Bersyukurkah Kita ❓ - Jari Jemari Menari

Mar 13, 2018

Bersyukurkah Kita ❓



Assalamualaikum &Hi readers ❤️️
Before apa pun, ika nak bagitahu yang entry ini tidak merujuk kepada seseorang yang specific. Ika menulis entry ni berdasarkan pemerhatian saja. Jangan judge entry yang ini. 

Semalam, terdetik dalam hati ika sesuatu bila ternampak satu gambar ni. dekat google Bila muhasabah diri tu, kita akan nampak satu benda yang bagi kita kecil, tapi besar sangat untuk orang lain. Bersyukur kah kita dengan nikmat dan rezeki yang Allah berikan buat kita setiap hari? 

Panjang umur, dapat bangun setiap pagi pun satu pemberian Allah yang kita patut bersyukur. Apa saja rezeki yang kita dapat tu, ada juga rezeki orang lain. Bila tengok mcm mana negara lain yang susah tak ada makanan, minuman, tempat tinggal, dan kemudahan lain. Ika rasa kita dekat Malaysia ni boleh dikatakan mewah bab bab benda ni semua. Kadang tu, bazir je buang makanan sebab tak sedap. Beli mahal, tapi senang senang buang. Ralat tengok. Memang itu duit dia, tapi entahlah. Em. 

APA MAKSUD SYUKUR? 
Syukur berasal dari perkataan arab yang bererti berterimakasih. Menurut istilah, bersyukur adalah berterimakasih kepada Allah atas kurnia yang dianugerahkan kepada dirinya. 


Sebab tu, jenis ika. Ika kalau makan. Tetap akan habiskan walaupun makanan tu kurang sedap. Seboleh bolehnya, ika habiskan sebab taknak membazir. Negara lain yang susah kalau dapat makanan kita, mesti depa seronok. Lagi lagi bila bulan Ramadhan. Macam macam ada. Ika tengok depa yang kat sana makan rumput la, kertas, pasir,serangga,kayu em. Bukan makanan sahaja ya. Sebenarnya ikutkan, banyak jenis rezeki yang Allah bagi dekat kita. Tapi, kita selalu pertikaikan sebab tak cukup buat kita. 

Antara nikmat yang Allah berikan buat kita ialah: 
  • Nikmat Fitiryah: Sihat tubuh badan. Diberikan anggota badan yang lengkap. Sihat tubuh badan pun, kadang kadang berikan alasan mcm mcm bila nak bekerja. Yang serba kekurangan kadang tu lebih rajin bekerja. 
  • Kesihatan yang baik. 
  • Alam: Udara, Air, Angin, Hujan, Matahari. Semua semua la yang ada disekeliling kita. 
  • Nikmat Ikhtiyariyah: Nikmat harta. 
  • Nikmat Keamanan. Kalau la kita ni negara yang kacau bilau. Nak beribadat, menuntut ilmu, bekerja pun susah. Betul kan? Maka, keamanan yang kita ada sekarang ni haruslah dijaga. 
  • Hidayah Beragama Islam dan nikmat Iman. Nikmat yang paling besar di mana kita dapat menilai kebaikan dan keburukan. 





Eating dirt? Allah. Tak sanggup betul rasanya nak tengok gambar ni lama lama. Doakan semoga mereka sentiasa dipelihara Allah. Dilindungi dan dijaga oleh Allah sebaik baiknya. Dan kalau kita lihat sekeliling kita, ada juga yang serba kekurangan. Yang jauh lebih susah dari kita. Sebab ika pernah terjumpa seseorang yang nak makan pun takda duit em (boleh click link di bawah utk baca entry tersebut) Ika harap yang lepasni, ika berpeluang untuk bantu mana yang ika boleh. 



Jadilah hamba yang sentiasa bersyukur. 
" Dan jika kita menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Qs, Ah Nahl: 18)

STOP COMPLAINING. LOOK AT ALL THE BLESSINGS YOU HAVE. ALHAMDULILLAH. ❤️️


24 comments:

anakdenesor said...

ya allah sedihnya...sedih sgt tgk..

puankuci said...

Allah.. Semoga kita sentiasa beringat untuk terus bersyukur..

Rini Ismail said...

Allahuakbar..sedih tengok mereka tak dapat apa yang kita ada. Semoga saya terus belajar untuk sentiasa bersyukur. Kalau Ika nak hantar artikel pada majalah, boleh check sini ye
http://www.nurzariniismail.com/2018/03/berita-baik-untuk-blogger.html

Sha Mohamed said...

Allah.. Sebab tu Sha selalu marah anak-anak Sha bila tak habis makan mereka buang je.. Syukur dengan semua yang kita miliki.. Even bangun tidur masih bernafas pun satu nikmat kan Ika..

