May 14, 2018

# Movie

MOVIE REVIEW - A QUIET PLACE


Assalamualaikum &Hi readers ❤️️


Since cousin ika mai sini sebab cuti lama. Kami adik beradik pi la midnight movie dekat Strand Mall. Lama decide nak tengok cerita apa. Sebab ika perasan banyak movie horror and thriller dekat cinema. Sebab ika dah tengok Truth or Dare and Rampage. Adik lelaki ika dah tengok Avengers. So, 3 movie ni exclude. Last minute plan nak tengok A Quiet Place. 

Ika tengok dekat #RekomenFilem dekat twitter. Ramai suggest movie ni and feedback not bad. I've no idea at all movie ni sebenarnya apa. Malas nak tengok dia punya trailer. So, memang pergi menonong je dekat cinema. Haha. 


SYNOPSIS

A family is forced to live in silence while hiding from creatures that hunt by sound. 
Director: John Krasinski 
Stars: Emily Blunt, John Krasinski, Millicent Simmonds. 

REVIEW 

IF THEY HEAR YOU, THEY HUNT YOU. 
Sepanjang pengalaman tengok wayang. Tak pernah masuk wayang yang senyap sesenyapnya. Haha. Sebab starting movie ni je memang senyap. Kita pulak serba salah nak mengunyah popcorn. Haha. Bunyi kunyah popcorn lagi kuat. Suka dengan konsep cerita ni. Kurangnya dialog buatkan penonton fokus 100%. Sebab kalau tak silap. Ada beberapa ketika je, pelakon bersuara. 

Dah katanya, kalau berbunyi, dapat menarik perhatian makhluk tu. So, kena la terima situasi senyap macam tu. Dieorang communicate guna bahasa isyarat. 


Cerita kekeluargaan yang banyak pengajaran boleh diambil. Mungkin bagi hangpa yang tak suka tengok cerita jenis macam ni Tak boleh nak suggest suruh pi tengok. Cerita ni sebenarnya pasal macam mana family ni survive. Tak mudah nak survive sebab dalam alam nyata pun, kita tak boleh dok senyap ja. Mesti nak bercakap dan kelentung kelentang bising. Ish. 

Suspen! Curious! 



Sebab boleh pulak mak dia mengandung. Nak ada baby. Nak bersalin lagi. Semua tu mesti akan attract punya makhluk ni. Tapi dieorang dah prepare a lot of things untuk sambut kedatangan org baru. Bilik kalis bunyi. DIY sendiri dan banyak lagi. Cuak tengok mak dia masa nak bersalin. Ika tak rasa lagi. Taktahu rasa macam mana. Tapi, hangpa yang dah pernah ada experience bersalin. Imagine la bersalin tapi kena senyap. 

Kalau korang nak tengok macam mana mahkluk yang makan org ni boleh google Until Dawn Creature. Lebih kurang la. Scary dan mengelikan jugak tengok. Sebab macam banyak benda tajam tajam dekat muka dia. Aneh sangat. 

Banyak scene yang mendebarkan. So siapa rasa nak tengok tu, boleh pi cinema terdekat and tengok. Overall, ika rasa movie ni macam nak sama dengan cerita Alien. Hoho. Cuma uniknya dia punya cerita in senyap. Dan kita akan automatik fokus. 

Tak boleh nak review secara details. Kalau tak nanti jadi spoiler. Haha. 

RATE⭐️⭐️⭐️
Tak kata bosan, tak kata best sangat. Kalau nak tengok. Boleh saja. Hee. 
Apa cara nak bunuh mahkluk ni semua? Siapa yang hidup? Siapa yang mati? Macam mana rupa mahluk tu? Sesenyap manakah?
See you gais in next entry.





7 comments:

  1. Tak pernah tengok lagi citer ni.. in shaa Allah nanti nk tgok..

    Aerill Hassan

    ReplyDelete
  2. Suspen la pula ... Ingatkan review habis td, hehe...

    ReplyDelete
  3. Pergh!! Memang suspen ini.. Ramai yang review pasal cerita ini.. Nak tengok tapi tak berapa nak berani.. kikiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee. Kalau kak sha nak tgk boleh je. Tgk smbil tutup mata hehe.

      Delete
  4. akak kalau cerita ala2 nak seram sejuk nih tak berani sangat nak tengok walaupun dalan keadaan senyap

    ReplyDelete
  5. macam tak logik bila diorang nak ada anak lagi bila hidup dalam kawasan macamtu

    ReplyDelete