Assalamualaikum & Hi readers ❤️️
Lately ni, ika banyak baca ebook. Sebab utamanya malas nak selak buku. Kalau scroll tak apa. Boleh macamtu?. Haha. Kalini, masih penulis yang sama iaitu, Ayeshah Amani. Dia sekali lagi bermurah hati berikan ika free ebook ini untuk ika baca. Katanya, ini merupakan ebook yang ditulisnya ketika awal MCO haritu dan ianya bertujuan untuk charity.
Ini ulasan ringkas sahaja ya gais. Bismillah.
PENULIS: AYESHAH AMANI
PUBLISHER: SELF PUBLISH
YEAR: 2020
PAGE: 91 PAGES
"Dia bisa syurga, bisa nerakaku"
Permulaan cerita yang baik untuk saya teruskan membaca. Watak hero (Adam Huzair) dengan automatiknya saya cop sebagai mental dan pembunuh. Sedikit pun tidak ada belas kasihan. Sungguhpun dia berdendam, alasan untuk dia bunuh darah daging dia tak boleh diterima dek akal. Emosi betul bila baca. Ini betul betul mental and physical abuse ya. Dasar Adam.
Pada saya, watak heroin pula memang tabah sebab kena menghadap perangai suami yang macam syaitan. Ditempatkan di sebuah tempat yang asing, difitnah dan dia tak berdaya untuk melawan suami dia. Sebab kuasa juga. Adam Huzair mempunyai kuasa yang kuat dan dia suka hati buat apa yang dia suka termasuk ugut mak dan bapa mertua dia. Wei mental kan? . Dalam tak daya heroin dia melawan juga Adam ni. Perempuan lemah tau, kalau kena hentak memang tak boleh buat apa la. Sedih betul baca. Nak tolong, ini kan cerita hehe. 😂
"Dah lama aku rancang semua ini.."
Kalau ikutkan ayat diatas, tak pasti la kan. Tapi pada pendapat saya, Adam Huzair bukan split personality kot?. Dia memang dah rancang baik semuanya. Mungkin dia tak dapat control diri dia dari bertindak berlebihan mcmtu sampai ada yang terkorban. Dia tak dpt nak fikir mana baik atau buruk bila dia panas hati. Dia gadaikan nyawa org lain sebab marah dkt org lain. See. Macam budak takleh fikir panjang. Tapi kan org kata, disaster/broken family akan menjadi salah satu sebab mengapa seseorang itu berubah sikap. Tapi, depends. Kalau kita boleh didik diri kita untuk menerima qada qadar yang Allah dah tetapkan dalam kehidupan kita. Mesti itu bukan alasannya.
Kaitan antara hero heroin dan watak tambahan menjadi satu penambah perisa yang baik. At the end of the day, you also can predict by yourself kan cuma korang tak tau apa konflik dan klimaks cerita ini. Kena baca sendiri la. Kalau saya jadi isterinya, memaafkan itu mungkin iya tapi utk melupakan perbuatan sang suami memerlukan masa yg sangat lama sebab perbuatan suami yg keterlaluan mmg boleh buat manusia normal menjadi gila.
Not bad, bacaan santai yang boleh dibaca.
Inilah projek antara penulis yang penulis katakan. Ika tak pasti sama ada semua ebook ni masih boleh dibeli. Korang boleh pm pernulis :) |
5 comments:
Nice jalan cerita dia.. Kak Sha pun rajin beli ebook, sennag nak baca sebab dah ada dalam hp kan.. hehehe
ya allah psikonya hero dia, berdendam sampai tahap membunuh seriusly i cant brain why jadikan dia sebagai hero..haih!!!
takde mood nak baca e-book. buku fizikal pun seminggu boleh baca berapa chapter je, jenuh juga nak habiskan satu buku sekarang. banyak tengok drama je sekarang..haha ♕Tiara Sapphire♕
selalunya org yg tak berdaya and always disisi suami walau suami tu gila..
sebab SAYANG kan... haihhh.... love always the reason for everything
huhu.. berdebar baca sinopsis
uiii psikonya lelaki tu.. jalan cerita nampak macam best
Post a Comment