COMIC REVIEW - WIRA KERA : LEGENDA SEORANG RAJA BY HAFIZ ISMAIL - Jari Jemari Menari

Feb 9, 2021

COMIC REVIEW - WIRA KERA : LEGENDA SEORANG RAJA BY HAFIZ ISMAIL

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️️





Jadi, pertama sekali. Komik Wira Kera ini berjaya mendapat rating 5 star dari saya untuk tahun ini. Ika pilih untuk baca Komik Wira Kera: Legenda Seorang Raja sebab mengingatkan saya dengan siri drama cina yang mempunyai karakter bernama Sun Wukong. Sun Wukong yang terkenal di serata dunia dan jika tidak silap di Malaysia, ditayangkan di NT7. Lama sudah, masa tu ika sekolah rendah lagi. Okay okay. Kita sambung ulas.

Harga: RM 12 (SM) / RM 14 (SS)

Pelukis: Komik: Hafiz Ismail 

Mukasurat: 111 mukasurat tidak termasuk kulit buku & beberapa selingan iklan.

Ika alert dengan idea penulis yang mengambil sedikit idea watak kera Sun Wukong ini sebagai peneraju utama untuk komik ini. Tapi ika tak kisah sebab ika tahu juga tidak mungkin saudara Hafiz akan membuat storyline yang sejibik sejebon macam Wukong. Sebab tengok cover komik pun boleh tahu ada banyak lagi watak-watak yang menarik.

"Kera jadian yang disangka sudah pupus ratusan tahun dahulu tiba-tiba muncul dan membuat huru hara di perkarangan istana negeri Malakka." 

Yang menjadi tarikan utamanya ialah kerana penulis memasukkan elemen nusantara yang sudah sebati dan familiar pada kita semua. Walaupun nama-nama negeri telah ditambah dengan perkataan lain namun masih terasa seperti betul-betul la ada dekat negeri tu. Macam contoh: Malakka. Sah-sah negeri Melaka kan?.Terasa aura kemelayuan. Jadi, komik ini memang sesuai dibaca oleh semua peringkat umur. Diselitkan juga unsur-unsur jenaka & aksi. 

Seterusnya, kita akan berkenalan dengan watak watak haiwan jadian dalam ini. Menarik idea saudara Hafiz. Seolah olah macam berada di satu zaman kesultanan Melayu yang mempunyai campuran jenis keturunan.Antara keturunan haiwan jadian yang semakin pupus ialah kera jadian. Munculnya Kara Andika ini pada suatu hari menimbulkan kekecohan kerana dia merupakan spesis pupus yang masih hidup.  Kara Andika memang comel sangat. Terhibur dengan telatah kera dia. Sejenis degil, suka cari gaduh, cakap lepas, jujur dan asal boleh. Nak cari gaduh dengan semua orang yang dia jumpa dan berdendam. Watak tambahan yang lain juga memainkan peranan penting dalam menyerikan Wira Kera. 🙊 Laff sangat. 

Ika enjoy sepanjang baca komik ini. Geram rasa nak colour je. Sebab ika rasa kalau la komik ni berwarna, perasaan ika lagi ekstra teruja. Illustrasi jadi lebih jelas sebab ada perbezaan warna. Tapi taknak la demand dan tamak haloba. Black and white pun saya rasa dah okay dah. Tapi bila jadi tamak yang masalah tu. Tak sabar nak tunggu sambungan sebab nak beli and baca. Ah please la keluarkan cepat sikit haha 😅Tahniah saudara Hafiz. All the best dengan komik seterusnya. 


Jika kalian berminat untuk dapatkan Wira Kera 01 ini. ika akan sertakan link ke Komik M atau PTS. 

Facebook Buku PTS

Facebook Komik M


20 comments:

Syeeda said...

Jom semak pemenang sayang giveaway by syeeda :
https://syeedasaniey.blogspot.com/2021/01/pemenang-sayang-giveaway-by-syeeda.html

Min said...

Wahh, menarik nih..saya suka baca komik macam nih dulu2 la..haha !

Decamellia said...

Lana dah nur tinggalkan dunia komik. Nice juga ya komik ni ada selitkan element zaman kesultanan melayu. Berminat nak baca

Atie Zieya said...

unik gila cerita ni

Ruby said...

Dah lama akak tak banyak komik! Menggamit nostalgia betul. Thank you share tentang komik ni. Nanti kalau jumpa kat bookstore bleh beli.

Rawlins GLAM said...

Lama betul rasanya tak baca komik. Macam nak terjebak balik haha
Dulu suka baca komik Alam Perwira

saidila said...

Dah lama tingglkan dunia pembacaan komik sejak dah beranak pinak , kalau dulu memang jadi collector komik2. Seronok baca komik nih sebab boleh hilangkan stress dan buat hati rasa gembira. Tapi nanti nak cari jugaklah untuk bagi anak-anak baca sebab anak-anak pun minat baca dan kumpul komik. Lagi-lagi ni komik keluaran tempatan lagilah kena support.

Bella Jamal said...

Kalau berwarna lain pula la harganya kan. Btw dulu mmg layan komik. Penuh umah ni. Skrg dah tua tk sempat baca komik dah. Hehe.

Bae Roslan said...

dah lama tal membeli komik. kalau bersambung ni geram nak menunggu next episode tu

Izaramli said...

Macam best pulak. Dia ala-ala boboboi. Dah lama sangat tak baca komik. Tapi iza tak pernah baca komik melayu macam ni. Boleh try ni.

Izaramli said...

Lama dah tak baca komik. Tapi iza tak pernah baca komik melayu maca ni. Cerita dia ni macam best. Boleh la try cari jugak nanti.

warda said...

saya pun dah lama tak baca buku komik ni. selalu tengok buku kat Buku Projek je. sekarang pun banyak buku saya tak sempat baca lagi.

Nina Mirza said...

Wah... Komik! Masa remaja dolu dah 25 thn lepas selalu baca komik. Boleh laaa usha this komik menggamit nostalgia. Jadikan hobi untuk anak-anak pula mengenal komik

Sis Lin said...

Hahaha sama macam Sis tau, kalau baca komik putih gitu, jari gatal nak color, seba pernah terjadi, habs satu buku Sis colornya hahaha.. lama juga tak baca komik gini..

Slumber Lady said...

Menariknya! Karya tempatan pula tu. Dah nak dekat umur 30 ni mmg kurang dah baca komik-komik. Hehe. Pass baton kat anak je.

Wai Yee aka Rane said...

I love to read comics books too. Agree with you kalao got colors is more nicer to read hehe

Sha Mohamed said...

Adoi.. Komik dari siri Komik-M ini tak pernah tak best..

Rolling Grace said...

this seems like such a fun comic to read! reminds me of our good old days back in the 1990s :)

Sunshine Kelly said...

This Komik Wira Kera macam interesting juga, i think there is Chinese version too.

Kitkat Nelfei said...

Wow, teringat zaman sekolah rendah dulu selalu kumpul duit sebab nak beli komik2 macam ni.. nostalgia betul masih ada penulis yang menghasilkan karya mereka dengan black and white lagi.. (Y)