BOOK REVIEW - BILA KUPETIK GITAR BY FAHMI FAIZ - Jari Jemari Menari

Mar 5, 2018

BOOK REVIEW - BILA KUPETIK GITAR BY FAHMI FAIZ


Assalamualaikum &Hi readers ❤️️
Mari bercerita mengenai buku Travelog dari Fahmi Faiz, " Bila Kupetik Gitar" merupakan satu journal peribadi beliau sepanjang beliau menjelajah ke negara Thai atau senang cerita, backpacker. Ini salah satu buku travelog yang paling nipis yang pernah ika jumpa setakat ni. Kalau tengok dekat kedai buku, buku travelog tebal. Maka, ika sangat curious dengan buku ni sebab dia nipis. Haha. So, apa agaknya yang di share oleh penulis? 

Siapa yang suka baca buku yang santai santai dan tidak sarat. Boleh beli rasanya buku ni. Lagipun, sekadar mengetahui pengalaman org yang sudah berjalan ke negara org. 
Sesuai di baca oleh semua golongan. 



BOOK DETAILS
AUTHOR: FAHMI FAIZ 
PUBLISHER: KARANGKRAF 
PAGE: 114 pages. 
PRICE: RM 10 
YEAR: 2013 



Fahmi Faiz ni bagi ika, dia sangat berani ambik risiko untuk menjelajah ke negara orang dengan bekalan duit yang tidak banyak. Dengan  hanya berbekalkan RM500 untuk 19 hari? Macam mana dia survive huu. Sebab bagi ika, makanan dekat negara not bad jugak mahalnya.  Tapi as a backpacker, dia pandai atur diri dia untuk cari kawasan berehat, makan, mandi serta membeli brg brg kegunaan dia sepanjang di sana. Bagaimana dia dengan sedaya upaya approach Kedutaan Malaysia di sana untuk mendapatkan dana. 

Dan rasanya, salah satu sebab dia dapat survive disana ialah cara pergaulan dia. Dia sangat "in" dengan sesiapa saja yang dia jumpa di sana. Mungkin disebabkan keramahan dia, org selesa dan sudi membantu dia ketika dia memerlukan. 

Ada point dan pengajaran yang kita boleh dapat bila baca kisah ini. Which is, penulis sudah rumuskan di akhir muka surat. Thankyou sebab buat rumusan macam tu. So that, pembaca dapat recall balik apa yang sudah dibaca sebelumnya.



Tapi, sayangnya buku ini akan lebih menarik di mata ika kalau ianya ada high quality punya picture. Mungkin kalau dia bawak kamera digital sekalipun, dia dapat capture a good picture. Sayang sangat sebab sebagai pembaca of course, kita membaca dan nak melihat gambar yang jelas. Dan bukannya gambar yang kabur atau goyang. Mood nak membaca haha automatik akan hilang. Buku travelog patut ada beberapa perkara penting which is, mungkin Fahmi sepatutnya menceritakan dahulu mengenai fakta fakta mengenai tempat yang dia akn explore dahulu sebulum bercerita, so that pembaca akan dpt clear view. Di first page before cerita diselitkan peta & jadual pejalanan. 

Tapi, mungkin konsepnya lebih kepada journal perjalanan dia di sana. Maka, ika seharusnya menerima konsep beliau. Penulisannya ada yang berulang ulang. So, bisa buat mood membaca tu rasanya sama saja dari awal sampai habis cerita. 

Bagi ika, buku ini just nice. Namun, ika salute dengan beliau sebab berjaya menghabiskan jelajah beliau dan sudi menulis dan share dengan pembaca. Its not easy to write a book. Mungkin, akan datang. Dia kena lebih berusaha untuk menghasilkan buku tavelog yang much more better than this. With a good pictures and penceritaan yang lebih detail, menarik, dan mampu memberi maklumat tambahan buat pembaca yang ingin tahu mengenai negara yang dijelajahi beliau. Apa pun, ika bagi credit dekat penulis sebab banyak jugak positive vibes yang dia kasi through this book. 
Thankyou penulis. 

Overall, ika kasi 🌟🌟

Oh ya,ada satu benda menarik mengenai buku ini which is ada banyak quotes yang best. My favourite is: 

HAPPINESS REAL WHEN SHARED

22 comments:

Wani Sukarno said...

macam best kalau buku2 jenis experience macam ni.. tapi gambar pulak blur huhu

Ika.S said...

