Hadiah Giveaway Readers Heaven - Jari Jemari Menari

Oct 26, 2020

Hadiah Giveaway Readers Heaven

 

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Minggu lepas, ika terima parcel besar dari J&T. Cumanya, ika perasan kotak ika kemek sedikit di bahagian atas dan tepi kotak . Tapi, tak apa la. Ika sendiri pun faham keadaan parcel ni masa dalam perjalanan nak sampai ke tangan ika. Mungkin dicampak, ditindih, ditekan dan sebagainya. It's okay. *sedapkan hati sendiri*. J&T memang boleh dipuji ya. Barang selalu sampai awal dan malam pun ada yang masih hantar parcel. Goodjob. 

Ika ada cuba nasib masuk contest dari Readers Heaven. Kalau menang dapat basic box subscription pula.Apa lagi, join je la. Itupun last minute decide nak join. Alhamdulillah, ada rezeki terselit. Hanya perlu jawab soalan mereka iaitu:- 

"What's your thought about Malaysia Classic literature ?"

A: Bahasa Melayu Klasik ini saya kira ianya adalah cerita-cerita klasik dulu kala di mana dengar lenggok bahasa sudah tahu,baca ayat juga sudah dapat cam, dan banyak pengajaran yang terselit. Sangat dekat dengan kita tapi akan jauh dilupakan jika kita sendiri tidak mengangkat karya melayu klasik sebegini.

Saya rasa bahasa dan cerita melayu klasik seharusnya dijadikan contoh buat generasi muda zaman sekarang. Supaya mereka tahu betapa indahnya bahasa yang digunakan. Puitis, tersirat tersurat, penuh makna dan sebagainya.


Update: Hikayat Malim Deman memang best. Ika dah baca 50 mukasurat dah. Nanti dah habis ika review di sini & IG. 


Apa yang ada di dalam box Readers Heaven? 

  • Hikayat Malim Demam // Pawang Ana & Raja Haji Yahya 
  • Kampung Girl // Umi Kalsom ( Reward as a dropship) 
  • Notebook - Grid 
  • 2 Magnetic Bookmark
  • 1 Face Mask ( Merdeka Edition) 
  • Elastic Bookmark by anthingsunny
  • Glitter Pen
  • 2 Washi Tapes 
  • Random Polaroid Picture - Journal Purpose 
*sepatutnya dapat another 1 book, tapi nanti dah dapat ika update lain okay. 

Of course happy. Sebab dapat banyak benda dalam box ni. Ini dah macam dapat hadiah hari lahir pulak. Lagi-lagi macam masa unboxing tu, kita taktahu apa yang ada dalam box. Seronok. By the way, Readers Heaven merupakan malay box subscription yang pertama di Malaysia. Selalunya, hanya ada di luar negara dan kalau ada dalam Malaysia sekalipun, ianya merupakan English Book. Setiap bulan, RH akan ada tema yang berlainan buat kalian. 

MINI SUBSCRIPTION BOX: RM 35 
BASIC SUBSCRIPTION BOX: RM 55


Maaf atas kualiti video unboxing ni. Ika tak sure kenapa dalam blog. Video pecah dan sakit mata melihatnya :| Kalau nak tengok yang clear version boleh tengok di IG. InshaAllah, nanti ika akan update banyak lagi entry. Tengah rajin sikit ni boleh la update. 

IG: @sicashoid

See you guys in my next entry. 


10 comments:

Muhammad Naim Abdullah said...

Alhamduillah, rezeki tu...

Atie Zieya said...

wahhh rezekiiii.......Alhamdulillah

mummy_ayu said...

best tu..congrats!!

norhidana said...

wahhh tahniah, rezeki

Syazni Rahim said...

rezki, alhamdulillah syukur nikmat

Sha Mohamed said...

Alhamdulillah.. Tahniah Ika..

Cuya said...

wah..cutenya barang2

Mrs Pip said...

Tahniah Ika. Selamat membaca.

Cik TK said...

wah rezeki tu... alhamdulillah...

Rabiahtul adawiyah said...

tahniah