Anonymous said...

Masa kita hadapi masalah, kita selalu mengeluh. kenapa hidup jadi macam, kena begitu. Tapi kalo ingat balik dari pengalaman orang lain yang melaluinya seperti di syria, dipalestine, hidup mereka lebih susah dari kita sehingga hilangnya kehidupan mereka yang ingin dicari, hilangnya kasih sayang, makan pun tak cukup. Yang diorang fikir hanya nak selamatkan diri. Jadi jika dibandingkan dengan hidup kita skg yang hanya hadapi masalah rutin, masalah cinta,masalah kerjaya.. Bersyukurlah..:') anyway nice artikel.. moga semua sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.

Ika.S said...

Betul. Masalah yang kita hadapi sekarang ni dalam kehidupan seharian kita ni ada yang mempunyai jalan penyelesaian nya. Tapi di luar sana, kita pun tak boleh nak imagine macam mana keadaanya since depa pun sangat la mengharapkan keamanan dan yang lain lain yang kita ada sekarang.

Ika.S said...

Takpe kak sha. Dari kecik, kena tegur pasal makanan, pembaziran, rezeki apa semua ni. Sebab kalau dari kecik kita tegur, dah besar mesti depa ingat pesanan kita. Percayalah. Sayang makanan tak habis makan. hee. Betul kak sha, bernafas juga satu nikmat Allah. :)

Ika.S said...

Bukan awak saja, tapi peringatan untuk ika dan yang lain lain juga. Semoga kita semua sentiasa terima apa saja rezeki yang Allah berikan tanpa rungutan :) Eh, nanti ika dm awak eh eh. hehe

Ika.S said...

InsyaAllah kak. semoga kita semua beringat :)

Ika.S said...

Iya AD. Sedih tengok. Taktahu nak cakap mcm mana. Sebab tu ika terus up entry ni. Sebab sometimes, ya la kan. Manusia kan mudah leka. Ika harap entry ni bermanfaat buat semua.

Zati Salim said...

allahu :(
sedih tengok..
walau ape pon yg kita ada patut bersyukur..

sitirohaida said...

ala..sedih tengok orang tu...kita bersyukur kat sini semua cukup walau tak banyak mana pun kan...

Illya LeYa said...

Setuju... Kita perlulah bersyukur dengan apa yang kita ada

Aina Akmal said...

yup, kita selalu tak bersyukur dengan apa yang ada, suka tengok yang atas berbanding yang bawah, tambahan dengan kewujudan media sosial yang makin memudahkan kita untuk tengok 'kesenangan' orang lain sampai lupa kita akan nikmat yang ada di depan mata.

thank you for reminding us! :D

Faudziyah Haji Ariffin said...

Salam singgah.
Akak memang setuju sangat. Selagi boleh di habis kan makanan dalam pinggan akan dihabiskan walaupon sebiji nasi. Biar orang kata kita lapar, asal jangan membazir rezeki ALLAH...

Azhafizah MN said...

Alhamdulillah..kita kena bersyukur dengan apa yang kita miliki hari ini.

Hanachie said...

Kalau ikut jawapan Hana memang tak bersyukur T^T asyik complaint ja... :( thank you untuk entri yg memberi kesedaran ni ^_^ hopefully kita sentiasa bersyukur :D

Farhana Jafri said...

betul tu ika, kadang sekecil perkara pun boleh buat kita bersyukur. Ada orang nak tidur malam pun tak mampu. Nak minum air pun tak lepas. Kalau rasa down sangat dengan kehidupan pun bila pandang balik apa yang kita ada tapi orang lain tak ada memang rasa syukur sangat2 walaupun tak lah gah mana tapi cukup untuk hidup.

Sha Mohamed said...

Betul tu Ika.. penerapan tu kena mula dari rumah dan dari mereka kecil..

Anonymous said...

sedihnya tengok pic tu. shu pun kalau bab makan ni sedap tak sedap tak memilih, sebab terpikir orang yang susah dapat makanan berlapar. kita yang senang dapat makan ni patut bersyukur sangat. mungkin bukan rezeki kita dapat makanan yang sedap, tapi masih boleh makan.

She Is Farahain said...

ain datang terjah blog awak.-farahain zfa-

ShirVen said...

Ye, kita sering lupa bersyukur dengan nikmat kehidupan yg ada. Great n3 ika

aizamia3 said...

Tak sanggup nak tengok gambar tu lama-lama.. :(

Bila melihatkan gambar tu, rasa bersyukur sangat-sangat dengan apa yang ada.. :)

SIQAHIQA said...

Rasa bersyukur sangat dengan apa yang ada. Manusia kekadang mintak yang lebih tanpa sedar apa yang kita dah ada. Moga bersyukur sentiasa ada dalam diri kita :)