MOVIE REVIEW - HICHKI

11:17 AM


Assalamualaikum &Hi readers ❤️️

Dah lama tak tengok cerita hindustan baru. So, ika start google movie baru. Dan terjumpa this movie. Tertarik sebab pelakonnya Rani Mukerji. Lama tak tengok dia berlakon. Dari poster dapat agak yang mungkin cerita ni ada kaitan dengan sekolah. Hee. Sebab ada budak budak sekolah kan. Tapi kenapa Rani posing macam tu? Pegang dagu? 

Dalam cerita ni, kita akan diperkenalkan dengan satu sindrom yang dinamakan sindrom Tourette. Ianya adalah gangguan pada saraf otak (neurological) yang mengakibatkan berlakunya tingkah laku, perbuatan atau kata kata diluar kawalan, tidak sengaja atau berulang ulang yang dikenali sebagai tics.

Dalam cerita ni, Rani akan kerap mengeluarkan bunyi seperti "CAK,CAK". Nampak macam gagap. Tapi ini lah sebenarnya sindrom Tourette. 


SINOPSIS 

After several interviews and numerous rejections, a woman has Tourette's syndrome lands a job as a teacher at an elite school. She soon tries to do whatever she can to make he rebellious and troublemaking students realize their full potential. 

Director:Siddharth Malholtra  



REVIEW

Ika suka sangat cerita ni. Tak macam cerita hindustan typical. Ini lebih kepada motivation, inspiration, dan berunsurkan pendidikan. Mengingatkan ika dengan beberapa lagi movie hindustan berkonsepkan macam ni. Nanti. Ika listkan di bawah. Macam yang ika kata, uniknya movie ni is cikgu ni ada special sindrom. Dia akan sentiasa mengeluarkan bunyi dan itu salah satu sebab kenapa dia tak dapat kerja as a teacher. Good job Rani. Lakonan ohsem as usual. 
  • Taare Zameen Par
  • Chalk and Duster 
  • 3 Idiots

Hampir 5 tahun menunggu. Finally, Naina Mathur (Rani) dapat jawatan sebagai cikgu. Tapi, ditempatkan di dalam kelas murid bermasalah seramai 14 org, kelas 9F. 14 orang macam 40 orang. Huru hara, nakal, banyak main dan kuat mengusik. 


Since Naina ni sangatlah minat mengajar. Dia tak putus asa untuk tarik perhatian budak budak tu walaupun macam macam dia kena. Dia create new study environment, interesting method of study and many more. Dalam cerita ni, kita boleh dapat banyak sangat pengajaran. Memang, hakikatnya in real life. Ada berlaku penindasan terhadap murid murid yang lemah. Dipandang serong oleh guru. Guru tak percaya dengan potensi diri murid, abaikan dan memperlekehkan. Ada. 

Naina ni usaha jugak untuk pulihkan keadaan dan dapatkan kepercayaan dari pengetua sekolah yang budak budak ni boleh dapat result bagus for final exam. Kalau korang nak tahu cara apa Naina ni guna untuk tarik perhtian depa. Kena tengok la. Ada competition di kalangan student kelas 9F dengan 9A. 

KESEDIHAN. PERSAHABATAN. KASIH SAYANG. USAHA. 
Terlalu banyak sangat mainan emosi. 



Movie yang sarat dengan mesej mesej positif yang boleh kita ambil. . Sebab dalam daily life kita pun. Kita akan jumpa dan hadapi situasi yang sama. Jangan ingat budak yang nakal dan selalu bermasalah tu, tak pandai. Kita selalu ada mindset macam tu.Apa pun, tak rugi untuk kita tengok cerita ni. Boleh tengok seisi keluarga. 

"THERE ARE NO BAD STUDENTS, ONLY BAD TEACHERS" 

Good quotes. Deep. ⭐️⭐️⭐️⭐️
Selamat menonton gais. Taknak la jadi spoiler. Kalau korang nak tengok apa jadi dekat Naina dengan 9F? Boleh tengok online yang ada subtitle ya. Hee. Enjoy. 

You Might Also Like

8 comments

  1. tq for review..leh layan ni. lama tak tgk cita hindustan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Most welcome mummy :) Hee. Ada banyak cerita hindustan baru mummy.

      Delete
  2. Memang teringin nak tengok sebab Rani berlakon.. Konsep cerita dia pun menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama Rani tak berlakon kan kak sha hee. Boleh la lari sikit dari cerita cinta hee. Sekali sekala kan :)

      Delete
  3. Daripada review awak dah rasa tertarik nak tengok lagi lagi Rani berlakon mesti best :) Thank you for the review :D

    Fatina Mudz

    ReplyDelete
  4. menarik nampaknya cerita ni, akak pun dah lama tak tengok rani berlakon

    ReplyDelete
  5. tak perasan pulak movie ni dah keluar. Nanti nak tengok lah :D

    ReplyDelete
  6. sgt best citer ni.
    aida pun ada buat entri pasal citer ni.

    ReplyDelete

TOP COMMENTATORS ♥

Subscribe