dah move on. Jangan mintak peluang kedua. Pandang muka pun belum tentu nak. So, jangan la mainkan hati perempuan. Sakit tahu dipermainkan. And to Aiza, saya personally suka dengan watak Aiza yang very straight forward, tegas, tak berpaling ke belakang, sentiasa tahu apa dia nak dan berdikari. Macam mana dia bertegas dgn Hud tu. Kena puji. 

"TO BE ON THE EDGE OF BREAKING DOWN, AND NO ONE IS THERE TO SAVE ME BUT.."

And to Harriz. Watak dia main peranan penting dalam EM ini sebab disebalik apa yg dia ada sekarang, sejarah silam dia memang kita sendiri tak dapat bayangkan. Tak pasti macam mana nak cakap tapi sebab kita yg tak faham keadaan org depress ini memang akan ckp ah sibukkan diri je ah, ala ignore je la. But then bukan kita yg hadapinya. Nasib baik watak Harriz berjaya bangkit. Salute! 


Malas nak fikir panjang, terus imagine yang Harriz rupanya gitu, Aiza gitu. Ah jadiklah ya haha :')
By the way, siapa yang tak tengok lagi Her Private Life tolonglah tengok. best kot! 

Dan manisnya Aiza & Harriz memang macam kau letak gula 8-10 sudu besar dalam jug air . Ah cewah. Part di bilik lukisan Harriz mengingatkan saya dengan scene dalam satu Kdrama iaitu Her Private Life. Congrats penulis!

"I WANT PEOPLE TO KNOW THAT DEPRESSION AND ANXIETY LEADS TO SUICIDE. IT'S REAL. NOT JUST MYTH"

Please, if ada rasa sampai nak bunuh diri sebab depress. Dapatkan bantuan. Bunuh diri bukan jalan penyelesaian. Dan kita sebagai orang Islam. Agama kita memang melarang sama sekali ya bunuh diri. Kita tiada kuasa atau hak untuk mengambil nyawa kita sendiri. Dekatkan diri kalian dengan Allah. InshaAllah. Moga yang baik-baik saja buat kalian semua.  Sayangi diri anda semua :) 

Siapa yang nak baca boleh dapatkan dari penulis sendiri. 

14 Komen

  1. kalau plot berkaitan depression/anxiety mmg best baca kan..atie suka.. boleh la juga nak try mintak ebook ni...

    ReplyDelete
  2. Haritu test gak yang on0 tu, keputusan Sis sangat teruk...adeiii siap kena jumpa pakar...tapi memang yaa sendiri memang tau, sis stress..nak kena baca gak e-book ni laaa..

    ReplyDelete
  3. this type of genre memang favourite sangatlah nak baca. thanks share review

    ReplyDelete
  4. bagusnya , tapi harap siapa yang nak baca tu jujur dan amanah...jangan sebarkan tanpa persetujuaan ...cara awak review pun bagus buat hati rasa nak baca....mesti ada pengajaran yang baik dalam cerita nih...

    ReplyDelete
  5. Nampak mcm best je ebook ni..boleh lah nak cuba dapatkan ebook ni nanti

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, semakin ramai penulis dah sedar tentang penyakit depression nie, tapi tue la, masyarakat kita masih lagi kekurangan ilmu tentang depression... tahniah pada penulis ebook nie..

    ReplyDelete
  7. Tiba2 rasa tertarik nak tengok cerita Her Private Life tu. macam menarik. Wahhh dah ada ebook sendiri. Tahniah !

    ReplyDelete
  8. Her private life mmg dah tgk mmg best. Sebab suka dengan watak utama dia. Dan suka juga dgn watak dlm novel ini

    ReplyDelete
  9. Macam best je bila baca review ni. Masih lagi dalam mood membaca novel so blh try ni. Hehe. Btw blogwalking here n follow ;)

    ReplyDelete
  10. Wahh, novel macam ni pun dah ada ebook ya zaman sekarang. Menarik lah, sesuai untuk mereka yang tengah nak belajar menulis novel macam ni.

    ReplyDelete
  11. skang makin banyak novel jenis ebook kan..lagi senang...menarik juga baca review ni kisah depression ye..skang makin byk drama dan novel pasal depression..

    ReplyDelete
  12. ok menarik ye ebook ni! tapi saya pun ada perception tentang depression, anxiety ni semua. maybe i should read this book!

    ReplyDelete
  13. ammi belum pernah baca e-book sampai habis. selalunya sekerat jalan je. nampak nau oldskul ammi ni nak yg ada physical touch je.

    ReplyDelete
  14. Yeah!! Ika dah baca..
    Part tak bertanggungjawab tu memang ada je..

    Kisah dpression ini memang bagus kalau penulis pandai ketengahkan.. Mendidik pembaca mengenai dpression bukanlah perkara gurauan.. Kadang mereka yang dpression ini dah bagi signal meminta tolong cuma kita je tak perasan atau tak endah..

    ReplyDelete