BOOK REVIEW - MANUSCRIPT BY SAIDEE NOR AZAM - Jari Jemari Menari

Feb 1, 2018

BOOK REVIEW - MANUSCRIPT BY SAIDEE NOR AZAM


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️
Hi February. 
Kalini nak review buku Encik Saidee Nor Azam, Manuscript. Ika baca dah lama dah. 



Last year rasanya. Baru la nak mengreview harini. 
Ika mula terminat nak follow up semua buku karya Encik SNA lepas  baca buku beliau bertajuk Margasatwa 1 & 2.
 Sepatutnya, ika kena review Margasatwa dulu. Tapi, ika lupa nak ambil gambar novelnya. Nanti, ada kesempatan, ika review karya beliau yang lain. 
MANUSCRIPT 
"JANGAN BIARKAN DIA WUJUD" 
AUTHOR: SAIDEE NOR AZAM 
PAGE: 448 PAGES 

                                                        SINOPSIS                                                          

Iman Zaman seorang novelis seram tersohor, sudah tidak mampu menulis cerita seram lagi. Semuanya bermula setelah dirinya mengalami masalah rumah tangga dengan isterinya, Diana. Dalam diam, dia mengesyaki Diana curang. Namun, Diana tetap membantu Iman mencari sebuah ruamh sewa di kawasan pendalaman semata mata ingin membantu Iman menyiapkan karyanya. 

Di rumah disewanya, Iman telah menjumpai senaskah manuskrip lama yang belum lengkap. Dia mula bercadang untuk memplagiat karya itu. Sejak itu, Iman sering diganggu pelbagai kejadian seram dan aneh. Termasuk kehadiran seorang lelaki yang menyuruh Iman menyiapkan segera manuskripnya. 

Seorang lelaki misteri yang sering menggangu Iman? Adakah dia wujud? Apakah misteri disebalik manuskrip itu? Apa yang pasti, manuskrip itu seperti menyimpan seribu satu rahsia yang terpendam. 
____________________________________________________________________

                                                           MY REVIEW                                                              

Jalan cerita yang bagi ika senang utk diabsorb. Bak kata orang, senang untuk dihadam. Watak utama, Iman yang hadapi writer's block buat dia mulakan misi baru untuk cari idea di tempat lain. Watak iman ni bagi ika, ika kesian kot dekat dia. Sebab dia mengalami mcm mcm benda dalam hidup dia. Isteri pun curang. 

Geram gila kot dengan watak Diana & Brado. Dia punya menyirap geram baca novel suspen camni dah bertukar jadi emosi emo emo. Haha. BIG NO la curang curang ni. Tak suka, tinggalkan je. Jangan nak menganiayai orang pulak and pls jgn tamak haloba sangat. 
"EH DIANA, PENAMPAQ MAU?"

Ika okay je dengan cerita yang dimulakan dengan slow slow dulu. Takda la macam bab pertama best, masuk bab last. Kelaut dah. Yang tu, ika tak gemar sangat. Biar merangkak slow dlu, lepastu perasaan seronok curious tu yang ika nak bila dah lama baca. 

Ika suka bila Encik SNA create dan combine cerita dia jadi satu cerita yang unik which is dia create mengenai manuskrip lama, bunga roselle, Fatin Suhanna, lelaki misteri. Banyak. So, boleh nampak colourfulnya jalan cerita dengan apa yang dah dicreate oleh penulis. 

Tapi, ika kena akui. Manuscript ni satu percubaan yang baik oleh penulis. Sebab, penulis sebenarnya menulis dengan sangat baik dalam Margasatwa 1&2. So, penulis dah dibayangi dengan karya yang itu. Mungkin, manuscript ni ada la kurang sana sini. Tapi, it's okay. Apa pun, menarik juga bila menulis sesuatu yang berlainan. Thumbs up. 👍 / ⭐️⭐️⭐️⭐️

Ika recommend this novel. Berbaloi beli. Just nice. 

10 comments:

Hanachie said...

Macam best je kak Ika ^^ tapi kalau ada selit curang2 ni Hana elergik sikit ah... hahaha ^^

Ika.S said...

Hahaha dia jadi allergik kan. Tapi, itu la. Haha. Nasib baik cerita ni fokus lebih dekat watak utama dari watak jahat tu haha.

Sha Mohamed said...

Yup.. Ceritanya memang best.. Akak pun suka.. dah baca dan review juga.. Ika ada akaun Goodreads ke? kalau ada, bolehlah add akak..

Azhafizah MN said...

Bagus rajin baca buku. Macam Fiza xcukup masa nak membaca buku. plus, tak suka sangat baca novel. lebih suka komik camtu ^_^

cikyan said...

alaaa ika..kata tak rajin amik gmba buku...amek kau, bila dah amik.. versatyle lg tu... kerlass kau jah ! cikyan teringin nak review buku.tp xcukup masa pulak nk review..aduiii laaa haiiii...

btw good sharing... nnt cikyan nak cari..

Rini Ismail said...

Macam best jer cter ni..kami pun ada simpan novel Saidee tp tak ingat tajuk apa. Boleh masuk bucket list to buy la novel Manuscript ni

Ika.S said...

Hee. Ika ada baca akak punya review. Like long time ago kan. Hee. Ika je ketinggalan baru nak review. Ada goodreads. Nanti ika follow akak :)

Ika.S said...

Hee. memang minat baca dari sekolah. Buku novel laju je.Kalau buku belajar haha siap menguap lagi bila baca. Hee komik pun best. Cuma ika layan beberapa komik je. Hee. Takpe la awak. Komik pun bahan bacaan jugak.

Ika.S said...

Haha cikyan ni. Gambar biasa je cikyan. Ni gambar lama ni. Nanti ika nak bagi semua gambar pattern sama je. Nak samakan tu yang malas tu.
Review la cikyann hee. Buku buku yang cikyan suka baca. Ika nak tau :)
Thankyou cikyan. Hee selamat mencari.

Ika.S said...

Hee best la. Bagi ika, just nice. Tidak la menghampakan hee. Saidee Nor Azam ada banyak dah novel novel dia pernah tulis. So, maybe awak ada one of buku dia yang lepas lepas.