Memang best kalau baca buku jenis experience org ni. Tapi itu lah, gambar mcm spoil sikit em.

Atie Zieya said...

alamakk if gmbr warna.. mesti lagi menarik

Sha Mohamed said...

Bila gambar tak menarik, pembacaan pun terganggu sebenarnya..

SIQAHIQA said...

Betul. Kalau baca buku ada gambar kita nak tengok gambar yang terang dan sharp, baru rasa puas hati kan. Suka baca pengalaman orang tambah lagi yang backpackers. Sekarang suka tengok instagram backpackersbusuk. Berani betul dia jalan sorang2.

cikyan said...

terbaik la....cikyan pon minat nak ada buku ala ala mcm ni..yela kan...travelog..blh la tengok negara org..ada jugak usya kat popular tu..dah ambik, letak balik..hahahahah...

Ika.S said...

Yes. Memang betul. Taknak compare dengan buku travelog lain since buku ni mcm dah lama kan. HEE. Ika suka baca pengalaman dieorang. berani sangat explore huu. kalau ika, kena berteman.

Ika.S said...

Betul tu kak. Ika rasa kita pembaca memang ada rasa yang sama.

Ika.S said...

Nanti cuba la beli ada mcm satu buku travelog ni. Nanti kalau ada masa ika letak dlm blog. Sbb jenis buku tavelog tu cm okay hee. Kadang tu, nak beli tapi rasa mcm patut beli buku lain kan, tu yang letk tu haha

Ika.S said...

Aah, ika pun rasa kalau gambar okay and berwarna satu bonus untuk pembaca. Selain nak tahu pasal pengalaman org tu, mesti nak tgk je gambar gambar simpanan dia hee

Farhana Jafri said...

tak pernah lagi baca buku travelog tapi setuju dengan ika, kalau gambar tu tak cantik memang terganggu jugak la pembacaan tu.

Miss Iffah said...

wah...bestnya..rasa macam mau baca juga lak...cuma betulah apa yang cik ika cakap... gambar dia spoil sikit...kita sudah rasa excited mau baca sambil usha gambar.. tapi at last, gambar kurang jelas..hahha.. tapi part quotes tu, memang best.. sa suka...sa suka..

Shikin Razali said...

Walaupun gambarnya agak kabur tapi sekurang-kurangnya dia berani mencuba untuk dibukukan, bukan senang tau.. hihi

Aina Akmal said...

Mungkin dia lebih mementingkan pengalaman dia berbanding mengambil gambar, sebab tu gambar dia kurang menarik.Dia living in moment lah.. camtuhh.

tapi sebagai pembaca kita tak kisah laburkan sikit lagi duit untuk gambar yang berkualiti untuk hasil pembacaan yang lebih seronok. kan? ^^

Tapi tak apa, benda boleh improve. kan? Heheh.

anakdenesor said...

at least dapat info sket tempat mana die pergi kan ngan cmner die survive..okeh boleh consider beli sbb harga die mampu milik

Rini Ismail said...

Setuju pasal gambar dan info pasal tempat tu. Tengok gambar kabur memang mood terus ke laut..

Ika.S said...

Hee sebenarnya gambar pun main peranan penting. kan kan? Hee :)

Ika.S said...

Hehe dalam buku ni banyak jugak quotes :) Semua quotes best best hehe. Cuma part gambar tu mcm tu la hee. Nak buat mcm mna. Lagipun kena dengan harga. Content dia not bad. so boleh la kalau nak beli and baca hehe.

Ika.S said...

Yes. Ika salute dengan sesiapa saja yang keluarkan buku. Sbb it's not easy at all. hehe

Ika.S said...

Sangat sangat boleh improve. Ika ada beli satu lagi buku travelog dia. And buku yang kedua ni tebal hehe. Tak baca lagi hehe. Yes, mungkin dia kuat dekat bahagian content. Cuma gambar sahaja kurang sikit. Hee. overall okay je buku dia hee.

Ika.S said...

Yes. Ika suka baca part cmna dia boleh survive. Kalau ika cm panik jugak if duit yang bawak tu tak cukup huhu. Yes, harga sgt mampu milik hee.

Ika.S said...

Bagi ika, if gambar tu black and white okay je. Tapi kalau goyang and kabur hee?